2.6.11

Kak Michelle Obama, First Lady Yang Sangat Fashionvivalicious!

Hello u olls! Sejak mula-mula Abang Obama menjadi President kat Amerika.  Akak dah boleh akak, Kak Michelle akan terus menyerlah melalui personaliti dan fashion beliau sebagai seorang first lady.  U olls boleh baca artikel akak untuk they olls masa mula-mula dulu. 

"Kak Michelle Obama will be the next US fashion icon. Sebab she has shown such good example dalam gaya fesyen dan style beliau sepanjang tempoh berkempen.  Bagi aku, cara dia berfesyen sudah cukup menunjukkan kebijaksanaan beliau menyatakan pada Amerika dan dunia "Hey, im here to stay and for good. And im not going anywhere". Aku suka pilihan-pilihan warnanya, SHE LIKES TURQOISE (like me), simple cut dresses and yet she knows how to choose FOREVER-Up-To-Date-Look!- Jumie Samsudin in her article CAYALAH ABANG OBAMA "

Apa yang akak katakan memang betui u olls! Meh tengok gambar-gambar Kak Michelle yang akak amik dari http://www.stylebistro.com/ untuk tatapan u olls semua.  Mesti u olls setuju dengan akak.

Santai
Untuk santai menyantai,  Kak Michelle pandai suka baju yang simple dan comfortable. Of coz. 
Suka sangat tengok Kak Michelle pakai dress pendek warna hitam yang besar dan kosong tapi dilengkapkan dengan selendang warna oren yang meletops.  Nampak tak jam tangan dia colour ungu tu.  Very fashion statement.

Dress pendek takdak lengan ini di buat oleh Tracy Reese.
Akak suka kasut dia takdak tumit dan warna nude.  Seksi sangat.

Wanita berbadan tinggi dan panjang seperti Kak Michelle sangat beruntung.  Depa boleh pakai macam-macam jenis fashion dan looks good in it.  Long cardigan ini nampak lebih meletops dengan tali pinggang berbakel besar dengan warna sedondon. 
Akak makan ati sangat dengan dress pendek ini.  Walaupun ala-ala kain kusyen tok-tok kita.  Tapi tengok sangat u olls!  Dia buat dress dan jadi meletops!  Yang penting design dan colour tu meletops.

Sapa kata jadi first lady kena pakai kasut tumit tinggi saja!  Nenjia dia pakai sneakers je u olls cumels sangat!
Akak nak pi tempah seluar camnih satu.  Besar dan straight cut.  Pastu tops dia sangat meletops.  Banyak layering and scarf itu mencantekkan.

Urusan Rasmi
Sebagai first lady,  of course beliau kena pi jumpa banyak wakil-wakil negara dari seluruh dunia dan menjadi dia sendiri menjadi respresentative kepada seluruh wanita Amerika.  Of coz,  walaupun dia kena tampil cantek dan menawan tetapi at the same time,  dia kecantekan dia bukanlah perkara yang utama.  So Kak Michelle memilih busana untuk acara rasmi yang membawa imej koperat tetapi masih sempat untuk have fun dengan eksesori dan warna. 

Kak Michelle jarang pakai warna putih.  Sebab akak rasa dia memang seorang yang suka macam-macam colour.  Tapi sekali sekala dia pakai dress putih macam ni dari Givenchy terus nampak vavavum!  And Kak Michelle meng-GAGA kan dress ini dengan memakai metalic belt itu.  Kelessssss!

Dress simple warna kuning polos.  Pastu pakai pin vintage paper mache flower from Ikram tahun 60an.  Kasut dia pulak bercorak-corak u olls.  Smart choice.

Kak Michelle kelihatan santai untuk dress ini lembut ini.  Brooch yang sedondon dengan cardigan itu mencantekkan segala. 

Sangat smart!! Blouse berraffel di dada,  cardigen ikut bentuk badan,  belt besak dan skirt bercorak itam putih.  Colour combination yang meletops!! Kasut kitten heels merupakan kegemaran Kak Michelle.  Kasut itu katanya berjenama Manolo Blahnik.  Kau mampu?

