26.5.11

Painted Veil | Cerita Paling Slow Tapi Paling Makan Dalam

Hello u olls.  Hari ini akak nak buat review tentang satu cerita filem yang digalakkan untuk tengok oleh seorang kakak i olls bernama Kak Sha Patel.  Dia dah lama suruh i download and tengok this movie.  Akak pun atas saranan beliau mengdownload cerita ini.  Proses ini mengambil masa lebih kurang dua hari baru setel download the whole movie.  Maklumlah,  I olls pakai PC zaman perang Teluk.

Poster cerita ini.  Actually filem ini adalah adaptasi sebuah novel penulisan W. Somerset Maugham pada tahun 1925.  Dan Painted Veil lakonan Noami Watts tahun 2006 ini adalah percubaan ketiga cerita ini difilemkan.  Pertama The Painted Veil (1934),  kedua The Seventh Sin (1957) dan akhir sekali yang akak nak review ni.

So,  bila dah dapat this whole movie.  I olls pun mentengok cerita ini.  Let me share with u olls.

Sinopsis
  1. Cerita ini mengisahkan tentang Walter Fane dan Kitty Garstin.  Walter adalah seorang penyelidik bakteria (peliknya ditranslate dalam Bahasa Melayu) atau bacteriologist.  Kitty pulak pompuan feeling-feeling Paris Hilton di zaman itu. 

  2. One day,  Walter sudah jatuh cinta kat Kitty and dia pun melamar Kitty.  And bukan sebab cinta,  Kitty pun menerima lamaran Walter itu.  Actually,  dia bukan mau pun.  Tapi sebab dia bara kat mak dia yang duk paksa dia kawen-kawen dan kawen.

    Depa masa mula-mula berjumpa kat kedai bunga dan depa sangat in love masa tu.  :)

  3. So itulah u olls! Kalau u olls kawen sebab tak ikhlas,  tentulah macam-macam cubaan daripada shaitonnirojim.  Katanya,  just lepas they olls berhoneymoon,  Kitty telah berkenalan dengan Charles Townsend dan they olls pun menjalinkan hubungan sulit yang sangat skendeles.

  4. Apa yang menyedihkan u olls,  Walter actually tau yang bini dia mempunyai hubungan sulit dengan this bastards.  Ampa tau tak,  ada satu hari tu,  dia balik rumah,  bini dia style duk romen dalam bilik dia.  Tapi dia tau depa duk ada dalam.  Dia lagi sikit nak bukak pintu.....tapi dia tak bukak dan blah.  GILA WEHSSSSSSSSSSSSSSSS!! Akak nervous time ni.

    Kitty dan Charles berbulu dada itu ialah kekasih gelap dia.
  5. Tapi sabar maknusia ada batasnya.  Sebagai membalas dendam ke atas perbuatan Kitty yang tak habis-habis menjahanamkan hatinya,  dia telah memberikan satu syarat kat bini dia.
    "Aku nak hang ikut aku pi China atau aku ceraikan hang sebab hang nusyuz!" haaaaaaaaa kelesss akak translate okay kat u olls.  Siap guna perkataan Arab.

  6. Of course la Kitty sentap u olls!  Dia style duk sayang gila babi kat Charles kekasih gelapnya sebab depa style sekkuat semua.  Pastu lani laki dia dah tau and laki dia nak suruh dia tinggalkan Charles ataupun dia akan diceraikan.

  7. Kitty pun pi la jumpa kekasih gelap dia dan bagitau semua ni.  Dia pun bagitau kat Charles,  dia suruh Charles cerai bini dia dan depa lari dan kawen dorang.  Ampa tau Charles kata apa?  YESSSSSSS!! Charles bukan bodo u olls.  Dia kata dia tak mau dan dia akan stay dengan bini dia.  Makan ati la u olllssssssssss penat jerih depa berskendel bagai.  Rupa-rupanya.....................semua kata-kata manis itu dusta berlaka.

