Ohhhhhh memang best cerita ini. Akak tengok sampai habis. Akak gelak kuat gila-gila dan bila mai part last -last tu....akak nangis pulak. Dah lama tak jumpa gambar yang betul-betul membuatkan akak nangis. So, Laskar Pelangi dah menyentuh sanubari akak. So akak nak share dengan u olls semua bagaimana cerita simple ini boleh menyentuh sanubari akak.
Seperti filem best yang akak pernah review dalam belog akak ni seperti 3 Idiot, Laskar Pelangi juga adalah sebuah filem yang diadaptasi daripada novel hasil tulisan Andrea Hirata dengan judul yang sama. Andrea Hirata adalah pencerita 'aku' atau Ikal dalam kisah ini. Bila dah jadi filem, hasilnya filem ini jadi antara filem yang paling laris di Indonesia selepas Jelangkung dengan (5,7 Juta), Pocong 2 dengan (5,1 Juta), dan Ada Apa Dengan Cinta dengan (4,9 Juta). Andrea adalah seorang penulis yang asalnya dari Pulau Belitung, Indonesia dan dia tulis cerita ni pun memang kisah benar apa yang berlaku masa dia kecik-kecik sekolah kat situ. Patutlah impaknya sangat kuat u olls. Sebab cerita betui.
Kisahnya sangat simple u olls iaitu tentang 10 pelajar miskin yang bersekolah di SD Muhammadiyah, sebuah sekolah pendidikan Islam yang tunggu time jer nak kena katop sebab kekurangan pelajar. Tapi kekentalan hati Pak Harfan dan pembantunya Ibu Mus telah mempertahankan sekolah ini sampailah budak-budak 10 orang ni dapat belajar sampai tingkatan 3.
Depa semua 10 orang pelajar ni comes from the same background, iaitu anak-anak orang miskin. Walaupun masing-masing hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan, tapi depa semua tetap bersemangat nak belajar. Memang akak sangat makan ati dan tersentap tengok cita ni okay. Akak amatlah kaki ponteng sekolah dan malas balok liatttttttttttttttttttttttttttttttttt nak pi sekolah. Asal hujan setitik, akak terus guna tu buat alasan nak cuti padahal bukannya ribut Katrina lagi.
Gang Laskar Pelangi sering diingatkan oleh guru mereka bahawa, jangan tanya apa yang sekolah boleh bagi kat kamu. Tapi tanyalah apa yang kamu boleh bagi kat sekolah. Memang makan dalam okay! Akak tak akan cerita kat u olls semua plot filem ini macam selalu akak buat, akak just nak cerita pasai watak-watak dalam filem ni. Pastu nanti u olls tengok la sendiri cerita ini. Akak harap u olls jugak happy dapat belajar banyak benda dari filem ini
Watak-watak Signifikan Dalam Laskar Pelangi
Pak Harfan
Pak Harfan ialah guru besar SD Muhammadiyah. Dia dulu kawan baik dengan arwah ayah Bu Muslimah yang sama-sama membuka sekolah ini. Dia seorang yang sangat cekal dan amat berpegang teguh pada prinsip. Walau melalui pelbagai kesusahan dia tetap nak mempertahankan SD Muhammadiyah. Akak suka tengok Pak Harfan ni sebab muka dia macam ayah kawan baik akak Asmak dan Aishah iaitu Pak Syed Alwi Aljuned yang cute itu. Apa yang berlaku kat Pak Harfan pada pertengahan cerita ini benar-benar menguji kecekalan Bu Muslimah dan para pelajar Laskar Pelangi. U olls kena tengok sendiri.
Macam Abang Alwi kan? Haaa! Siriessss. |
Bu Muslimah
Nama betul Bu Muslimah ialah N.A. Muslimah Hafsari Hamid binti K.A. Abdul Hamid. Dia adalah guru bagi Laskar Pelangi. Wanita lembut ini adalah pengajar pertama Laskar Pelangi dan merupakan guru yang paling berharga bagi mereka. Walaupun Pak Harfan dah 2 bulan tak bayar gaji dia sebagai cikgu, tapi dia tetap gigih nak mengajar budak-budak ni sebab bagi dia tanggungjawab dia kepada anak-anak itu lebih penting. Dia pulak sanggup berkorban ambil upah jahit baju sebagai sumber pendapatan dia. Memang tabik spring okay. Inilah contoh guru sejati, dia mengajar sebab tanggungjawab kepada anak-anak bangsa bukan sekadar alasan "Amik degree cikgu nanti senang dapat kerja!"
Inilah pelakon Cut Mini yang memegang watak Bu Muslimah dalam filem ini memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Brussels Film Festival, Belgium untuk 2009. Gila meletops! |
Inilah wajah Bu Muslimah sebenar dia pun dapat anugerah Satya Lencana Pembangunan sempena Hari Guru Nasional dan peringatan HUT PGRI ke-63 di Jakarta pada 2008. |
Ikal
Dia lah pencerita 'aku' dalam cerita ini. Ikal kawan baik dengan Lintang, pelajar paling pandai dalam Laskar Pelangi. Dia minat dengan penulisan, dia ada buku macam diari. Hari-hari dia menulis dalam buku tu. Pastu bila dia jatuh cinta dengan budak perempuan dengan kuku paling cantik di dunia iaitu A Ling, sepupu kepada A Kiong dia tulis surat cinta kat A Ling. Tapi cinta dia dan A Ling terputus di tengah jalan apabila A Ling kena pindah ke Jakarta. Tapi before A Ling pergi tanpa pesan terakhir, A Ling ada bagi dia satu kotak besi dengan gambar menara Eiffel, Perancis. Untuk pengetahuan u olls, Andrea Hirata penulis novel Laskar Pelangi adalah graduan dari Université de Paris, Sorbonne Paris.
