31.3.11

Pengalaman Menyeronotkan Ketika Menghadiri Kursus Perkahwinan

Assalamualaikum semua.  Hari ini saya nak ceritakan pengalaman menyeronotkan saya ketika menghadiri kursus perkahwinan.  Memang i olls dan En.  Khafi dah banyak kali menangguhkan pemergian ke kursus kawen sebab masing-masing sibuk,  masalah kewangan dan ada sekali tu dah elok nak pi tiba-tiba dapat offer job mekap beratuih ringgo.  Oleh itu,  terus saya amik offer job mekap la!

So,  beberapa minggu lepas kami mentunang.  I olls dan En.  Khafi pun terus membookkan diri untuk mengepi satu kursus kawen di Masjid Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Impian Bahagia Enterprise.  Kalau u olls orang Penang,  akak sangat rekemen u olls semua untuk menghadiri kursus kawen daripada syarikat ini.  Untuk pendaftaran nama dan lain-lain soalan,  u olls boleh hubungi Puan Hazlina Zailan +6012-5305746 (Sapa staff USM boleh call ext 4504). 

Kepada u olls yang tak pernah pergi lagi kursus kawen dan ada planning nak menghadiri kursus ini,  inilah sedikit yang I olls boleh share dengan kalian.

Gambar akak di waktu pagi sebelum masuk bilik kuliah.  Cumels tak akak? 

Tarikh dan Masa
I olls pergi selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Mac 2011.  Sabtu dan ahad. Hari sabtu tu the whole day from 8-5pm.  Manakala hari ahad hanya half day.

Akidah dan Ibadah
Topik ini disampaikan oleh Ustaz Khairul Aman.  Actually akak kenal ustaz ni sebab dia ialah ustad sekolah Frencis Light.  Dia train budak budak main bola.  Akak tau ustad ni garang tapi sangatlah ting tong.  Akak suka sebab dia sangat funny masa menyampaikan topik pagi itu iaitu akidah dan ibadah.  Dia tak skema,  so of coz dia tau kita semua dah tau bab bab ni.  Cuma benda-benda penting dia tekankan supaya kita ingat seperti mandi wuduk,  jenis-jenis najis dan sebagainya.  Akak paling suka ustaz ni sebut dalam ceramahnya.  "Orang Penang ni hantaran dia tinggi sampai beratus ribu.  Buat apa boh sampai beribu-ribu!  Tapi mas kahwin ampa....RM21.50.  Patutnya mas kahwin la ampa mau boh tinggi tinggi.  Biak laki ampa terketak nak kena pi carik kat mana.  Sebab mas kahwinlah hadiah mutlak yang suami kena pi carik sendiri bagi kat ampa!"  Akak sokong!!

Tapi yang akak tidak suka ialah ustad ini ada mencaras pengalaman dia sebagai pegawai pencegah maksiat di mana dia lakonkan semula ayat-ayat kakak nyah yang ditangkap semasa ops dijalankan.  Setiap kali dia ulang ayat-ayat pasrah oleh kakak nyah tu semua seperti "Ustaz tak faham naluri kami,"  "Bukan kami mintak untuk dijadikan macam ini ustaz,"  dan "Kami memenuhi kehendak ramai kaum lelaki yang kaum perempuan tak buleh bagi,".  Semua peserta kursus gelak kuat bila ustaz ini ulang ayat-ayat ini.  AKAK SIKIT PUN TAK GELAK!  Akak marah sebab ustad ni cakap sebab dia sendiri tidak suka.  Dia tak tau akak ini ialah Mak Ayam YU ES EM yang bergiat aktif mempertahankan nasib golongan kita ni!!  Tapi akak dah maafkan dia.  Sejak menjak nak mengawin ni,  akak malas nak pereng-pereng.  Nanti sel-sel kecantikan akan mati u olls.  Semua orang ada pandangan masing-masing. 

Inilah gambar masjid negeri Pulau Pinang.

Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga
Topik ini juga disampaikan oleh ustaz yang sama.  Walaupun demam dan suara tak berapa nak ada,  tapi beliau tetap gigih menyampaikan semua ilmu yang diamanahkan.  Not much yang akak boleh kongsi kat sini.  Semuanya ulangan dan ulasan dalam buku yang diberikan kepada semua peserta kursus.  And then ustaz ni selitkan dengan cerita pasai pengalaman dia sendiri yang telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan juga pengalaman beliau handle kes kes masalah perkahwinan.  Macam-macam jugak yang akak belajar.

