5.5.11

Jangan Menjadi Paranoid dengan Diri Sendiri

Apakah maksud paranoid?
Dalam Wikipedia (inilah salah satu sumber ilmu utama akak) bermaksud "is a thought process thought to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion. Paranoid thinking typically includes persecutory beliefs concerning a perceived threat towards oneself. Historically, this characterization was used to describe any delusional state."




Pada tafsiran akak,  paranoia atau paranoid ialah orang-orang yang selalu cemas dan takut sebab depa rasa semua orang nak aniayai mereka sedangkan hakikatnya they olls yang selalu berfikiran negative dan anggap semua orang disekeliling mereka adalah jahat dan nak membuat jahat kat depa.  Dalam pala otak depa sangatlah komplikated dengan pelbagai anasir bayangan dan ilusi iblis yang depa cipta sendiri.  Hakikat,  takdak salah dan silap sapa pun melainkan perasaan cemas dan takut pada diri sendiri saja.

Simptom-simptom paranoid adalah seperti berikut  :

  1. Bila dia baca status Facebook kawan dia duk kutuk-kutuk dan marah-marah dia mesti akan terpikiak "Weh...Jumie ang kata kat aku ka?"
  2. Selalu merasakan orang semua mengutuk dan mengata dia!
  3. Dia tak mau makan nasik bungkus yang kawan office dia bagi sebab takut dalam nasik tu ada santau.
  4. Selalu marah dan rasa terpinggir kat mak dan bapak dia sendiri sebab dia rasa mak dan bapak dia lebih sayang anak-anak lain.
  5. Jeles kuat dengan BF/GF sebab takut pasangannya bermain kayu tiga!  Padahal pasangan dia baik kot.
  6. Selalu rasa orang semua tak mau kawan dengan dia. 


Itulah antara contoh kelakuan orang-orang yang paranoid.  Akak rasa u olls pun ada banyak contoh lain yang u olls boleh relate dengan contoh-contoh di atas.

Persoalannya :  Mengapa orang tu jadi paranoid?

Jawapannya :

Senang saja u olls.  Dia jadi paranoid sebab selama ni dia yang duk buat onar kat orang.  Sebab tu dia cepat sangat terasa macam orang lain pun nak buat naya kes kat dia. 

Janganlah suka duk mengutuk dan mengata kawan-kawan sedangkan lepa tu semua tak mintak duit dia haram sekupang pun daripada hang.  So kalau dia sendiri nak melingkup dengan life dia,  biak pi lah!  Kalau dia hidup alhamdulillah rezeki melimpah,  hang janganlah duk jadi pendengki nak pi buat macam-macam benda bagi dia jatuh. 

Benda-benda macam ni lah yang duk makan hati hang.  Nanti lama-lama hang akan rasa semua orang kat dunia ni pun nak buat naya kat hang.  Perasaan tu tertanam dalam hati hang la bahlol sintok oi. 

Sebab tulah adalah baguih kita hidup dalam suasana positive.  Tok sah duk buat naya kat orang,  tak payah nak pi masok campur hal orang,  tak payah nak 'try to leave in people's pocket'.  KESAHNYA! 

Akak cakap lagu ni sebab akak dah laluinya.  Hati tak tenteram dan rasa macam semua orang tak suka akak.  Akak tak mau jadi lagu tu dah.  So lani,  kalau benda tu takdak kena mengena dengan hidup aku.  Biarlah apa pun nak jadi.  Akak focus kat apa yang akak punya target untuk diri akak dan hidup akak. 

Itulah saja petua akak untuk hari ini.  Celaka nak haram oi....kalau hang tak menyontot dengan pompuan lain,  hang tak akan terpikiak lah yang bini hang duk main dengan Bangla.  Paham tak mesej komuniti akak hari ini?
Free yourself from negativity.

Sekian,  ADAKAH HANG ADALAH SEORANG YANG PARANOID?  Pikiak la sendiri.

5 comments:

  1. Yesszzaa!!!
    Mak kene setepek kat ataih batang idung yang tak mancung pipi sorong2 neh!!
    Yer nok, mak makin kertu nih makin sangat period dan paranoid..
    Sebab tuh uols selalu nampak mak meroyan2 kat twitter pasai tuh la..
    Help me pls...

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  2. U olls kena kuat. Jangan ikut sangat perasaan. Cuba busykan diri dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran dan juga membaca zikir-zikir memuji nama Allah.

    #CAROTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

    ReplyDelete
  3. oh kak jumie~~~


    saye rase saye paranoid... macam kene je ngan simptom2 tu, tapi kalo org bagi makan, sy bantai jelah, rezeki.. hehehe

    ReplyDelete
  4. hmm... ada la sikit paranoid. tapi specific kat tempat lain.

    hehe.

    mcm best je verification word aku:

    lantac.

    =bunyi macam "lantak" plak kan? hahaha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com