16.2.11

Menerai Cincin Tunang

U olls semua.  Hari ini akak nak menceritakan kisah yang berjudul Menerai Cincin Tunang.

Kakak ada seorang kawan,  nama beliau ialah Che Kimbi.  Tak lama lagi Che Kimbi akan bertunang dengan kekasih hatinya iaitu Che Semah.  Oleh itu,  sempena hari pertunangan mereka,  ibu Che Kimbi telah pun membeli sebentuk cincin untuk Che Semah.

Oleh itu ibu Che Kimbi pun mensuroh Che Semah menerai cincin tunang itu sebelum hari pertunangan mereka.  Setelah diterai,  didapati  cincin itu besaq sikit. 

So,  Che Kimbi pun bagitaula kat mak dia  "Ibu,  cincin itu besaq sikit la," kata Che Kimbi.

Gambar hiasan

Lantas ibunya pun menjawab  "Takpa la,   orang perempuan kalau dah kawen mesti badan naik.  Nanti muatlah cincin itu,"


Mendengar kata-kata itu,  Che Semah pun tersenyum manis di tepi dan tiba-tiba beliau pun feeling-feeling berangan kalau berbadan dua nanti.  Mesti indah ketika itu. 

Tiba-tiba angan-angan beliau telah dikhianati oleh satu penyataan pedas oleh Che Kimbi yang berbunyi  "Ibu,  Che Semah ni badan dia takkan naik punya. Yang  akan naik cuma, naik angin dan naik marah".
Sekian,  terima kasih kasih.  Selamat bertunang untuk Che Kimbi dan Che Semah.  Doa akak termakbul akhirnya.  Syukur Ya Allah.

Gambar hiasan

3 comments:

  1. cute nyew che kimbi.....~ (tiba-tiba beliau pun feeling-feeling berangan kalau berbadan dua nanti. Mesti indah ketika itu.) x dpt mak bayangkan cmne la indahnya perasaan itu....!!!!! bertambah indah bile cik semah berpakaian org hamil....!!!

    ReplyDelete
  2. selamat bertunag kepada asmak and tunang beliau :D :D

    ReplyDelete
  3. hehehe.....kannn? akak pun terasaaaaa kehangatanya :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com