Dress daripada Liz Claiborne membuatkan akak makan ati.  Feeling dressap cam ni satu hari dan ajak En.  Khafi jalan pegang tangan camnih atas Padang Minden USM dan suruh Rahman Aziz amik gamak!
Gambar ni baru lagi masa Kak Michelle pi UK melawat istana.  While Mak Tiri Jahat duk verver pakai topi rambu ramba bagai,  Kak Michelle yang agam kelihatan sangat cumels dengan dress pendek warna pink and pale blue dari Barbara Tfank.
Sesungguhnya dia paling menyerlah dalam dalam gambar ni kan?
Dan juga dalam gambar ni.  Eventhough dia di barisan belakang dan kat belakang dia ada Noami Campbells.  HAAAAAAAAAA! U olls pun tak pasan.

Kasut itu berwarna pelik tetapi nampak cantek apabila disedondonkan dengan dress warna teal itu.  Kasut itu Jimmy Choo punya nyah. 
Kak Michelle look best in skirt potongan klasik macam ni.  And of coz dia paling feveret........tali pinggang letops.  Makan ati sangat.  Sapa tinggi cantek sangat buat skirt cam ni.

Majlis Makan Malam Rasmi
Untuk majlis makan malam rasmi di mana Kak Michelle dan Abang Obama akan dijemput sebagai orang utama,  of coz adalah penting untuk beliau tampil cantek dan menyerlah pada malam itu.  And untuk event-event macam ni,  beliau akan muncul dengan dresses dari high end designer seperti Alexander McQueen,  Tom Ford dan ramai lagi.  Jom kita tengok some of my feveret.

Dress floral printing ini daripada Diane Von Furstenberg.  Tiba-tiba dia pakai dengan kasut warna biru.  Combinasi yang sangat bendera negeri Johor.  Tapi menjadi u olls!  Dia memang berani.
Warna merah memang fashion statement.  Tapi kita kena pandai cari the right red untuk skin tone kita.  Kak Michelle nampak sangat stunning dengan dress merah dari Prabal Gurung ini.  Ala-ala colar sampan yang meletops.  Akak suka ekok kat skirt tu...meletops sangat.  Sangat feeling-feeling princess gitu.  And ampa pasan tak?  Gelang tangan dia tu?  Tebai,  besar dan warna gold! Aiyooo sangat fashion statement okay.  Sapa lengan dan tangan panjang dan kurus cantek pakai cam ni okay.
Hang ingat Lady Gaga ja mampu pakai Alexander McQueen ?? Nenjiaaaaaaaaaaaa Kak Michelle kelihatan sangat letops dengan dress printing merah dan hitam berombak dari Alexander McQueen. MAKAN ATI!!

Depa kata Kak Michelle nampak meletops dengan dress ini dan sarung tangan panjang macam Jackie O pakai dulu-dulu.  Tapi for me,  memang dia nampak meletopssssssssssss dengan dress ni tapi bagi akak,  dress ini terlalu seksi untuk dinner dengan Istana Britain.  Pastu nampak dia sedikit gemok sebab dia buat drapping banyak kat dada.  Tapi tetap akak sembah ratu kat Kak Michelle okay! Yes....48 step zapin!  Oh ya,  dress ini dari Tom Ford.

Untuk farewell dinner bersama Bonda Ratu Elizabeth,  Kak Michelle memilih dress hitam dari Ralph Lauren yang membuatkan beliau nampak lebih kemas dan kecil.  Tapi haruskah HITAM?  Apa pun,  i olls suka dia punya dress and rantai leher yang sangat modern dan SENI.  Ampa pi zoom tengok. 

YES!  Akak suka dress ini.  Mengelip u olls.  Cuma rantai mutiara sebanyak 100 utas itu membuatkan Kak Michelle nampak sedikit semak.  I dont like.  Tapi akak tetap sembahhhhh ratu kat dia!

Okay.  Dets olls for today.  Dengan rasminya akak mengannoucekan bahawa akak dengan ini melantik Kak Michelle Obama sebagai ikon fesyen pujaan hati akak.  Sekian,  terima kasih.

Kalau ampa nak tengok lagi pictures Kak Michelle ampa buleh bukak kat sini  : http://www.stylebistro.com/Michelle Obama

1 comment:

  1. Yes Jumie i totally agree that Kak Michelle is one of the best fashionista ever. She know how to make her body flaunt in every outfit.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com