6.4.11

Ulasan Fesyen Blue Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Hello u olls semua.  Yes!  Ampa duk tunggu sangat kan?  Akhirnya akak berjaya mengumpul sebanyak mungkin pictures dari OhBulan.com dan Budiey.com atas kegigihan mereka semua mengambik gambar dan upload dalam page they olls.  Akak nak ucap tahniah kat Mr.  Budiey.com sebab beliau memang gigih bagi pictures yang clear (full figure) lengkap dengan sapa pencipta baju itu.  Memang kelessss u olls.  Malam ini,  walaupun akak sedikit migrain,  tapi akak akan cuba buat yang terbaik untuk u olls semua.  Marilah kita tengok sapa mendapat pujian atau carutan.


Yang Akak Suka


Sapa makan ati tengok persembahan Dato' Siti Liza masa penutup ABPBH 2010 yang lalu?  Nobody but Dato' K katanya.  Kelesssss mak ayam ni tau.  Akak tau ramai yang memuja dan memuji beliau katanya persembahan Dato' Siti Liza very the best dan sangat cute WALAUPUN step dia hancus dan dia goyang ala-ala light-light je.  U olls memang kalau satu hari Dato's Siti Liza buat video tampar muka akak yang lopah ini pun u olls akan tweet "CUTENYAA DATO'S SITI PENAMPAK KAK MERRR!"  Memang u olls semua hanjz! 

Apa pun,  akak tak mau nak kata banyak sangat about that persembahan.  Yes,  akak tersenyum melihat persembahan penutup beliau itu.  Bagi akak,  Dato's  Siti tetap Melesyen sweet heart.  Pandai Dato' memilih lagu yang catchy ini dan membuatkan we olls semua tertawan. 

And plus.................i loveeeeeeeeeeee this dress from Rizman Ruzaimi.  Akak sukaaaaaaaaa dress ni sebab memanglah sarat tapi sesuailah sebab Dato's Siti nak pakai naik pentas kan.  And black is very the cheating ya! Bagi nampak kuruih!  :)



Akak suka abang Anuar,  sangat kena tema.  Bagi akak Anuar Zain adalah satu laki yang selalunya pandai memilih baju dia pakai.  Kena dengan tema,  kena dengan usia dia dan kena dengan suasananya.  Welll what can i say?  ......... (fill in the blank).




Dress ni buat akak sat suka dan sat tak suka.  Mula mula cam tak suka sebab kalau ampa tengok dekat dekat memang sangat sarat.  Tapi bila tengok jauh jauh macam meletops pulaks!  So akak letakkan dress Hatta Dolmat ini di tempat yang akak suka.  :)  Tapi akak suka sangat make up untuk Marsha ini.  :)


Stacy pakai dress warna gold cayak ni daripada Hazwani Osman.  I love it because menampakkan pompuan pendek dan kenit macam Stacy ni sedikit lebih panjang.  And dress ni tak sarat sangat.  Good choice Stacy.




This is Kak Baby's favorite for ABPBH2010 blue carpet.  Yes,  akak pun suka juga dengan pilihan Kak Fasha kali ini.  Elegen,  mewah and yet very simple.  Kalau u olls zoom bagi besak gambar ni sebenarnya walaupun nampak macam sarat tapi actually patching dia buat kat dada tu very simple.  Just laying dengan lace saja.  Takdak maknena mutiara svaroski.  And itulah simplisiti yang kita carik. Wanpa buat this beautiful dress!




Kelessssss janda Nabil ni sekarang pakai tudung ya. Akak harap semoga kekal pendirian ya,  jangan nanti esok lupa bukak la pulokkkkkkkkks.  Dress ini dari Hatta Dolmat.  Memang kelesssss ya.  Akak suka sebab couture dress ini sangat sweet dan tak over.





Nakkkkkkkkkhaaaaaaaaaaaariiiiiiiiiiiiammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!  Makan atiiiiiiiiiii okay tengok anak dara Rohana Jalil ni ya.  Mentang-mentanglah sekarang ni orang duk sebut dia bermulut seksi macam Angelina Jolie,  dan dannnnnnnnnnn hang pun nak dress body hugging dress macam Kak Angelina.  Very the dragg hang ini.  Tapi apa pun,  masa akak mula mula dapat all these pictures memang akak nak pilih hang for best dress.  Kilafairy nampak sangat eleganz dengan dress ni.  Very simple! 




