30.4.11

Royal Wedding 2011 Prince William dan Catherine Middleton : Kesederhanaan Terindah

Halllo u olls semua.  Happy Monday!!  Mesti u olls semua tersenyum lebar apabila membaca topik yang akak bawakan khas untuk u olls semua.  Sempena rehat-rehat di office waktu lunch,  tak tau nak buat apa.  Apa kata u olls baca review akak buat pasai event yang paling akak tunggu-tunggu untuk tahun 2011 ini.  Iaitu Royal Wedding antara Prince William and Catherine Middleton.

Matilah En.  Khafi kalau baca ini ya.....yelah abang!!  Kita tentunya menantikan hari perkahwinan kita okay! :)

So u ollss semua dah tengok tak LIVE BROADCAST Royal Wedding 2011 di The Royal Channel on Youtube kan?  Okay.  Akak tengok 3 kali so far (ketika akak menulis ni,  Jumaat,  29 Mac 2011 jam 10.48 malam).  Maybe pas ni akak akan tengok lagi sebab nak buat review untuk u olls semua.

Baiklah,  marilah membaca highlights yang akak nak ulas khas untuk u olls semua.

Wedding Dress Paling Dirahsiakan di Dunia Ini
Ampa tau tak sapa-sapa pun tak tau design wedding ini sampailah hari kahwin depa ni dorang.  Gila -gila punya depa simpan rahsia.  Semua pengkiritik fesyen pun kata,  inilah the most well kept secret on wedding dress design.  Kate bekerjasama sendiri secara peribadi dengan Creative Director dan orang kanan kepada mendiang Alexander Lee McQueen iaitu Sarah Burton.  Prince William sendiri pun tak tau apa-apa pasai wedding dress ini.  Sampailah masa kat tempat depa nak kawen...baru Prince William tengok kat dia and dia kata "You look beautiful!" 
Prince William and Kate Middleton semasa hendak keluar dari Westminster Abbey,

HEHEHE.  Dalam banyak-banyak review fashion,  depa semua tau wedding gown dia tentu sangat simple and tak kembang-kembang.  Macam straight gown gitu.  TAPI AKAK TAK MAUUUUUUUUUUUUUU!  Kalau dia pakai gown strettt tak pari-pari la u ollls!  Akak nak dia pakai gown leret-leret macam mendiang mak mentua dia pakai dulu.  Tapi akak memang selalu terbayangkan dia akan pakai very simple fitted kat bahagian atas,  lace pastu bahagian bawah nanti gaun kembang. 

Sarah Burton tengah perbetui gown Kate.  Memang meletops u olls.  Inilah sebenarnya etika seorang pereka pakaian.  Dia (pereka fesyen) mestilah berada di sisi sampailah u olls selesai pakai baju itu.  Apa guna u bayar dia mahai-mahai. 


FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!  Bila akak first tengok Kate keluak dari kereta itu.  Akak terus tarik nafas lega sebab dia memilih dresssssssss yang very simple tapi sangat pari-pari!  Akak ada la baca beberapa review jangkaan rekaan fesyen untuk baju kawen Kate ini,  ada yang kata Gucci akan buat,  pastu ada yang kata Vera Wang.  Tapi akak tau,  sesungguhnya depa ni orang British haruslah carik designer from negara depa jugak.

Bila dia turun keretaaa jaaaaa.............................AKAK TERSENYUM CAM NAK NANGEH.
Dia nya gown belakang tu taklah sepanjang baju mak mentua dia dulu.  Akak suka :) Light-light ja u olls.  Ramai yang kata bahagian atas baju ini ala-ala kebaya u olls.  Akak setuju.  And ada juga yang kata dress ini ala-ala wedding dress Grace Kelly.  Pelakon Amerike tahun 50an yang kawen dengan Putera dari negara Monaco.

Bunga Tangan Kate Middleton 
Bunga tangan ni direka oleh Shane Connolly yang juga pereka semua dekorasi bunga dalam Westminster Abbey.  Instead of memakai bunga tangan yang sarat dan penuh dengan bunga-bunga gondu (besar),  Kate pilih bunga-bunga kecik seperti melati,  Sweet William (nama bunga pun cam nama laki dia), hyacinth,  dan beberapa bunga kecik lagi yang kalau aku Google nama dia tukak jadi bahasa Melayu dia jadi nama pelik-pelik.  Menjadi salah satu tradisi perkahwinan diraja British,  bunga tangan royal bride kena ada sedikit bunga-bunga yang dipetik dari kebun istana.  Meletopsssssss :)

Cumels bunga tangan dia kan?  Badan comei kuruih terletak macam Kate takpalah pakai bunga tangan kecik comei macam ni.  Kalau pengantin agam macam akak,  jangan verangan ya.  Kita kena pakai bunga bunga gondu juga.  Baru nampak balance. 

