So hari ini akak nak cerita pasai pengalaman akak diinterview oleh The Tok Kadi. Actually bila ampa dah submit borang permohonan nikah ampa, pastu depa nanti arrange masa dan hari lain untuk ampa berinterview dengan The Tok Kadi. Dalam kes akak, disebabkan tarikh akak mohon nak nikah iaitu 2 September 2011 itu merupakan hari yang ramai sangat orang nak menikah, oleh itu kerani kat Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut Pulau Pinang mencadangkan akak tunggu dan jumpa dengan The Tok Kadi iaitu Ustaz Haji Abdullah, The Tok Kadi Bahagian Ayer Itam Penang untuk berbincang tentang masa yang sesuai untuk majlis nikah akak itu.
Ini gambar saat-saat pernikahan kawan baik akak Nurul Ain and Arshad. U olls! Ustaz yang membelakangkan gambar ni, yang jadi Tok Kadi ni, dialah The Tok Kadi akak jugak :) |
"Haaaa...mai mai..." kata The Tok Kadi apabila nampak akak menunggu di depan pejabatnya. Mesti dia ingat aku nak mai interview. Akak pun masuk dalam pejabat beliau.
"Assalamualaikum ustaz, saya ni mai bukan nak interview. Tapi saya nak set time untuk majlis nikah saya. Saya kena set dengan ustaz dulu baru saya boleh submit borang ni," jelas akak kepada The Tok Kadi itu.
"Anak ni duduk mana?" tanya The Tok Kadi.
"Ayer Itam," kata akak.
"Okay. Nama siapa? Bila tu nak menikah?" tanya The Tok Kadi.
"Nama saya Jumizah binti Samsudin. Insya Allah nak menikah pada 2 September 2011. Waktu tu saya nak kena tanya dengan ustaz," haa tengok tu bahasa akak. Siap ada insya Allah-insya Allah gitu u olls. Very the ustazah kan? Manisnya kurma itu!
"Haa...tarikh tu memang saya penuh. Jadi bagaimana tu?"
"Ustaz free blah malam tak? Let say lepas maghrib?"
"Hari Jumaat macam ni saya kalau malam ada kelas agama ni," kata The Tok Kadi kepada akak. 2 September memang adalah hari Jumaat u olls.
"Ustaz....orang tak mau mai kelas punya. Time ni orang duk raya lagi. Raya ke 4 ni ustaz," haa nenjiaaaa akak duk keluar ayat shaitan nurojim dah!!!! HAHAHAHA
Ustaz tu pun belek belek kelendar dia dan mengangguk-angguk seolah-olah dia setuju dengan pendapat akak.
"Baiklah kalau begitu, kita buat lepas Maghrib jam 8pm? Tak mau lambat-lambat. Semua kena ready lah kat Puspahome tu. Ustaz mai saya kita terus 'jalan'," kata The Tok Kadi.
"Okay saya setuju," maka setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak kami pun bertukar informasi. Alhamdulillah, akak pun berjaya mendapat tarikh dan masa yang akak rancangkan. Memang hari Jumaat pagi tu family En. Khafi sampai dari Johor dan KL so malam memang canteklah untuk buat majlis akad nikah.
Setelah akak pun simpan semua kertas-kertas akak untuk membelahkan diri akak, tiba-tiba The Tok Kadi berkata,
"Anak tak mau buat interview sekali ka? Buat la sekali. Senang dah. Tak payah nak mai banyak-banyak kali," kata The Tok Kadi.
"Allah ustaz. Saya ni tak exercise apa pun. Macam mana nak interview," kata akak ikhlas u olls. Mampus nak suruh akak interview sekarang. Katanya dalam borang ada dilampirkan 20 topik yang akan ditanya dalam interview. Setakat doa-doa harian macam solat tu of coz la kita boleh. Tapi satgi dia pi tanya rukun-rukun semua mampuih aku nak baca rukun apa? Rukun tetangga?