Dua sahabat baik ni akak suka sangat they olls dua orang kali ini.  Awal pakai suit dengan eksesori kaca mata bingkai Superman sebelum salin baju.  And Scha,  colour merah ni memang sangat hang.  And u olls kalau pasan,  kain untuk dress Scha ini adalah jenis berkilat sikit tapi tetap nampak mahai dan classs.  Tahniah to designer depa dua orang ni Alia Bastamam.




Ampa nampak tak macam akak nampak?  Akak nampak  pompuan ni duk mai macam muka Nasha Aziz dah sikit sikit.  Inilah Miera Leyana.  Haritu kecoh dia pakai dress nampak tetek lagi sikit.  Aiiiyooooo!  Sekali lagi beliau memberi kepercayaan kepada Wan Huzairil untuk membuat dress tak dedah sangat ni,  tapi tetapi seksi.  Cayalah u olls.






Dress eleganz yang meletops ini ofcoz dari Rizman Ruzaimi.  I love this dress.  Sebab nampak mewah dan kelesss.  Ampa tau la kan?  Si Liyana Jasmay ni memang always very the sofistikated taste punya.  Akak suka depa buat kat tetek tu bagi jadi bentuk love.  So nampak la sikit pompuan ni ada tetek.  Kalau tak....NAN HADO!




Tiz Zaqyah!  Akak menanges okay tengok picture u olls.  Kalaulah dapat tengok full picture kan best.  Tapi akak pusing pusing carik dalam Google tak dapat u olls.  Tapi memang i love ur fashion choice memang very the Kate Hudson okay.  I love u olls la. 




Tak semua orang buleh pakai putih ya.  Dan tak semua putih adalah sesuai untuk semua orang.  U olls boleh end up nampak inexpensive.  Patutlah ada satu kakak Senjojes tulis kat tweeter dia,  "NAK KAWEN DENGAN ASHRAF MUSLIM".  Gamaknya dia tengok picture ni kot!  Aiiiiyooo very the u olls ni kan.  Anyway,  akak suka la ustad ni pakai suit putih ni.




Kelesssss Kak Linda Onn.  Dress ini adalah daripada Ezuwan Ismail.  I love the colour and the simplisiti to it.  Nampak sangat mahai :)



Yang akak tak suka


Sapa pompuan ni?  Amanda Imani?  Penyanyi katanya.  Baju ni akak tengok macam nak pecah dah.  U olls pasan tak dia macam bongkok sikit sebab kalau dia pebetui postur badan dia terus nanti tetek dia tekuak.  Kan?



Yuna.........again macam geffren orang jahat Star Wars iaitu Darth Vader.  Boring.  Tapi katanya ramai yang marah sebab dress dia ni dah macam sister kat gereja.  Ala u olls ni.......jangan la samakan sampai cam tu okay.  Gambar ini ehsan dari Fit Sparrow,  bro!  Akak letak jer picture ni.  If u olls tak suka,  akak remove okay. 




RR,  sorry u olls!  Akak suka u olls buat dress yang Dato' Siti pakai masa nyanyi tu. Yang ni akak tak suka.  Sebab akak tak faham.  Akak rasa cam fesyen ni keterbelakang masa sat.  (OUTDATED).  Please selamatkan Dato's Siti Liza,  dia selalu jadi mangsa fashion.




Akak cuba mencarik gambar penuh pompuan ni tapi tak dapat.  Akak tak tau la ini dress ka baju kurung ka?  Pompuan ni kan telah diciptakan untuk pakai baju kurung.  Akak rasa dress ini adalah patching baju kawen Ning Baizura pastu lekat kat dress ni.  Colour dah meletops and design baju ni pun simple,  tapi akak tak faham bunga larat di dada dan plaster warna perak kat bahu tu?  Nak kata ala-ala padding Maikel Jeksen la ni?