    Masa ni depa style saling membenci.  Dua dua tengah tunggu orang mai amik depa. 

  8. Mau tak mau Kitty pun terpaksa mengikut laki dia ke satu daerah ulu banat nakhariam gila jauh kat China.  Depa style kena naik kereta api,  pastu naik kereta kuda,  pastu tunggu pulak ada orang-orang kampung mai angkat depa naik tandu.  Gila jauh!  So kesusahan sepanjang perjalanan itu membuatkan Kitty lebih benci gila babi kat laki dia Walter.

    Style serrr orang dulu-dulu memang celaka style suruh orang angkat macam ni. 

  9. Kenapa Walter pergi ke China?  Sebenarnya,  dia dalam misi untuk menyelamatkan penduduk di daerah itu daripada diserang penyakit kolera.  Sebagai seorang ahli penyelidik bakteria,  dia kena kaji apakah sebab-sebab virus ini menyerang penduduk kat sini dan apa dia boleh buat sebagai membantu mereka.

  10. Di sana,  perhubungan depa pada permulaannya masih dingin.  Kitty boring hari-hari duduk kat rumah tak tau nak buat apa.  Walter pulak sibuk dengan macam-macam isu kat tempat kerja.  Tambahan pulak dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung apabila dia buat undang-undang baru untuk mengelakkkan depa daripada terkena penyakit berbahaya ini.

  11. Satu hari,  tengah Kitty duk ronda-ronda takdak kerja dalam pekan kecik kat daerah tu,  Kitty bertemu dengan satu convent yang dihuni oleh kakak-kakak nun.  So,  Kitty pun rasa terpanggil untuk jadi volunteer kat convent itu.  Setiap hari dia akan jaga baby-baby (walaupun kekok at the beginning,  ajar budak budak menyanyi dan macam-macam lagi. 

  12. Dia rasa happy sangat sebab setiap hari dia ada kerja nak buat.  And bila dia duk aktif buat kerja kat situ,  baru dia tau,  sebenarnya laki dia pun selalu nanti mai tolong-tolong kakak nun tu semua untuk jaga budak-budak.  Baru dia sedar yang laki dia actually sangat caring dan suka budak-budak.  Selama ni dia duk rasa laki dia style keraih hati dan tak mau amik tau tentang perasaan orang lain.

  13. Pastu laki dia Walter pun,  akhirnya tau yang bini dia style duk jadi cikgu kat convent tu.  Dia rasa terharu gila tengok bini dia.  Dia duk ingat selama ini bini dia ni tau nak enjoy dan bergaya saja.  Rupa-rupanya bini dia pun seorang yang passionate dan sangat penyayang kepada anak-anak kecik.

  14. Sejak itu,  bibit-bibit percintaan antara depa berdua mula terjalen.  Barulah depa duk belajar untuk saling mengenali dan menyayangi antara depa berdua.  Depa macam pasangan yang baru kawen u olls.  Happy sangat tengok depa time ni.  

  15. Then satu hari.........satu berita yang menggembirakan telah meniba iaitu Kitty telah mengandung.  WOHOOOOO! Meletops u olls.  Bagaikan bulan jatuh ke riba,  Walter punyalah happy.  Dan dia bagitau kat Kitty,  dia tak kisah anak sapa dalam kandungan tu yang penting dia sayang kat Kitty dan dia akan jaga anak tu dengan penuh kasih sayang.  Fuiyooooooooooooooooooooooooooooooo mana ampa nak carik laki cam ni wehsssssssss!

    Masa ni cinta depa mula berputik.  Walter tengah tunjuk kat bini dia,  projek paip air yang menggunakan buluh yang menyalurkan air bersih kepada pelusuk kampung.

  16. Ku sangka cerah sampai ke maghrib,  rupanya mai Zohor turunlah hujan.  Di saat babak-babak cinta antara depa baru menjelma tiba-tiba dia Walter terus jatuh gering dan terus meninggal dunia.  Tak sempat dia menaburkan lebih banyak kasih sayang pada rumahtangga depa yang baru nak memutik dengan bunga-bunga keindahan,  Walter telah meninggal dunia dan Kitty yang baru tengah mengandung.

