9.5.11

Pandangan Jumie Samsudin Pasai Filem Melesia

U olls. Kesahnya, soalan ini diajukan oleh seorang lelaki jambu bernama Muhd Zahiruddin Abdul Wahab sempena hari jadi akak yang ke 18 yang lalu. Ehk silap nyah! 26 ya. Sorry jangan marah. Dia bagi sampai empat soalan u olls. Memang jantan ni over. Semua soalan dia sangat pasai filem-filem kat Melesia yang nan hado ni.

Akak pun mengambik semua soalan ini untuk satu sekmen khas ini.

Soalan 1  :  Jika anda seorang penerbit filem atau pengarah atau penggiat filem, filem bagaimanakah (genre) yang anda ingin garapkan? Kenapa anda ingin terbitkan filem sebegini dan mungkin anda rasa filem anda boleh laku dipawagam?
Kalau boleh akak nak buat filem genre drama yang simple tapi membawa mesej yang 'makan dalam'. Tak semestinya filem itu kena bajet tinggi. Tapi semestinya ada identiti sendiri.  Nak kata boleh laku ke tak tak tau lah. 


Soalan 2  :  Apakah pendapat anda tentang kualiti filem kita sekarang terutamanya plot dan juga skrip (kalo boleh tekankan dekat skrip sebab bagi aku skrip filem tempatan sangat lame).
Pada pendapat akak yang tak semana-mana ini, akak nampak kualiti filem kita ni ada turun dan ada naiknya. The graf sangat turun naik.  Tapi akak memang nak kata sedeh sebenarnya.

Akak tak salahkan semua pengkarya seni Melesia sahaja. Ada beberapa sebab kenapa industri filem kita kenot go!

Pertama,  sebab banyak sangat sekatan oleh kerajaan Melesia. Ni tak boleh. Tu tak buleh. Ni haram. Tu berdosa. Ni tahyul. Semua ini adalah penafian yang terpaksa dihajam oleh semua rakyat Melesia. Itu sahajalah pendapat akak. Bukannya kita takdak talented people kat Melesia ni.

Keduanya,  dari segi pelakon.  Kat Melesia ni kalau nak jadi pelakon bukan sebab hang adalah profesionally trained actor ya! Keluar dari sekolah / akademi seni untuk jadi pelakon. Tapi kat Melesia ni, hang kena jadi model dalam swimming pool,  pastu masuk majalah Mangga barulah hang boleh jadi bintang pelem! Mana pergi semua graduan-graduan sekolah seni di Melesia ni?

Ketiganya, akak rasa filem Melesia ni masih tidak mempunyai identiti. Sebab itu kita tidak boleh pergi jauh. Kalau Hindustan famous dengan music dan tariannya, Korea dan Jepun pasai cerita hantunya, Hong Kong dengan cerita fight terbangnya, Tamil pun dengan konsep cerita rakyat yang penuh sarat dengan pembongkaran masalah sosial dan korupsi di negara depa dan Iran dengan kisah-kisah drama kehidupan mereka. So Melesiaaaa? Apakah identiti kita? Kena kaji tu.

Keempatnya,  dari segi jalan cerita,  karyawan kita terlalu kuat mengikut kehendak dan taste penonton. Trend orang Melayu tengok cita apadia? Cerita love, feeling anak orang kaya hemsem jatuh cinta kat budak perempuan miskin yang lawa nak mampuih. Nama watak mesti Nabila Natasha Naslam (Sorry mak tok! Tapi i olls geli lah dengar nama-nama novel Melayu ni). Kalau trend cita hantu..........semuaaaaaaaaaaaaaa cerita hantu sahaja!

Kelimanya,  SKRIP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ohh tidak. Kebanyakan skrip adalah hancus. Takdak jiwa pada skrip tu. Semua watak flat.  Watak orang jahat,  watak orang baik,  watak makcik sebelah rumah semua ayat sama saja.  Contoh paling ser ialah Yusuf Haslam,  sekarang ni anak dia pun ikut style skrip dia.  Ayat depa semua flat sebab terpaksa ikut garis panduan penapisan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Melesia. Tapi tak semua hancus. Ada yang bagus. Tapi akak tak ingat nama depa.

Cara terbaik untuk ubah industri filem Melesia, bukan terletak di tangan pengkarya sahaja. Tetapi semua pihak. Kerajaan Melesia, pelakon, pefilem, pengarah, penonton! Semuaaa!!



Soalan 3 :  Apakah contoh terbaik filem luar negara yang patut pengarah atau penerbit filem Malaysia patut ikuti (mungkin ada penerbit filem yang baca blog hang kan).
Banyak sangat contoh. Mereka lebih tahu dari akak.

