Ramai antara they olls adalah memang akak kenal sebab they olls very the 'vocal' dalam Facebook dan selalu mengomen kat wall-wall akak dan ada antaranya kami baru jumpa first time masa gathering itu.
Kisahnya bermula apabila Eizhall, Aina dan Bell telah menyinggah di ofis akak just untuk sembang-sembang petang. Borak kat office mana boleh over u olls. So akak memberi cadangan, why not kita buat small gathering. Sambil makan-makan kita bolehlah sembang panjang-panjang. Kita kutip duit sorang sepuluh ringgit ke untuk makan and then akak bawak hadiah for u olls.
They olls very the happy and so Eizhall menjadi ketua gathering ini. Beliau yang gigih carikan tempat dan inform semua kawan-kawan dia. Takderlah ramai orang, tapi okaylah u olls. Termasuk akak dan En. Khafi jadilah dalam 11 orang.
Mulanya agak kekok akak rasa. Tapi lama kelamaan, kami mulai mesra u olls. Akak rasa, ini baru first time jumpa. Kalau dah kali kedua ketiga mesti lagi mesra dan cergas mentol. Akak takderlah niat nak feeling-feeling celebrity jumpa peminat u olls, tapi akak ingat jasa-jasa they olls ni semua yang gigih mengpromotkan belog akak dan memaksa kawan-kawan depa semua untuk LIKE article akak untuk pertandingan What's Is Hot, Is Gettin Hotter! Thanks u olls. Walaupun akak tak menang, tapi untuk pengetahuan u olls, akak adalah mendapat 2nd highest vote dan pemenang pertandingan tu memilih akak sebagai make up artist beliau. KELESSSSSSSSS!
So, after makan-makan ringan (KFC u olls), kami mulakan sessi perkenalan dan bersembang-sembang. Ada antara they olls katanya sampai sanggup bergelak sorang-sorang di Perpustakaan Hamzah Sendut sebab laptop rosak. So terpaksa baca belog akak kat PC di library. And then of coz, we olls bersharing gossip, mengutuk blogger-blogger Melesia yang lain, HAHAHAHAHA. Ada antara they olls ni iaitu Aina dan Kiki adalah blog stalker yang paling menggerunkan sekali. Depa style duk pi baca belog - belog orang sampai mana-mana semua sampai boleh buat profail pasai orang itu. Fuiiiyooooooooooooooo! Memang dahsyat sekali.
Unfortunately, kami tidak mempunyai camera yang cantek sebab Bell punya camera masuk dalam hospital untuk pembedahan uri. So, kami guna camera handphone Samsung En. Khafi saja.
Inilah antara pose-pose kami. Sorry gambar tak clear. :) |
At the end of the gathering, one of them mentanya satu soalan kepada akak dan akak rasa akak telah menjawab dengan sangat OPRAH sekali. So akak nak share dengan u olls semua.
"Kak Jumie, kitorang ni semua dah final year. Pasni tak taulah apa hala tuju kami semua. Sama ada kerja atau tidak. Atau sambung belajar. Atau kahwin. Kami sebenarnya sangat takut dengan apa yang kami akan hadapi sebab kami tak tau. So, boleh tak Kak Jumie bagi sikit tips kepada kami macam mana kami nak hadapi dunia baru ini?" tanya Aina.
Lantas dengan gayah Oprah campur Kimora Lee Simmons, akak pun menjawab,
"Okay, bagus soalan itu. (Cewah....feeling Cikgu Murni kan?). Pada pendapat akak, u olls janganlah takut. Apa yang paling penting sekali u olls janganlah sekali-kali mengkomper diri u olls dengan kawan-kawan u olls. Satu hari nanti lepas ini, while u olls hanya dapat kerja kat TESCO sementara nak carik kerja yang setaraf dengan kelulusan u olls, ada antara kawan yang dapat kerja meletops gaji ribuan dollar, pakai kereta import, dapat kerja kat oversea. Yang perempuan pulak, ada kawan yang baru kerja jer, dah ada anak Dato mana masuk meminang. Kawen jer dapat rumah sebijik. Bertunang Jumie Samsudin yang make up...kannnnnnnnn! Haaaaaaaaaaaa...Nasihat akak. Janganlah compare diri u olls dengan kawan-kawan.
Semua orang ada ketentuan rezeki masing-masing. Inilah prinsip hidup akak dari dulu sampai sekarang. Akak hanya compare diri akak semalam dan hari ini. Minggu lepas dan minggu depan. Kalau tahun ni, tak der saving....tahun depan kena ada saving sekian-sekian. Tahun lagi satu beli kereta sendiri. Walaupun kereta Perodua, tapi duit deposit sendiri kumpul. Pastu simpan duit, pergi melancong luar negeri. Kita kena buat target dan plan betul-betul agar target kita tu terlaksana. Jangan tiru target orang lain. Kita kena tau apa yang kita nak," bebel akak yang berfeeling Oprah Samsudin.
Itulah nasihat dari akak dari they olls. Di akhir pertemuan ini, we olls pun bersalaman dan berposing. Dan paling sadis sekali, malam tu me and En. Khafi terpaksa feeling Asmidar dan Ali Setan okay. Naik scooter. Sebab masa tu Dorrie tak baik lagi dari ospitel. Depa punyala duk gelak kat we olls masa naik motor. Gila.........sikit punya almari ka dua dua orang naik motor.
Sekian sahaja. Di kesempatan ini, akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua u olls yang terlibat pada pertemuan malam itu. Eizhal, Firdaus Selamat, Fakhruddin, Along Hafiz, Mamu Khairul, Zainals, Aina, Afiqah, Kiki, Melissa Edward and Bell. (Cukupkan semua nama ni? Kalau tak cukup matila...akak kena sumpahan). Keep in touch okay.
ps/ Lagi 10 tahun apalah jadi kat kita kan?
Salam sembah ratu 48 step.
Salam Jumie...tahniah...org penang pun dah ada geng blogger sendiri..i like...kak eni pun suka baca blog Jumie...walaupun pedas bergas tapi ada isi dan `sincerity' di situ...he he...teringin juga bila bila free nak join perjumpaan u all...boleh ka...he he...
ReplyDeleteJeles nih depa dah jumpa diva penang!
ReplyDeletePojiePooh; Hanya Satu...
Kak Eni...pertemuan kedua nanti insya allah masa saya kawen nanti...yehaaaaaaaaaaa akak mai la PENANG!!
ReplyDeletePojie....alaalalalalala jangan la gini...
jeles, nak join gak
ReplyDeletetakpta takpa...nanti kita buat yang open to all okay :)
ReplyDeleteekceli...thanksss to akak gak...btw, gathering tu jadi antara kenangan manis kkitaorg kat USM...btw,semoga akak n kita2 success di donia n akhirat..
ReplyDeletekak..ini xtahu kali keberapa puluh dh aina baca post ni..
ReplyDeletetba2 hri ni trasa mood mengimbau kenangan indah kita bersama(ayt kalah a.samad said)
thank you so much sbb mnceriakan hari yg kelam,sibuk,n penuh dgn cbaran ni. hari ni wlau dh kurang msa berjumpa di arena maya,dri jauh aina doakan akk slalu sukses n happy! slam dari kuala lumpur..-aina