Ini saat photoshoot lepas pernikahan kawan baik akak jugak iaitu Zulia and Ijan. Akak nak suruh En. Khafi dukong akak macam jugak lepas nikah. |
"Okaylah ustaz. Kalau ustaz kata macam tu, saya buat sekali la. Kalau saya salah, ustaz tolong saya," akak menyahut cabaran The Tok Kadi. Lagipun takkanlah kita nak berdalih-dalih banyak kali pulak. Nampak macam budak-budak pulak u olls.
"Okay...kita mula. Duduk-duduk. Sila baca Al Fatihah," The Tok Kadi memulakan interview kami.
"Nga ngu zubillah himinashaiton nirrojim. Bismillah hirrohmanirrohim," akak memulakan bacaan surah Al Fatihah akak dengan penuh feeling pertandingan Hafazan Al Quran peringkat kebangsaan okay. Very the kelessss. Alhamdulillah akak baca sampai habis.
"Okay. Baca Tahiyat"
"Allahuakbar kabiro..."
"Haih...bukan-bukan. Attahiyatul..." Ustaz memotong bacaan aku tadi. Akak confused u olls antara Iftitah dan Tahiyat. Aiyoo...malu-malu. Tula sapa suruh feeling lagi. Tapi lepas The Tok Kadi baca dulu akak pun baca doa tahiyat sampai habis.
"Bagus-bagus. Sekarang baca doa Qunut," kata Ustaz. Haaa ni memang killer question. Kita semua kan selalu gelak-gelakkan pasai soalan ni. Cerita paling popular ialah 'Qunut Panjang atau Qunut Pendek?'.
"Apa kata ustaz baca dulu sikit. Saya dah nervous ni," kata akak ikhlas okay!
Ustaz pun membaca sikit potongan permulaan doa Qunut, lepas tu akak pun sambung dan baca doa Qunut sampai habis. Kelessss! Apa kau hanjing gelakkan aku. Walaupun akak beribu kali tinggal Subuh tapi haruslah akak ingat doa itu.
"Boleh baca dua kalimah syahadah?"
Akak pun baca. Pastu ustaz tanya apa maksudnya. Akak pun jawab.
Pastu ustaz tanya tentang hadas besar. Apakah yang menyebabkan hadas-hadas besar? Dan bagaimana nak mandi hadas besar. Akak pun menjawab soalan ini dalam cara penerangan kepada ustaz. Alhamdulillah ustaz setuju dengan jawapan akak. Cuma dia ada bagi sedikit tips yang lebih mudah untuk mandi hadas. Dia kata masa mula-mula menjirus air kat tubuh badan kita, masa tu kita mau baca niat mandi hadas besar dah. Lepas tu kita mandi semua macam biasa. So kita dah kita tak payahlah dua tiga kali kerja.
Pastu ustaz tanya satu soalan tricky kat akak "Macam mana kalau tengah bersetubuh tapi ada tetamu ka mai rumah, maka air mani tidak keluar lagi, so kena mandi hadas atau tidak?"
Akak buat muka 14 tanda tidak tahu jawab.
"Jawapannya wajib mandi hadas besar. Tapi tak perlulah mandi laa laa tu jugak. Tunggu lah sampai tetamu balik dan kita nak solat maka kenalah mandi hadas besar,"
Pastu ustaz tanya "Bagitau kat saya bila waktu-waktu tidak boleh bersetubuh,"
Akak pun menjawab dengan tenang "Waktu kedatangan haid, waktu siang di bulan Ramadhan, di khalayak ramai, dalam masjid...."
Pastu ustaz tu kata "Ada satu lagi...."
"Haa...apa dia ustaz?" tanya akak. Apa lagi yang aku lupa ni? Ishhhh!
"Sebelum bernikah," kata ustaz itu dengan senyuman.
AKAK SENTAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP! Bagaikan ada satu panahan petir menusuk dada akak.