Lintang
Lintang ialah kawan Ikal yang sangat jinies gila! Masa masok pertandingan kuiz kecerdasan minda, Lintang jawab soalan matematik tak payah tulis atas kertas pun. Tapi Lintang ni anak nelayan yang sangat miskin. Mak dia dah meninggal dunia, so bila bapak dia pi menjala ikan dia la bertanggungjawab menjaga ke tiga-tiga adiknya. Dia la budak yang paling awal sekali mai sekolah masa hari pertama pendaftaran. Dia mai sekolah naik basikal jauh gila, sampai kena lalu kat paya. Pastu kat paya tu ada buaya. Kalau ada buaya tengah jalan...dia kena tunggu sampai buaya tu pi tepi, barulah dia akan lintas. What happen to him at the end of the story? U olls kena tengok sendiri. Akak menangis sebab dia.
Sahara
Sahara ialah satu-satunya gadis dalam anggota Laskar Pelangi. Dia sangat lantang berkata-kata especially bab-bab agama ni u olls. Kalau ketua kelas depa buat dajal, dia la antara budak yang berani bersuara "Tak ingatkah kau pada akhirat Kucai?" Kelesss nyah!
Mahar
Mahar ialah ketua kumpulan untuk pertandingan persembahan kebudayaan yang berlangsung di tempat they olls yang dipanggil Fastival. Disebabkan sekolah diorang ni takder apa-apa pencapaian dari segi akademik mahupun kurikulum, so apabila Cikgu Mus suruh depa masok pertandingan ni Mahar volunteer untuk jadi ketua sebab dia sangat minat dengan music. Hari-hari dia pi sekolah, gantung radio kat lehak dia. Comels gila. Bila Pak Harfan, guru besar diorang bagitau "Mahar, diingatkan sekolah kita tidak punya dana untuk persembahan ini," maknanya takder la duit nak buat costume ke apa semua. So Mahar jawab "Jangan risau pak, serahkan pada Mahar dan alam," kelessssssssssssssssss!! Apa yang jadi kat persembahan tu? Diorang menang tak? U ollls kena la tengok sendiri.
Ni gambar depa masa masok pertandingan tarian. |
A Kiong
Satu-satunya anak Cina dalam cerita ni. Dia tak banyak dialog sangat. Tapi dia penghubung cinta Ikal dan A Ling.
Kucai
Kucai ni ketua darjah. Muka dia macam pelakon Rumah Kedai. HAHAHA.
Al-Fatihah: Sudiro Sukiman (pelakon Rumah Kedai) |
Borek
Borek ni macam malas sikit nak belajar. Dia bercita-cita untuk menjadi lelaki macho. Dia selalu ajar budak budak kelas dia cara nak menjadi lelaki yang hemsem dan gagah. Salah satu tipsnya ialah dengan menekan tempurung kat tetek. HAHAHA. Deni gila serr.
Harun
Harun ialah satu satunya student OKU dalam kelas ni. Masa mula mula nak buat pendaftaran kelas, pihak kementerian dah cakap at least kena ada 10 orang pelajar mendaftar. Barulah sekolah ini boleh dibuka, tapi hanya 9 orang pelajar yang datang. Tapi bila depa tunggu lagi, akhirnya Harun mai dengan mak dia untuk mendaftar. Kehadiran Harun menyelamatkan sekolah SD Muhammadiyah.
Flo
Flo ni budak perempuan yang bersekolah di PN Timah, antara sekolah yang terhebat di Pulau Belitung. Walaupun dia sekolah kat situ, tapi dia suka make contact dengan budak-budak Laskar Pelangi dan selalu bagi they olls hadiah majalah National Geographic. Selepas satu kejadian aneh berlaku kepada Flo, dia nekad suruh ditukarkan ke sekolah SD Muhammadiyah.
A Ling
Cinta pertama Ikal yang merupakan saudara sepupu A Kiong. Dia mempunyai kuku paling cantek di dunia.
Sekian saja cerita akak. Hope u olls semua dapatkan peluang untuk tengok cerita ini bila ada kelapangan. Sangat bagus untuk tunjuk kat anak-anak dan anak-anak menakan u olls semua sebagai iktibar they olls sangatlah harus bersyukur dengan nikmat yang they olls miliki sebagai anak Malaysia.
LASKAR PELANGI PELAKON |
Gambar LASKAR PELANGI yang sebenar. |
Nak tau wajah-wajah watak sebenar dalam kisah ini? Sila baca baca di sini :
Saksikan LASKAR PELANGI melalui Youtube ini : http://www.youtube.com/user/b0j0l0r0
kak mer...
ReplyDeleteaku mmg nangis tgk cite ni...
bilalah malaysia nak ada cerita bagus mcm laskar pelangi ni..
memang best cite ni..kami dok pulun baca novel dia..hahaha..kalo ampa mau kami leh email..wakakaka
ReplyDeleteDya ampa baca novel dia kat mana? U bought the book ke?
ReplyDeleteVFN : insya allah.......filem melesia akan memekar dengans atu kuntuman filem sehebat ini :)
i beli buku ni masa gi bandung tahun 2009...
ReplyDeletecukup semua 4 episod laskar pelangi. ;)
bahasa indonesia pulak tu. memang best. movie dia pun best dan sedih kan..
jumie, buku laskar pelangi da ada versi bahasa melayu. boleh beli online rasanya.
Best dan sedih bila tengok cerita ni walaupun tak pernah ada masa nak tengok sampai habis hanya sekerat2 sebab busy kerja tapi banyak pengajaran yg berguna utk kita renungkan bersama
ReplyDelete