1.8.11

Kelayakan Piala Dunia 2014 | Harimau Malaya Kalah Dengan Maruah

Hello.  Selamat ari Selasa ampa semua.  Ala....takkan nak cerita kawen saja.  Kita kena la selang seli wehs.  Hari ini akak feeling nak cerita pasai bola.  Dah lama tak tengok bola.  Tapi sejak Khairul Fahmi jadi penjaga goal Melesia,  akak suka sangat dan sangat sokong team Harimau Malaya kita ni. 


Tak sangka wehs! Dulu kita style malu dan kutuk gila-gila dengan team Melesia kita yang style teruk main bola macam bodo tapi lani team Harimau Malaya adalah sangat KUAT dan berjaya menyatukan semua rakyat Melesia tak kiralah apa pun fahaman politik,  agama atau kaum.  SEMUA SOKONG HITAM KUNING.

Last Khamis,  depa lawan untuk second game dengan Singapore.  Aritu depa kalah di Singapore 5-3.  Dan kali ni depa seri 1-1.  So ikut agregate team kita kalah dan tak layak untuk pusingan ke Piala Dunia 2014 di sebelah kampung akak iaitu Brazil.

Akak tengok game itu dengan mak akak,  En.  Khafi dan bapak akak.  Tengok kat rumah saja.  Sangat jeles tengok ramai ampa duk tweet tengok bola kat Stadium.  JELESSSSSSSSSSS!  Tapi sapa yang hegeh duk main laser tu memang bodo piang takdak akai.  Kalau aku tau ang sapa,  aku tumbuk muka hang.

Melesia main game serang sebab pulun nak carik 2 goal lagi.  Sampai pertahanan depa pun jadi lemah.  Safee Sali yang jadi captain malam tu dia sendiri mintak maaf kat seluruh rakyat Melesia dan dia mengakui team dia lemah kat pertahanan. Takpalah bro. HANG tetap ELOK!


Orang elok.  Dah ada dua anak katanya.

Seterusnya,  Khairul Fahmi a.k.a APEK sekali lagi menjadi hero untuk kita semua orang Melesia.  Gila babi dia sep banyak goal kot!!!!!!!!!!!! Awatlah hang pi sakit aritu.  Kalau tak,  mesti masa kat Singapore kita punya goal post tak LOBOS sampai 5 goal masuk. 

Oh ya,  they olls dah putus katanya.  Akak akak buat artikel lain pasai they olls berdua ni.  Katanya ada staff kat KANITA nak tau apa pendapat aku tentang kes they olls dua ni.  Harus i olls buat k?
Nasib baik kita kalah,  kalau kita menang dan masuk World Cup 2014 mesti Rajagopal otomatik nanti dapat Tan Sri dan kalau kita masuk World Cup 2014 dan jadi juara pulak tentunya Rajagopal terus dilantik jadi agong.  HAHAHAHAHA.  Aku tak kata benda ni,  akak retweet balik sapa ka kata kat Twitter.  Siye bodo punya lawak.

"HEY! Apa lu kata sama saya?"
Tapi apa pun,  akak nak ucapkan tahniah kepada semua pemain-pemain Melesia yang elok.  Ampa semua FISH SON kategeri AAA okay.  Bola itu bulat dan dalam perlawanan mesti ada kalah dan menang.  Biarlah ampa kalah tapi jangan mengalah.  AMPA SEMUA MAIN DENGAN MARUAH.  Takdak lakonan dan takdak drama.  Dan yang paling penting sekali,  ampa semua ORANG MELESIA dan bukan diimport dari mana-mana negara.  HAHAHAHAHAHAH

Kak Senduk my ratu yang floles sekarang makin aktif di Twitter. 
Jangan lupa pi tuntut hadiah ciuman dari Kak Senduk,  dia dah janji kat tweeter dia.  Ampa follow la dia @reezberry.

4 comments:

  1. Tolong jgn buat entri pasal depa tu putuih tunang..runsing dah bca sana sini..thanks kak jumie

    ReplyDelete
  2. main bola pun nak drama, adoiii. tak paham langsung!

    ReplyDelete
  3. Anonymous...ala...akak dah terbuat dah. Takpalah...tutup mata dan baca saja okay.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com