Shane Connolly punya idea jugaklah untuk bubuh pokok-pokok dalam gereja tu.  Gila meletopssssssssssss!  Kak Baby!! I nak pokok macam ni jugak dalam Puspahome nanti.  Ganti dengan arch walkway.  Boleh? orang buh pokok...hang nak boh pokok jugak.  OVERLEMENET.
Pokok maple di susun indah sepanjang aisle nak ke altar.

Mahkota dan Cincin Kahwin Kate
Sebagai tradisi depa juga,  pengantin perempuan kena pakai barang kemas yang 'dipinjam'kan oleh keluarga mertua.  So Kate pinjam satu tiara 'halo' daripada tok William punya.  Bentuk 'halo' tu maknanya tiara tu style bulat macam atas kepala enjels tu.   Tiara tu, mak Queen Elizabeth punya. Mak dia bagai kat Queen Elizabeth. Asalnya Tiara tu, bapa Queen Elizabeth tempah kat Cartier & bagi kat wife dia sempena bapa Queen (king George) naik takhta England.




Subang Kate pulak didesign oleh Robinson Pelham yang diinspirasikan daripada lambang 'coat of arm' untuk keluarga Middleton. 

Kate pulak didesign oleh Robinson Pelham yang diinspirasikan daripada lambang 'coat of arm' untuk keluarga Middleton.
Coat of arm untuk keluarga Middleton. 


Depa dua orang memecah tradisi dengan hanya memberikan cincin kepada pihak pengantin perempuan saja.  So untuk William takdak cincinlah.  Dan cincin belah rotan yang dibuat untuk Kate adalah sangat simple.  Ada yang kata,  awat nipih sangat cincin dia?  Takdak batu ka?  Welllss...depa Mat Saleh kalau kawen memang pakai cincin simple saja.  Depa pangge wedding band.



Click on the picture.  U olls akan nampak cincin kecik itu.  Katanya William ketak tangan sampai jenuh nak sarung cincin kat jari Kate.  Rasa macam tak celuih. (tak muat).
Kalau bertunang barulah depa nanti bagi cincin dengan batu permata gondu-gondu.  Kate tetap pakai cincin pertunangan depa itu ya. 




Sentap!! Dia mekap sendiri okay! 
Disebabkan sentap kerana akak menolak pelawaan untuk memake up beliau,  Kate make up sendiri untuk wedding dia.  Pompuan ni memang semulajadi cantek macam akak,  so tak kisahlah kalau dia nak make up sendiri.  Touch sikit-sikit pun dah vas.  Tapi u olls semua,  muka-muka Melayu Deli jangan verangan macam Kate ya.  U olls kalau tidak mempunyai asas teknik solekan,  better hire profesional make up artist untuk mencantikkan u olls di hari bahagia. 

Flolessss sepupu akak ini.  Keless u olls!  Nak jadi macam Kate?  Okay,  tidur kena cukup.  Minum banyak air and always jaga kecantikan kulit melalui pemakanan yang sihat serta rawatan dari awal.  Bukan lagi 2 bulan nak kawen baru hegeh nak berfacial u olls.



Kasut juga dari Alexander McQueen
Till now akak tak dapat the rela picture untuk kasut wedding yang dipakai oleh Kate dalam internet.  Browes sana sini tak jumpa.  Tapi depa tulis cam ni "Kate's shoes were hand-made by the Alexander McQueen team using ivory duchesse satin with hand-embroidered lace from the Royal School of Needlework.".  So most probably,  kasut dia lebih kurang cam nilah.  Akak suka :)
Ini contoh yang menyamai gambaran depa kata.  Bukan the actual shoes.  Katanya kasut Kate disaluti kain lace hand-made oleh para pelajar di The Royal School of Needlework (RSN).  Katanya,  dari veil sampailah ke dress dia punya lace semua jahit tangan nyah!!  Sembah ratu 48 step sangat. 


