OKAY!!!!!
Sudah bebelan ini. Akak nak cerita pasai seorang cikgu tadika yang sangat berani.
Cikgu tadika ini bernama Martha Rivera. Dia merupakan seorang cikgu tadika di sebuah bandar bernama Monterrey, Mexico. Satu hari ketika dia sedang mengajar anak-anak kecil di tadikanya, tiba-tiba ada berlaku aksi tembak menembak di depan tadika depa. PANG PANG PANG! Kuat u olls. Akak yang duk terdengar bunyi mercun tak berenti di malam Hari Raya Cina pun dah tak buleh tidur dengan tenang, inikan pula bunyi tembak menembak yang betui-betui tengah jadi kat depan sekolah tadika u olls. And u olls bayangkan tak macam mana kalau satu peluru tersesat masuk dalam rumah u olls!
Kalau akak tentu dah tak tentu arah. Dan akak akan panik gila-gila kat situ. Dulu masa kat asrama, masa duk lepak dalam bilik dengan kawan-kawan tiba-tiba dengar budak bilik bawah kena histeria pun akak dah gelabah macam tahi. U olls tau Martha buat apa?
Dia suruh semua budak -budak dalam kelas dia tunduk dan baring kat lantai pastu dia tarik perhatian budak-budak tu dengan menyanyikan lagu "Barney And Friends" versi latin. Meletops u olls. Dan budak- budak tu semua teruih jadi tak takut dan duk relaks saja dengan dia.
Martha ambil video sepanjang events ni. Ampa boleh tengok.
Martha mendapat pujian penghargaan daripada pihak berkuasa setempat. Apa yang dia lakukan adalah sangat berani. |
So itulah akak nak share dengan u olls. Bayangkan kalau u olls di tempat dia.
ps/ Teringat Cikgu Tadika i nama dia Cikgu Liza. Satu hari dia kena serang dengan satu makcik di kampung kami kerana menuduh dia bercinta dengan suami makcik itu. Serangan itu lagi HORROR daripada serangan gangster paradise. Tapi Cikgu Liza relaks saja sebab tohmahan itu adalah pelasu! I love u Cikgu Liza.
ps/ Teringat Cikgu Tadika i nama dia Cikgu Liza. Satu hari dia kena serang dengan satu makcik di kampung kami kerana menuduh dia bercinta dengan suami makcik itu. Serangan itu lagi HORROR daripada serangan gangster paradise. Tapi Cikgu Liza relaks saja sebab tohmahan itu adalah pelasu! I love u Cikgu Liza.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com