Cabaran paling utama sekali ialah bila fikir pasai duit. Duit yang tak pernahnya nak cukup. Tapi selalu ingat pesan kawan-kawan yang banyak bagi semangat. Memang normallah duit tak cukup masa kawen. Tapi selalunya berdoa agar mendapat keberkatan Allah. Sebabnya duit RM300 yang diberkati Allah adalah lebih bermakna dari RM3000 yang tak diberkati Allah.
So enough about kesengsaraan persiapan wedding saya. Hari ini saya nak share artikel meletops yang sangat penting untuk semua pengantin. Artikel bertajuk "10 Tips untuk Pengantin bagi Mendapatkan Gambar Terbaik Semasa Hari Majlis by Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio".
Tak perlulah akak nak perkenalkan Abang Zizan ini kerana beliau adalah fotografer Melayu yang tersohor di Penang ini. Marilah kita membaca artikel beliau ini.
Semasa majlis akad nikah:
- Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.
- Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.
Tunjukkan kecerian anda walaupun perasaan gemuruh masih ada. - Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.
- Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlis.
Kehadiran teman-teman rapat boleh menambahkan lagi kemeriahan. |
Semasa Majlis Persandingan
- Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi ‘shooting angle‘ dan sebagainya.
- Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/ juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.
- Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.
Sentiasa memandang kepada tetamu-tetamu yang hadir. - Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin,semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.
Hari perkahwinan adalah hari untuk anda bergembira. - Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.
- Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.
Pilih lokasi terdekat untuk sesi outdoor anda.
Sisipan bacaan tambahan mengenai perkhidmatan di Romantis Studio :
Senarai Harga Pakej Fotografi Perkahwinan
Senarai Harga Pakej Fotografi Studio
Senarai Harga Pakej Kelengkapan Perkahwinan
Galeri Fotografi Perkahwinan dan Studio
Cabutan Bertuah: PERCUMA pre-wed video
PROMOSI TERHANGAT & TERBARU
Kak Jumie, saya suka baca tips2 kahwin Akak dalam blog ni. Memang sangat membantu untuk first-timer! Thanks kak jumie!
ReplyDelete