Ini tangan kawan akak Nonie. Inai itu dilukis oleh kawan kami juga iaitu Asmak Altungka :) Kami semua berkawan baik jugak. |
"Terangkan rukun-rukun nikah," tanya ustaz itu kepada akak.
"Haaaaaaaaaaa ustaz! Hat ni lah saya kata saya tak prektis lagi. Saya betui tak ingat ni ustaz," kata akak terus terang. Haaaaa.........teruih nada pun jadi tinggi dan confident kata tak tau. Dalam ati akak duk meratuih kata sudahlah. Pelepaih buang la aku.
"Okaylah. Takpa kalau lagu tu kira okay lah semua. Kira pass la. Saya sign borang ni, lepas tu pi hantar kat bawah ya,"
ALHAMDULILLLAHHHHHHHHHHHHHHH! Selepas ustaz itu menandatangani borang permohonan nikah akak. Akak pun menyerahkan borang itu di kaunter di bawah dan akak pulang dengan senyuman sampai ke hujung kaki.
Maka dengan ini sahlah majlis pernikah akak dan En. Khafi confirm pada Jumaat, 2 September 2011 bersamaan 4 Syawal 1432.
Depa dua ni nanti menikah. MESTI MELETOPS PUNYIA. HAHAHAHAHAH. |
Jumieeee! Lawakkkkk laaa. Tapi ni la nanti kita buat kenangan kan? Siap habaq orang tak mau pi kelas agama tu yg tak tahan. Hahaha!
ReplyDeleteHampa tau dak dulu kami cadang nak nikah kat KL sebab tak mau kena interview. semata-mata ok. Haha. Kami ketaq apa2 interview pun termasukla interview keja. Kang silap haribulan Al Fatihah pi baca doa makan.
Wehsss ampa....hehehehe. Siriesly kami bersyukur sebab Haji Abdullah tu seorang ustaz yang humble dan baik.
ReplyDelete:)
hadoi!!!
ReplyDeletedok tergelak sorg2 depan pc neh!
nasib baik masa kami interview kat balik pulau dulu x dak soalan pasai setubuh2 pastu ada tetamu! kalo tak, mampuih kami bg jawapan yg lari dari soalan!
NAK KAWIN JUGAKKKK!
ReplyDeletehaha... comellah jumie ngan ustaz nih! :)
ReplyDeleteUstaz ni baik. Ya....dia lebih kepada macam nak share ilmu daripada nak tanya teruk-teruk kat kami. :)
ReplyDeletekak Jumie...brani habaq la...Ustaz ni mmg sporting...die best ,abg Khafi jangan nervous2...sure akan rasa aura2 nk jadi ketua keluarga kalau berdepan dengan die...
ReplyDeleteCaiyok2 kak jumie & abg khafi :)
adoiiii... begegaq urat perot aku, dan2 rasa lapaq.. besa la tuh.. klau nervous mcm2 bley kluaq... kwn aku time nak akad nikah, kadi mintak dia istighfar, tapi pasai dia nervous kaw2 punya, dia pi baca "Innalillahiwainnailai hiroojiuunn" pakat gelak suma yg ada skali ngan kadi2, nasib baik kadi pon tau dia nervous... :D
ReplyDeleteserius saya terpaksa mengaku kat kak jumie yang saya guling2 baca post nih.. ammpuunn!!!
ReplyDeleteHai semua. Happy that ramai orang pikiak positive kat artikel ni. INTERVIEW yang diwajibkan ini bukanlah susah mana.
ReplyDeleteApa pun kita kena la rasa rendah diri dan niat nak belajar masa nak interview tu.
Semua akan okay :)
kelakar la..uhuhh..cantek la dia lukis inai tu. pesal ada kaler oren pahtu keliling2 dia ada kaler itam, pki maker pen ke? ce terangkan skit, takpon kak jue wat la entri pasal cara nak wat inai gtu oke. =D
ReplyDeletehi kak jumie, cerita ni sngtlah lawak, so ika share kat fb, takpa kan? :)
ReplyDeleteYes please :)
ReplyDelete