2.11.10

Sapa nak make up Kak Jumie?

Hello u olls.  Akak mendapat satu soalan meletops kat Formspring akak iaitu http://www.formspring.me/jumiejumie yang berbunyi demikian  :

Kalo kak jumie kawen sape kah pemekap terkenal akan memekapkan akak?? - kamen55
Jawapan akak :

Dear Kamen55,
Kalau akak kawen nanti,  sudah tentunya akak tidak akan memekap muka akak sendiri.  Sudah tibalah masanya akak menyua muka akak kepada make up artist lain sambil feeling-feeling diva dan berkata "Nyah...mekap aku lawa-lawa okay! Sampai laki aku menitik air mata sebab dia akan menikah dengan bidadari SORGA!"

Boleh cam tu?

So far hanya dua make up artist profesyenel yang pernah menyentuh dan memekap muka akak dan akak menyukainya.

Pertama,  my besfren Razzi Musa from KL.  He did a wonderful job for akak masa akak nak jadi pengapit.  Melepsss u olls.

Ini hasil sentuhan Razzi Musa ke atas muka akak.  Sweet kan?  Masa ini akak di zaman kegemilangan Kak Janz.


Inilah orangnya,  Mr.  Razzi Musa.


Kedua,  my mommy ayam Zarina Abd Rahman from Songket Klasik.  Akak belajar make up pun dengan beliau.  Haruslah dia antara orang-orang tertentu yang bisa memegang wajah akak.

Ini pula hasil sentuhan Zarina Abd Rahman.  Sangat nude dan sesuai dengan muka akak yang dah macam wanita-wanita UMNO gitu.  Feeling Rosmah First Lady katanya.


Inilah orangnya,  my mommy!  Zarina a.k.a Baby.


Apa pun,  akak harap nanti masa akak menikah dan bersanding kedua-dua insan penting ini berkesempatan untuk mensantekkan akak lagi. Amin.

4 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com