Perkahwinan dan Prosedur
Topik ni paling akak suka.  Disampaikan oleh Ustaz Norzli b Mat.  Ceramah ustaz ni memang sedapppppppppp didengar sebab dia pandai berkata-kata.  Kalau ampa tak percaya ampa mai dengar.  Dia boleh cakap laju cam raping especially bila dia baca senarai jenis-jenis benda! "ubat sakit, ubat berak,  ubat lutut,  ubat perut,  ubat kaki,  ubat tangan,  ubat kurus,  ubat ...."  HAHAHAHAH!  Dengan ustaz ni la u olls boleh tanya macam-macam tentang prosedur perkahwinan.  Di samping menyelitkan macam-macam pengalaman beliau handle kes masalah perkahwinan,  dia banyak bagi tips dan pesanan dalam hidup rumah tangga.  Actually prosedur perkahwinan untuk orang Islam kat Melesia ni memang dengar macam rumit,  tapi semua ini adalah penting untuk memastikan tidak ada penganiayaan terutamanya kepada kaum hawa.

Kepada u olls yang nak apply untuk kawen,  u olls kena start buat 3 bulan before u olls kawen.  Paling awal 1 minggu before kahwin.  Dan pihak lelaki kena buat permohonan dia dulu.  Kena apply ikut alamat dalam kad pengenalan.  So En.  Khafi IC KL,  dia kena buat kat KL.  Dia kena pi amik sign khariah semua di KL.  Dan bila dah lengkap semua borang,  bayar yuran pendaftaran RM5 barulah dia akan dapat sekeping Surat Kebenaran Nikah.  Bila dah ada surat ini,  barulah dia boleh bagi kat akak untuk proses kat akak pula.  Adalah penting suruh lelaki apply dulu adalah sebab.............................................BARULAH U OLLS BOLEH TAU KOT KOT BAKAL LAKI U OLLS TU DAH ADA BINI LAIN KA!! Haaaaaaaaaaaaaa!

Pengurusan Kesihatan
Ceramah ini disampaikan oleh Dr.  Umarazina dari Hospital Pulau Pinang.  Inilah satu-satu ceramah dalam kursus ini yang akak tak suka.  Bukan sahaja kerana Dr ini macam bagi ceramah macam makcik-makcik duk membebel,  suara nyaring pastu banyak "ekkk...ekkkk...ekkkk.."  Ampa tau kan?  Orang tua kalau membebel lagu mana?  "Kamu semua kena tau ambil tau ni....ehk....Inilah salah satu prosedur yang perlu buat...ehkkk"  SAKITTT TELINGA I OLLS MENDENGARNYA.

Dalam topik pengurusan kesihatan ini,  sepatutnya penceramah kenalah bagi lebih banyak input tentang pemakanan yang baik untuk orang yang nak bakal mendapat zuriat,  kelebihan susu ibu,  bagaimana nak mengatur pemakanan yang sihat untuk seisi keluarga,  kaedah rancang keluarga,  kesihatan badan (penjagaan badan terutama alat sulit),  tips kecantikan untuk perempuan (SINCE U OLLS PEREMPUAN KAN?),  ujian HIV,  kenapa kita perlu buat HIV Test,  apa yang kita perlu buat sebagai persediaan nak buat HIV test,  what happen kalau kita positive/negative dalam ujian HIV,  apakah risiko-risiko dijangkiti HIV dan STD yang lain...............NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Akak mula nak berletiakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Memang Dr.  Umarazina sentuh beberapa topik di atas,  tetapiiiiiii bagi akak just sentuh light-light saja!  Dia tak gomoihhhhh topik tu kau kau.  Gomoih sampai membuatkan seluruh peserta dapat merasakan betapa pentingnya menjaga kesihatan keluarga.

Selain itu,  satu lagi yang akak tidak suka tentang penyampaian Dr.  Umarazina ialah beliau banyak memasukkan nilai-nilai diri beliau dalam penyampaian topik.  Salah satunya ialah perkara halal haram makanan kita.  Dari penceritaannya,  beliau memang seorang yang sangat particular tentang makanan yang beliau beli atau makan.  Contohnya : Nak beli kotiau di market taman tun Sardon.  Bila dia tanya kat penjual,  pakcik Melayu tu jawab "memang produk ni semua orang kita buat,".  So bila beliau beli,  didapati kualiti kotiau itu meragukan.  So dia pun menelefon pembuat kotiau itu yang terletak di atas pelastik.  Bila dia called,  baru dia dapati bahawa kilang kotiau itu dimiliki oleh tauke Cina,  tetapi pekerjanya semua adalah pekerja Indonesia (tak tau la Muslim atau tidak).   Memang akak respek kegigihan beliau dalam menyampaikan maklumat ini kepada kami.  Tetapi,  pada masa yang sama dia tak perlulah nak kutuk-kutuk pakcik yang penjual kotiau di Taman Tun Sardon tu.  Bagi akak macam...............overlah nak kutuk-kutuk.  Halal haram ni semua.....Tuhan saja yang tau.  Sampai menyusahkan diri semua akak pun tak berapa suka la. 