Si Adik yang Menjadi Pengapit
Sepupu akak yang lagi seorang ni sangat kekwat okay. Philippa Middleton atau Pippa. Akak sentap tengok dia muncul dengan kulit yang tanned dan dress Alexander McQueen yang seksi di tetek. Ramai yang puji kecantikan beliau. Akak suka kesederhanaan dalam penampilan beliau. Nanti akak kawen, Cakcing tak buleh jadi pengapit. Sebab dia wedding planner untuk wedding akak ya. Kelessss.

Catwalk yang elegan.  Keless pompuan ni.

Kot belakang.  Ramai yang duk puji kata pungkur deni hot.  APAKAAAAAAAAHHHHHHHH?  Mai lawan pungkur akak!! Boleh bubuh barang kot atas.


Ciuman Pertama Di Balkoni 
Pojiepooh Hanya Satu tulih kat Tweeter dia "hey takder cium ke pas kawen?"  Aiiiiiyoooo!  They olls pun sopan okay.  Tak cium dalam gereja.  Then,  masa depa balik ke istana,  depa ramai-ramai keluar kat veranda tu,  masa tu depa dua orang cium.  Akak suka sangat tengok part ni.  Depa dua dua duk bye bye kat semua orang kat luar istana,  then sambil tu depa duk cakap-cakap dorang tapi tengok depan.  Pastu tiba-tiba depa cium!  Arghhhhh akak suka.

Pastu lepas cium sat tu,  muka William gila merah macam udang.  Deni sebijik macam mak dia punya muka. 
Pakar psikologi yang mengomen pasai kissing depa dorang ni,  depa kata dua orang ini mempunyai kimia yang kuat bersama.  Postur badan dua-dua kaleh ke arah pasangan menunjukkan kasih sayang antara depa berdua.  Depa jugak compare gambar cium mendiang Puteri Diana and Putera Charles back in the day.  Memang nampak ketara,  Puteri Diana yang sampai long neck jangkat pi kat laki dia.  Putera Charles cam biasa ja.  Sebab tulah depa cerai lepas tu. 

OKAY SEMUA PI CHECK - AMPA KALAU AMIK GAMBAR DENGAN PASANGAN AMPA....SAPA YANG KALEH KUT SAPA LEBIH? KALAU LAKI AMPA TAK KALEH BANYAK KAT BADAN AMPA AND AMPA JA YANG DUK DUK KALEH LEBIH.........SOMETHING WRONG LA TU. (DULU AKAK DENGAN EN.  DUDA CAM TULA! AKAK YANG OVER LEANING KAT DIA).

Queen Elizabeth
Sembah ratu 48 step okay kepada ibunda kita semua!!  Kelasssssssssssssssss u olls berdress warna kuning cayak yang menyinar indah bak sang suria di waktu pagi di London itu. Dress,  overcoat dan topi Tuanku dibuat oleh Angela Kelly.



Carole Middleton

Kalau ampa nak tau, inilah mak Kate Middleton. Mak dia masih bergetah ya. Akak suka pilihan warna light grayish blue ini.


Cadangan akak,  kalau overcoat macam ni kita pakai on top of baju kurung for formal attire to office kan meletops.  Instead of pakai kot pendek paras atas punggung.  Pastu baju kurung kita labuh blah dalam.  Yasmin Siddiq would probably agrees dengan cadangan akak ini.


Camilla Parker Bowles

Ampa tau dak deni sapa?  Denilah bini Prince Charles sekarang.  Kesahnya dulu depa ni kapel lamaaaa!  Tapi sebab keturunan Camilla ni tak disukai oleh pihak istana,  so depa tak buleh la nak kawen.  So Prince Charles kenalah kawen dengan Princess Diana.  Tapi they olls tak bahagia.  Katanya,  Prince Charles sengap-sengap duk ada affair dengan Camilla di belakang Princess Diana.  SATU DONIAAAAAAAA TAK SUKAAAAAAAAA dengan Camilla ni okay.  Akak pun cam baraa tengok dia duk ada dalam majlis tu macam dialah mak Harry and William.  CEHSS! (emosiii plaks!  Cam la depa ni semua kenai aku).  Tapi dress dia pakai ni adalah boleh tahan cam smart.  Dress dan clutch dia oleh Anna Valentine.  Topi dibuat oleh Philip Treacy dan kasut of cozzzzzz from Jimmy Choo.
Mak tiri jahat.