Soalan 4  :  Boleh tak bagi top 10 lists filem yang paling hang suka sekali.
Akak suka macam-macam jenis filem.  Tapi akak lebih tertarik kepada filem genre drama.  Tapi yang menarik perhatian akak untuk suka filem itu selalunya bergantung kepada pelakon. Pelakon yang hebat adalah keutamaan akak. Secondly jalan cerita yang simple tetapi sarat dengan mesej dan keindahan realiti kehidupan.  Filem ini,  walaupun dah tengok banyak tahun yang lalu namun masih membawa  kesan terhadap hidup I olls sampai sekarang.  Gambar-gambar kat bawah ni akak pikir 7 hari 7 malam memang 10 filem yang sangat best dan akak boleh tengok ulang-ulang tak akan jemu.


Tak ingatlah first time tengok cerita ni masa umur berapa.  Tapi masa kecik-kecik dulu,  bila musim cuti sekolah,  TV3 selalu nanti pasang gambak ni untuk segmen Alam Ria Cuti Sekolah.  Filem The Sound of Music adalah filem lakonan Julie Andrews selepas Marry Poppins.  Cerita pasai seorang budak perempuan yang baru belajar nak jadi nun.  Tapi dia diminta untuk menjadi pengasuh kepada 7 orang anak-anak kepada seorang duda yang hot. Anak-anak deni sangat buas.  Tapi Julie Andrews displinkan mereka dengan melatih depa dalam nyanyian dan lagu.  Lagu paling popular ialah DO RE MI.  Akak suka dan ada semua lagu filem ini dalam Blackberry akak. 

Filem ini adalah salah satu masterpiece daripada Rajinikant.  Masa ni akak umur 11 tahun kot.  Cerita ni pasai satu anak orang kaya nama Muthu,  tapi disebabkan maruah dan perebutan harta,  Muthu hanya dibesarkan sebagai orang gaji dalam rumah itu.  Macam-macam pengorbanan yang dia buat sebagai orang gaji dalam rumah itu,  sampailah satu hari depa tau siapa Muthu yang sebenarnya.  Akak juga suka heroin dalam cerita ni.  Nama dia Meena.  Dia pandai menari dan pandai berlakon.  Akak suka semua lagu-lagu dalam filem ni jugak. Paling akak suka "Tilana Tilana"

Filem pertama dari Tan Sri P Ramlee yang mencuit dan mencuri hati akak ialah Pendekar Bujang Lapok.  Masa tu akak kecik lagi,  maybe belum sekolah.  Tapi akak ingat,  first time akak tengok cerita ni akak gelak sampai terkencing dalam seluak.  HAHAHAHAHA!  Akak boleh hafal Sudin baca surat dalam filem ni "Dia tulis Areb (arab).  Wal fadang fasir rul.  Tak adu dil pokok kayuwil.  Panas hutarikkuk.  Wal kurmak.  Nak bukak puasuhu.  Kahabinasullazi.  Ku pandungu kiri kanuni.  Wal saki baki.  Tumpuk-tumpuk taik unta!"

Kalau ampa nak tau,  Drew Barrymore is my feveret filem star.  Akak suka muka dia,  gaya dia dan of coz lakonan dia.  Dia ni tak lah cantek sangat.  Tapi dia sangat lain dari lain.  Masa zaman sekolah menengah,  ada banyak chick flick yang menjadi trend kat sekolah.  And Never Been Kissed adalah salah satu chick flick yang akak suka sebab cerita pasai budak perempuan yang tak elok dan tak cantek.  Tapi cerita ni,  part paling akak suka ialah masa part last sekali dia tunggu lelaki tu mai cium dia kat stadium.  Pastu lelaki tu tak mai....last sekali mikrofon jatuh.  Pastu tiba-tiba laki tu muncul dan depa cium first time dalam stadium.  :)


Sapa tak suka Kuch Kuch Hota Hai dia adalah penipu!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gilaaa akak jatuh cinta kat Shah Rukh Khan banyak kali masa tengok gambak ni.  KKHH membawa satu fenomena kot kat Melesia masa ni.  Semua orang nak potong rambut dan pakai hairband macam Kajol.  HAHAHAHA.  Musibat sangat.  Pastu lagi teruk,  akak dan Cakcing paksa bapak we olls beli baju lengga for hari raya sebab gambak ni.  MOTIP!!!!!!!!!!!!!!!

Filem Avatar dari pengarah hebat James Cameron adalah sangat breath taking.  Ampa patut tengok.  Dari effect ke jalan cerita ke semua aspek la,  membuatkan hang terpikiak panjang.  Pastu kesan kepada kita yang menonton filem ini adalah sangat mendalam okay!!  Kalau boleh nak cat muka jadi biru hari hari. 