Akak dari kecik dah dilatih oleh family akak,  bab makan ni jangan memilih sangat.  As long as u olls yakin.............NGAP SAJA!!!!!!!!!! Salah satu survival skills tu u olls.  Pi campak mana pun I olls boleh hidup.  Itulah kebaikannya. 

Pengurusan Wang / Masa dan Komunikasi Suami Isteri
Topik ni besttttttttttttttttttt!!! Disampaikan oleh Ustaz Reduan Abd Wahab.  Akak rasa ustaz ni orang Kelantan.  Tapi dah lama menetap di Penang.  Loghat dia lain macam sikit.  Ustaz ni tinggi dan sangat cool.  Topik dia ni sangat menarik dan dia pandai menyelit soalan,  interaksi sambil memberikan kami tips.

Dia mai kat muka akak (SEBAB AKAK SEMANGAT DUK DEPAN SEKALI!),  dia bagi microfon dia tanya "Ni saya nak tanya kak ni....kalau bukak beg duit hasben.  Ada gamak pompuan.  Hang nak buat apa?"

Akak terus jawab "KOYAKKKKK!!!"

Hahaahahah rakusss! Rakus!!  Pastu semua orang gelak.  Pastu akak cakap la...."Taklah.  Saya tanya dulu.  Ni gamak sapa.  Kalau pompuan ni kawan lama dia.  Kalau kawan lama dia ni hidup lagi......suruh la dia buang.  Tapi kalau dah mati,  dia rasa macam sayang nak buang...takpalaa...simpanlah...." jawab akak,  ikhlas u olls!

"Amboi baiknya hanggggggggggg!!!,"  aiiyooooooo Ustazzz!  Takkan tak tau.

Lepas tu ustaz tu pun kata,  kalau boleh lupakanlah.  Bina hidup baru.  Masalah pasangan suami isteri sekarang ni bila dah kawen,  perangai lama tak mau nak buang.  So menyusahkan semua orang.  Walaupun perangai tu biasa,  tapi kalau tabiat tu tak elok,  cubalah buang.  Saya sokong,  saya akan cuba membuang sikap marah tak tentu hala saya ini. 

Pengurusan Stress dan Konflik
Ustaz Yusoff Abu Bakar ialah fasilitator untuk topik ini.  Sekali tengok ustaz ni macam Pak Tam Raja Lawak,  tapi kalau tengok lama-lama.........................akak nampak dia macam Kungfu Panda.  Cumels u olls.  Ustaz ni sangat funny.  Dia banyak bagi tips pasai macam mana nak tangani stress dan konflik.  Bagi akak semua benda ni kita dah tau dari dulu lagi.  Cuma kita saja yang tak praktikkannya.  Tapi akak suka ustaz ni ada tekankan...


"Tugas isteri ialah menjaga maruah dan harta suami.  Menjaga kehormatan diri untuk suami.  Dan menjadi teman suami.  BASUH BAJU,  MASAK,  CUCI LANTAI,  BUAT KERJA RUMAH bukanlah tugas mutlak seorang isteri.  Tapi kalau buat pahala.  Ampa toksah duk percaya laki-laki ampa semua ni.  Jangan duk bagi depa baca paperrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr saja.  Suruh depa tolong.  Sama-sama pun kerja,"  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baguihhhhhhh ustaddddddddddddddd!  En.  Khafi dengar tu!  Sama-sama kerja ya.

Rundingcara Jabatan Agama Islam dan Pembubaran Perkahwinan
Topik ini disampaikan oleh Ustaz Osman Abu Bakar,  Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.  Beliau yang sign sijil we olls semua.  Haaaa u olls kalau nak tau,  atas sijil kursus kahwin u olls dicatatkan nama tempat kursus dan tarikh u olls amik kursus.  Sooooooooooooooooooooooooo....akak bernasib baik sebab akak punya sijil ditulis "MASJID NEGERI PULAU PINANG".