Deni serrrrr tau.  Selalu pakai baju merepek bagi dia nampak macam tok tok sikit.  Kali ni Fara Fauzana pinjam baju ni daripada Mary Poppin pulok.




Akak tau ramai yang minat Mia Sara,  tapi tolonglah tunggu dia betui betui tua untuk bagi pakai baju orang tua.  Akak rasa dia akan nampak lebih sweet kalau pakai dress flower girl dari kain cotton dan cekak di kepala.  Biar lah dia jadi siapa diri dia sebenar,  takpayahlah force dia pakai dress orang tua macam ni. 




Satu lagi mangsa fesyen tak kena usia is Elfira Loy.  Siriesly u olls, dress ini sangat meleps.  Tapi the fact that dipakai oleh Elfira yang baru mendapat period pertama 6 bulan yang lalu....akak rasa tak sesuai u olls.  Dress ni macam Eja pakai elok la u olls.  Dah nak kertu tapi still hot.  Elfira....mesti Wanpa tak bagi hang pakai dress ni tapi hang nak pakai jugak kan?  Tak tau la kalau salah jangan rejam akak ya.  Tapi Elfira,  please ya jangan dress macam tok tok dah.  Jangan jadi cam Fara Fauzana.





Lisa Surihani,  u olls macam bangun tidok pastu terperangkap dalam kelambu nyamok pastu teruih tarik semua mai Genting teruih kain kelambu tu jadi dress!  Gila meletops idea u olls.  Akak sedih sebab pompuan cantek macam Lisa ni pakai kelambu jer. 




Tudung dan dress tak meching!  Gila dress ni hottttttttttt kot sekali dia pi pakai tudung cotton pinjam kat Cakcing.  Nextttttttttttttttttttttttttttttt! 




Dress ni dari Hazwani Osman.  Akak suka kat bahagian atas saja.  Tapi dari pinggang ke bawah....terus akak cam kecewa.  Adira nampak macam sedikit pendek.  And maybe colour pink tu kot...cam tak masok ja dengan colour hitam menghelit.



Tak berani nak carot banyak banyak kat dress Zery Zambry ni. Satgi Hatta Dolmat nanti mai serang maki akak.  Actually dress ni nak kata couture tak couture,  nak kata dress potong kek tahun 90an pun tak,  nak kata dress iklan X Pac Selkom pun tak...akak tak tau la ni dress apa.  And colour ni tak sesuai dengan Dynas. 


Dress hijau dan pink ini dibuat oleh satu fashion designer muda bernama Jezmine Zaidan.  U olls buleh bukak kat blog dia.  http://jezmineblossom.blogspot.com/  Akak sangat impresss dengan hasil kerja dia.  Dia ada niche area dia sendiri.  Tapi tetap.................akak tak faham dress ini dipilih untuk modern klasik.  Tak kena tema la nak ayam!


Mamu Boria campuk dengan Amir Lukman.  Paknil awat putih sangat muka u olls?  Okaylah...akak maafkan u olls nak pakai jugak selendang tu sebab Genting sejuk katanya.  Tak sesuai untuk usia kertu.

Paling Akak Suka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dottie Nur Syuhaida
Sebagai President Wanita Wanita Agam Melesia sejak 2008,  akak ingin mengucapkan tahniah kepada Dottie sebab memakai dress meletops dari Ariff Syukor ini.  Sesuai dengan tema modern klasik,  Ariff telah berjaya menggabungkan dua maksud sebenar tema ini modern (bentuk dress) dan klasik (batik).  Memang u olls think out of the box sangat.  Dottie memang sangat meletops.  Pinjam dress ni boleh? Nak pi cekcur malam ni.  Ahakzzzzzzzzzzzz!

Sekian,  love u olls.  Apa yang salah tu akak mintak maaf.  Hanyalah satu pandangan ikhlas akak.  Yang baik itu adalah dari Yang Maha Esa.  Akak harapkan agar industri fesyen kita makin meriah and so happy that semua artist kita memang sangat sokong local fashion designer.  I hope fashion kita semakin makin makin meriah di masa depan,  tapi semakin kurang labuci,  swaroski dan maknena mengelit semua.