Si Rambut Serongoih dan Si Takdak Rambut 
So much about the pompuan-pompuan during the wedding, kita jangan lupakan pengantin lelaki dan adiknya di bad boy Harry. Kalau dulu Prince Charles pakai suit tentera diraja warna hitam, Prince William pakai warna merah ya u olls!

Dua dua nampak
sangat hemsem dan kacak walaupun adalah sedikit issue dengan rambut mereka.
Kot depan.

Kot belakang - lagi obviyess!

Kereta Pengantin 
Sesuatu yang istimewa untuk semua rakyat jelata yang menghadiri majlis perkahwinan mereka, Prince William dan Kate Middleton telah membuat kezutan dengan menaiki sebuah kereta Aston Martin warna biru gelap yang merupakan hadiah 21 tahun dari bapaknya kepada William. 


Comels gila dekorasi ini.  Dinie Alias please take note!!

Kapai Terbang Lintas Lalu Atas Istana

Sebab siang...so tak dak la mercun. So 3 kapai terbang melintasi ruang udara istana depa di saat pengantin dan keluarga diraja berada di veranda istana.


Akak nak macam ni boleh??????????? Sapa ada kapai terbang.  Nak pinjam sat.

One of the flower girl,  sampai katop telinga sebab bising.  Budak pompuan ni nama dia Grace van Cutsem.  Dia anak angkat William.  Mak dan bapak dia adalah kawan baik William. 

Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong Malaysia
Sorry akak takdak gambar besar depa dua. Akak Google mana pun takdak. Maybe depa tak kisah pun pasai King of Malaysia. Lainlah kalau Sultan Brunei...lelaki terkaya di dunia. Depa amik la gambar dia. Ada orang camdek dalam Tweeter - ROSMAH MANSOR tak dijemput ke ke wedding ni? Kelesssssssss carutaaan. Kata first lady u olls.


Sorry akak takdak gambar besar.

Tetamu VVIP yang lain
Jom kita tengok fesyen tetamu-tetamu lain yang hadir. Seperti kita tau, British fesyen adalah sangat sinonim dengan suit kemas bersama tali leher untuk lelaki dan juga dress pendek bawah paras lutut dengan topi-topi yang meletops. Jom kita tengok review akak. Ada banyak pictures yang akak boleh ciluk. Tapi akak highlight picture mereka-mereka yang meletops dan akak suka saja.


Princesses Eugenie and Beatrice.  Depa ni sepupu Harry and William blah bapak depa.  Contoh terbaik kalau budak budak masuk majlis formal.  Macam terpaksa diri untuk memakai attire formal.  Siriesly....maybe depa ada oppinient and idea sendiri untuk present diri depa di hari yang bersejarah ini,  tapi akak tak berapa suka depa punya whole look.  Yang baju biru tu macam too much details kat baju dia,  so badan dia nampak macam kembang and yang lagi sorang tu....pakai bentuk apa punya topi tu woiii!

Sultan Hassanal Bolkiah Permaisuri Pengiran Anak Saleha.  Sultan Hassanal memilih suit kemas dengan inner warna biru.  Sedondon dengan Permasurinya yang lengkap berbaju kurung yang sarat dengan segala butiran.

Meletops kakak yang pakai dress and topi simple warna kelabu ni.  Depa dua ni ialah Putera Albert dari Monaco dan juga tunangannya Charlene Wittstock.
14 tahun yang lalu,  Sir Elton John datang ke sini untuk menyanyikan lagu Candle in The Wind semasa kematian Puteri Diana.

Cantek kakak ini pakai dress warna pink pudar dengan selendang dan tas tangan warna sedondon.  Baginda ialah Princess Letizia  dari Sepanyol.


Kenai dak?  Deni ialah Jose Stone penyanyi yang suara cam besak tu.

Pompuan ni pakai suit meletops warna putih dilapik dengan renda hitam polkodot.  Tidak dilupakan topi dengan bunga oren yang membangkitkan segalanya.  Akak suka.  Nama pompuan ni Miriam Gonzalez Durantez.


Puteri Maxima daripada Belanda memilih gown pendek yang nude.  Akak suka. Cam versi baju tunang akak kan?  VERVER sangat.


Lepa tiga orang ini ialah sepupu William and Harry tapi belah mendiang mak depa.  Depa ni kira Mendiang Puteri Diana punya abang punya anak.  Nama depa Lady Amelia, Lady Eliza and Lady Kitty.  Depa ni cantek-cantek.  Depa pakai dress pendek yang seksi seksi juga.  Sorry takdak full picture.