Sapa tau lagu ni ?  Cubit-cubitan,  ooo,  cubit cubitan.  Senggol senggolan oo...senggol senggolan,"  Actually filem ni diterbitkan pada tahun 1985.  Masa tahun akak dilahirkan.  So masa akak kecik-kecik,  3 tahun ke bawah.  Bapak akak beli tape filem ni dan pasang kat rumah.  Pastu akak yang masih kecik masa tu,  tengok cerita ni menangeh macam orang kena pukul.  Sebab akak tersentuh dengan kesedihan hidup dua pasangan adik beradikn i.  Nanti i buat satu artikel review pasai filem ni. 
Satu lagi filem kesukaan akak yang juga lakonan Drew Barrymore ialah Ever after, Cinderella Story.  Sapa tak suka cerita Cinderella.  Semua pompuan angan-angan nak jadi Cinderella kan?  Tapi dalam filem ni,  watak Cinderella telah diolah kepada Daniel seorang anak yatim piatu yang telah diseksa oleh ibu tiri dan dua kakak tirinya.  Macam mana dia berjumpa dengan putera yang hemsem dan berlaku konflik tentang identiti sebenar.  Dalam cerita ni,  Leonardo Da Vincci adalah pari-pari yang buat kasut kaca itu.


Dalam banyak-banyak karja Mamat Khalid.  Aku paling suka Man Laks.  Sebab cerita ini sangatlah bodo tak masuk akai tapi last-last sekali rupa-rupanya hanyalah satu angan-angan.  Patutlah jalan cerita dia panjang lain macam.  Yassin memegang watak sebagai budak bendul bernama Man dan menjual laksa kat kampung tu.  Tapi dia mempunyai angan-angan yang tinggi untuk kawen dengan anak ketua kampung iaitu Leha.
Filem ini akak pilih yang paling best sebab filem ini akak  paling suka.  Pasai 3 drag queen yang stranded kat satu kampung dalam perjalanan ke Hollywood ke Vegas (tak hengat) untuk pertandingan ratu cantik mak nyah peringkat national kat Emerika.  To Wong Foo, Thanks for Everything! Julie Newmar.  Tajuk filem ini sangat panjang.  Pelakon-pelakon dalam cita ni semua adalah pelakon lelaki jantan hebat yang selalu berlakon jadi hero cerita fighter punya tau!  Nanti akak akan buat review pasai cerita ini okay.  AND WHEREEEEE IS THE BODYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!


5 comments:

  1. Betul Jumie. Bukan senang nak bikin filem. Kita bukan tak dak orang yang talented.

    Lagi satu BAJET.

    Kami bagi contoh iaitu kamera. Filem Malaysia, roll pakai satu kamera ja. Hollywood sampai 3-4 kamera sekaligus. Banyak beza woo antara 1 kamera dengan 3-4 kamera. Dari segi bajet, shot etc etc. Semua ni main peranan.

    Ada orang ada bajet, tapi tak dak kreativiti. Ada kreativiti, tapi tak dak bajet.

    Tu baru aspek bajet. Belum lain-lain lagi.

    Seriously tidak mudah bikin filem.

    ReplyDelete
  2. Babe!! Thanks for your comment. Masa kami buat review ni kami teringat ampa. Takutlah terlebih kata, ampa punya passion to movies adalah lebih mendalam dari kami :)

    ReplyDelete
  3. jumie... sudin la yg bace camtu... ajis bace takde bunyi... kekekeke...

    pendekar bujang lapok pun antara my all-time-favourite.

    eh semua citer p.ramlee yang klakar2 laa... ishh... ni pun satgi nak tengok citer p.ramlee jugak. mentang2 la masih nganggur kan... :D

    ReplyDelete
  4. HAHAHA...thanks aslina. Aku tersilap. Okay-okay dah tukak. SUDIN

    ReplyDelete
  5. Hahahahaa. Lawak la hang Jumie. HAng kata ja apa hang nak kata. Jangan pedulik pasal kami. Semua orang ada hak nak suarakan pendapat masing2. Kami pun tak tau banyak sangat pasal movie.

    Kalau nak ikutkan, memang filem Malaysia jauh ketinggalan. Apa hampa tulis tu semua kami setuju. Sebab memang betul pun. Dulu kami lagi teruk kutuk filem Malaysia kaww kaww. Haha. Tapi sejak bf kami terlibat dalam industri ni, baru kami faham sikit2 'rupa' industri filem kita macam mana.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com