17 comments:

  1. JUmie, gambaq Siti yang first tu, kaki dia ka tu yang kami nampak? Ke kami silap tengok.

    Kami suka dress Scha. Very the melepss. Suka color dia. Suka makeup Scha jugak.

    Tapi kami tak suka baju Miera Liyana. Tak tau kenapa..Material baju kot. Kami suka baju Kila Fairy. Very the simple. Sesuai dgn umoq dia.

    Tapi kami perasan kan, sekarang pesen silang-silang kat dada.TAk kira la silang manik2 ke, lipat2 ke..banyak style silang.

    ReplyDelete
  2. Mata u olls meletops....i olls baru perasan ada macam bentuk kaki...but i dont think itu kaki..i rasa itu kain inner :)

    ReplyDelete
  3. nok mak suke dress marsha nmpk mcm snow white.....n lipstik die pun mak sgt2 suke wlpun mak bukanlah suke ver2 make up nie tp jenama simply ct mmg terbek....!

    ReplyDelete
  4. nakyam mmg suka baju siti nurhaliza...lgpun kerja rizwan ruzaini x penah menghampakan..dua designers baru ni letop2 kerja depa..

    baju lisa,kalau sapa rajin tgk blog Vera Wang,mmg style die mcm tu..but yg lisa pakai ni versi x siap akak..

    baju kak nita x tersenarai ke akak?? vogue ok..

    baju gugurl mmg meletop..simple n nice..mmg die in character sgt mlm tu..suchi murni.

    pic didie alias pown xde..hehhee..tak dpt tgk full..but since die feeling2 jadi lady gagap neh,makin merabu meraban dah dia.

    anuar zain tetap di hati...

    ReplyDelete
  5. fewwit! i like!
    thanks jumie for the review ;)

    ReplyDelete
  6. Thanks u olls semua....akak akan cuba carik more pictures. Sorrylaa......akak takdak camera man :)

    ReplyDelete
  7. I like Dato' Siti's dress masa yg dia nyanyi jugak and Liyana Jasmay dress. Another one is Anita Sarawak punya dress also chanteq. That nite i tgk ramai yg mekap pun dah ala2 'clean' look that previous years award, that's great.

    Btw, kat Malaysia ni, xde couture dress la, we not there yet as couture dress ada byk guidelines yg harus di follow. Setuju x?

    ReplyDelete
  8. baju ana rafali masa dia nyanyi yg kaler kunin tu takdak ka?

    kemain lagi twit bagai nak rak dia citer pasai baju tu kat twitter...

    konon tu baju kurung yang da modified...tapi sweet jugak sebenarnye. huhu...

    cuma tah, sat nampak pelik sat tak...

    ReplyDelete
  9. Amy, actually i pun bukanlah reti sangat bab bab fashion ni. Still learning from my friends from time to time.

    Bab bab couture ni...actually ada beberapa fashion designer kita yang boleh buat cam tu. Tapi kadang-kadang masalahnya, orang kita yang tak tau nak memilih.

    Babe................pada pendapat I olls....our celebrities need a stylist! Itu saja!

    ReplyDelete
  10. Aslina....baju dia masa nyanyi lebih cantek daripada red carpet!

    ReplyDelete
  11. haa... tu betui... sebab nampak dia mcm comei2 sikit time nyanyi tu... hehe... simple pun simple... :D

    ReplyDelete
  12. Baju Dottie adalah rekaan Rifai. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Kak Jumie,yup Mia Sara tu mmg tk sesuai dgn colour ngan mcm tu...spatutnya dia baju yg yg comel2,kembang2 n colourful skit...baru cute!!

    ReplyDelete
  14. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value of providing a quality resource for free. cheap carpet cleaning fayetteville nc

    ReplyDelete
  15. While portraying contemporary zone floor coverings terms, for example, hilter kilter, engineering, and free structure are normal. Essentially, contemporary structures are described by distinct complexities, strong utilization of shading, and regularly geometric plan components. Carpet Cleaning Brooklyn NY

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com