Fesyen Samantha Cameron iaitu isteri kepada PM Britain,  David Cameron dikritik sebab menjadi satu-satunya wanita VVIP yang tidak memakai topi atau head gear.  Yelah...akak pun rasa macam tu.  Maybe dia cuba nak nampak lain,  tapi end up nampak macam tak sempurna sebab they rest of the women semua jadi MAD HATERS.  Walaubagaimana pun,  akak suka her whole look.  The nude shoes,  dress warna hijau dan selendang oren and also dia punya rantai leher tu.  Sangat edgy.


Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa deni boh sampan teruihhhhhhh atas kepala diaaaaaaaaaaaaa!!

Of coz,  UK favorite celebrities iaitu David and Victoria Beckhams muncul di majlis ini.  U olls tengok picture first akak tunjuk kat atas. Beckham silap pi pakai lencana anugerah OBE dia kat belah kanan,  then bila dia dah masuk istana,  ada satu pegawai protokol tukak suruh dia ubah boh blah kiri. 

Beckham senyum terbojehhhhhhhh.  Cover malu wooiiii!

Apa pendapat ampa dengan fesyen Victoria Beckham?  Akak tak suka.  1.  Deni preknen.  Gegeh jugak nak pakai heels 5 inchi.  Pastu pi pakai warna hitam.  Awat sapa mampuih?  Dah nama spring wedding.  Pakailah colour ceria sikit.


Youtube Khas Untuk Semua
Last but not least,  akak salute kepada pihak Kerajaan British yang telah menyediakan satu saluran Youtube yang boleh ditonton oleh semua orang dari seluruh dunia.  Katanya,  PM Najib pun tengok ramai-ramai dalam conference room kat office they olls.  Bukan video biasa-biasa okay.  Quality HD gitu.  Nampak segala maknena yang tengah berlaku kat sana.  We olls pun sampai feeling-feeling ada kat London waktu tu.  Terima kasih The Royal Channel on Youtube!!



Sekian sahaja review akak.  Terima kasih semua kerana sudi membaca. 

Love,
Jumie Samsudin

11 comments:

  1. FLOM hanya mampooo tengok kat youtube sajork!? sedih

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita Rosmah Mansor meroyan satu malam coz tak dijemput ke majlis perkahwinan William dan Kate..! Sbb dia dah bajet nak tunjukkan rambut saiz XXL dia tu...!!!

    ReplyDelete
  3. Akak Jumieeeeeeeee......... Terbaikkkkk dari Istana...

    ReplyDelete
  4. salam Jumie...yes suka dkt statement "kesederhanaan terindah"...semua sederhana tapi indah dari ponnu...mak dia dan adik dia...'less is more gitu..

    p/s:suka dkt sign dkt gambar tu "mak tiri jahat"..muahaha...hang lawak la....

    ReplyDelete
  5. Kami suka dress diaaa! Simple yet elegant. Yang penting, classic & timeless. Dan yang paling penting, Queen pakai kuning uolsss! Sembah RATU. Hahaha (u know what i mean :p). P/S: Kami tengok kasut Victoria cam 7 inci pun ada. Kami tak suka apa dia pakai. Macam nak berkabung ja. Hey, ini weddinglah!

    ReplyDelete
  6. best review jumie, i pun trtnye2 nape prince william tu botak cpt sgt? hope dia beli shampoo bawang cpt2 or suh org yun nam call dia bg special service...

    ReplyDelete
  7. Thanks u olls semua for reading thisssss!!

    ReplyDelete
  8. suka tengok topi yang depa pakai, macam2..
    entry ni best!

    ReplyDelete
  9. Yess aku pun suka topii tuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  10. Wahh thanks for the review Jumie..
    Hang memang clust bila buat fashion review..
    Gown Kate simple yet nice, ada nuansa kebaya gituh, bangga..
    Agak2 kalau uols dijemput masa tuh uols nak pakai macam mana? Sure letop kan..
    Headgear i nak tau apa dia??

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  11. Kalau I olls dijemput ke majlis ini, haruslah i olls akan berkurung modern warna hijau emerald yang polos. Clutch and kasut tinggi sama warna. Brooch besak di dada and of coz memakai eksesori kepala yang vas, cam bulu-bulu sikit supaya nampak avant garde.

    Walaupun berbaju Melayu, namun akak tetap nak british. GITU.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com