Ustaz Osman banyak menegaskan we olls untuk beri tumpuan kat topik yang dia nak terangkan kerana banyak soalan untuk ujian minda tadi ada banyak dalam ni.  Pasai jenis-jenis talak,  fasakh,  li'an,  taklik...bla bla bla...semua tu dia terangkan pasaipa dan kenapa.  Akak suka.
Ada satu undang-undang baru yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu kalau u olls ialah anak yang pertama (anak sulong atau anak pertama nak kawen,  tak kira u ni anak kedua or last) akan berkahwin dalam family u olls,  u olls kena sertakan bersama sijil nikah ibu bapa u olls.  Sebab banyak kes baru-baru ini,  pasangan dah kawen.  Tapi bila check check balik,  mak bapak dia nikah bulan Jun tahun 1989.  Tapi dia lahir bulan Ogos 1989.  Ini bermakna,  budak perempuan ini ialah anak yang  diluar nikah.  So,  depa terpaksa membubarkan perkahwinan mereka itu.  Dan they olls kena nikah semula menggunakan wali hakim. 

Ohhh....sungguhlah they olls menitik beratkan perkara ini sekarang.  Apa pendapat u olls?  Pada pendapat akak....macam kesianlah pulak kat pasangan pengantin tu.  Menanggung malu.  Membuat prosedur ini tidak semestinya kadar kelahiran anak luar nikah akan berkurangan di Penang dan Melesia ni.

Ujian Minda
Okay!!!!!!!!!!!  Ujian minda ini macam mid term pop quiz exam la.  U olls diberikan 30 soalan.  Kena jawab at least 15 soalan betul.  Barulah boleh lulus kursus dan dapat sijil.  Akak buat ujian ni dapat 26/30.  En.  Khafi dapat 30/30.  Sampai hari ini dia kekwat dengan akak.  Tapi takpala.....dalam ati sebenarnya akak bangga la jugak. Sejuk ati Kak Juma kalau baca ni.


Sekian sahaja perkongsian cerita dari akak.  Akak mencadangkan kepada u olls semua yang nak buat kursus kawen,  mailah buat dengan Impian Bahagia Enterprise.  Untuk pendaftaran nama dan lain-lain soalan,  u olls boleh hubungi Puan Hazlina Zailan +6012-5305746 (Sapa staff USM boleh call ext 4504). Bukan sahaja sebab teratur dan mudah,  tetapi akak suka they olls buat di Masjid Negeri Pulau Pinang yang bersih dan selesa.

ps/  Akak dapat kawan baru masa kat sini.  Nama dia Siti Hawa,  budak perempuan ni umur 20 tahun.  Dia bakal kawen bulan Julai ni.  Akak nak suruh dia baca belog akak ni.  Dia pakai purdah u olls!  So En. Khafi duk gelak-gelak dan usik akak "Cewah....hang kawan dengan budak pakai purdah,"  Mestilahhhh! Mana tau satu hari akak pakai purdah pula.  U olls jangan terkejut pulaks.  Anyway,  Siti Hawa sangat cool dan funny!  Akak mula mula takut nak sembang dengan dia..........tapi sembang dengan dia cam sembang dengan Nonie Suliaman saja.

8 comments:

  1. melepsss makyam.kami pun nak p kursus bulan dpn.amik siap2.hahaaa..
    tp review pasai doc umarazina tu mmg boring sgt2.hahahaha
    tp ustat kungfu panda itu adalah sgt cumelss..hihihii

    ReplyDelete
  2. kak jumieeeeeeee! cuns melecuns aihhh pakai tudung. aummm geram cek tengok haha

    ReplyDelete
  3. tak setuju part mas kahwin orang penang murah... bukan mahal ka?.. paling rendah pun RM501..
    kot belah selangor baru la RM22.50

    setuju part mintak surat nikah mak bapak.. sbb ini membabitkan keturunan. klu tak walikan yg sepatutnya.. seketurunan la haramnya.. minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  4. kak jumie.. skrg kursus kawen kena berapa?

    ReplyDelete
  5. Za ; Its only RM80 per person.

    Thanks u olls for reading this.

    ReplyDelete
  6. sy nk tny klw la laki sy nie xbrpa pndai sgt mmbca mcm mna ek.... ssh la klw dye nk jwb kuiz tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti ayat tipikal ahli syurga yg lain. Jika tak mampu kahwin hendaklah berpuasa. tak mampu baca itu kategori tak mampu gak...kata2 ahli perasan syurga, not me

      Delete
    2. Kalau bakal suami tu tak tahu baca Quran/mengaji, solat pun tak betul, tapi hegeh nak kawen sangat. Bagi akak.....selagi dia ada usaha nak perbaiki diri dia, dan nak teruskan belajar ilmu agama lepas kawen. WHY NOT??? Itu pendapat akak.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com