  17. SEDIH TAK U OLLS?

  18. Pastu selang beberapa tahun,  Kitty pun dah balik ke England dan dia jadi ibu tunggal yang hot menjaga anak lelaki dia yang dah makin besar.  Di akhir plot filem ini,  Kitty dan anak dia terserempak dengan Charles kekasih lamanya.  Charles terkejut jumpa dengan Kitty dan dia pun bertanya "Jomla la jumpa dorang-dorang balik macam dulu-dulu.  Boleh aku tau anak hang ni umur berapa tahun?"  Charles pun mengkepo sebab dia duk dapat rasa maybe itu anak dia.  Tapi Kitty jual mahal u olls.  Dan of course after all yang telah berlaku dalam hidup dia,  dia boleh bezakan mana intan dan mana kaca.  
Moral of the Story
  1. Janganlah kawen sebab orang suruh.  Tapi kahwinlah sebab keikhlasan hang nak kawen sebab hang tau itu yang terbaik untuk diri hang.

  2. Sayangilah orang yang berada di sekeliling kita dengan penuh kejujuran dan keikhlasan,  sebab kita tak tau bila -bila masa saja Tuhan boleh tarik nyawa depa atau nyawa kita.  Masa tu,  kita tak boleh nak buat apa dah.

  3. Janganlah kita salahkan pasangan kita kalau dia buat benda yang kita tak suka,  kita perbetulkan diri kita dulu.  Sebab ada orang pernah cakap kat I olls,  pasangan kita ialah cermin kita.  So tak semestinya menjadi tugas suami untuk nasihatkan dan betulkan kita,  semuanya adalah tanggungjawab diri kita sendiri untuk berubah atau tidak. 

    Rasa cinta dan sayang adalah berbeza.  Sapa yang pernah bercinta dan menyayangi seseorang memang akan rasa perbezaannya.  Tapi kedua-dua nya memerlukan balasan kedua-dua pihak.

  4. Cinta yang lahir dari ketulusan hati tak kira datangnya ketika musim bunga yang cantek atau di lokasi percintaan yang paling romantis seperti Paris,  tapi dia boleh datang kat mana-mana pun kalau Allah nak kurniakan walaupun tempat itu di satu daerah ulu banat kat China yang kotor dan diserang pelbagai virus penyakit.

Benda yang bagus ni memang susah nak dapat.  Macam nak tengok filem ni sampai habis?  Punyalah panjang dan lama sampai lenguh tengkok aku nganga depan PC dengan duk menangih semua cukup.  Selepas almost 2 jam baru hang tau apa penyudah dia.  Kalau cerita Hindustan,  panjang-panjang pun ada lagu yang hang suka dan boleh feeling sorang-sorang.  Cerita ni takdak lagu-lagu menari dalam hujan semua nyah.  Sebab itulah I olls menganggap filem ini paling slow tapi paling makan dalam.  Kepada u olls semua yang suka layan genre love story,  u olls patut letak filem ini dalam your list.

ps/  Thanks Kak Sha sebab suggest Jumie tengok cerita ni.

2 comments:

  1. feeling2 sedeyy di pagi hari sat..tp kami suka moral dia..jangan wat somting pasai terpaksa.specially bab2 kawen ni..merana nanti..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. lydia.alamku@gmail.comMonday, May 30, 2011 9:04:00 AM

    insyaAllah akan try p cr dvd crita ni nnti..nk hapload, saya x sggup tggu 2 hari cm akak..sbb pc kita sama..zaman neolitik nuhhh..! kalo akak suka tgk cita korea - suspen thriller, buleh aje akak p tgk kt u tube - 'the chaser'.pd saya cita ni best, suspen & menyeramkan bulu tengkuk.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com