11.11.10

Panduan Keselamatan untuk Pemandu Wanita

Hello u olls.  Hari tu akak telah membaca satu cerita ngeri di belog kawan akak Cik  Raraliscous yang bertajuk    Rompak.  U olls click link ini dan baca ok.  Rompak.  Memang sangat ngeri ok.  Tambahan pulak kita pompuan-pompuan zaman sekarang. Kita mau tak mau, memang kita tak boleh elak dari memandu sokrang-sokrang malam-malam ini.  Takkan nak arap laki kita ja teman kita memanjang. 

Akak memang tersentuh dengan kejadian yang menimpa kawan kepada Cik Rara itu.  Oleh itu,  akak telah membuat over rajin dengan membuat risec di Google dan menyenaraikan apakah tips-tips penting untuk keselamatan pemandu wanita seperti kita semua ok.  Tips ini jugak sesuai untuk nyah-nyah ya.  Sebab u olls pun malam-malam duk memandu sorang-sorang,  jantan suka la nak target u olls jugak.

Tips-tipsnya adalah seperti berikut  :
  1. Pemandu pompuan kena rajin kunci kereta okay!! Inilah yang penting sekali.  Macamla kita masuk dan keluar rumah kita.  Always nak check rumah kita dikunci ke tak.  Macam itu lah dengan kereta.  Memang akak pun,  masok kereta ja apa pun! Akak terus click kunci.  Pastu baru cek cermin dan pakai seat belt semua.
  2. Jangan letak hembek atas passenger seat!  Haaa inilah yang menyenangkan perompak untuk pecah cermin,  amik beg and blah.  Senang dia nak buat kerja nyah!!  Pencuri ni nak buat kerja pun mesti la dia nak pilih kereta yang target senang nyah.  Kalau dia tengok kat cermin pun dia tak nampak apa benda beg pun takdak.  Mesti dia pi carik yang nampak beg punya.  Senang capai!!  So senang letak bawah seat kat lantai passenger.  Akak memang letak cam tu.
  3. Jangan memPROMPUANkan kereta kita ni sangat.  Paham tak apa maksudnya memprompuankan kereta kita?  Memprompuankan kereta kita bermaksud menghias kereta kita dengan macam-macam ciri yang membuatkan orang tau "NI MESTI KERETA POMPUAN!!"  Ada banyak contoh  :
    • patung-patung teddy bear.  Walaupun untuk anak kita tapi u olls...mesti penjahat tau...ni mesti kereta IBU IBU.  
    • Kasut-kasut tinggi kat lantai
    • Majalah perempuan kat seat belakang
    • Gantung name tag kerja kat cermin pandang belakang
    • kotak tisu yang renda-renda 
    • letak sticker nama kita kat cermin
    • letak stiker kat belakang kita "HOT WOMAN DRIVING" ---Aiiiyooooo fantasi!!
    • menggunakan set lapik seat kereta yang sangat WOMAN seperti Winnie the Pooh!! 

      Contoh-contoh gambak mempompuankan kereta:
  4. Hati hati dengan lokasi tempat u olls nak park kereta u olls.  Kalau u olls mampu untuk sewa tempat parking berbayar lagi bagus sebab ada security  yang bagus.  Ataupun,  kalau boleh masa u olls nak pi kat kereta u olls bagitau kat pak gad yang ada.  "I nak pi amik kereta i sekarang ya.  Kalau ada apa-apa u mai tengok sat ok?" Tapi kalu u olls dah familiar dengan pakcik guard tu la.  Kalau u olls tak kenai......Erm...bahaya jugak?  Sebab maybe penjahat tu menyamar dari pak guard.
  5. Pegang kunci kereta siap-siap!!! Jangan masa dah sampai kat kereta baru hegeh-hegeh nak carik kunci dalam beg Coach u olls yang vass itu!!  Malang tak berbau ok!!
    Tengok ni....dia duk pegang kunci dah...dah ada orang duk ushar dia u olls!
  6. Pay attention kat kereta yang berdekatan dengan tempat u park kereta u olls.  Jangan over nak catwalk saja.  Kalau boleh perhatikan,  kereta tu ada orang tak dalam dia?  Haaa!!!  Fahamkan?
  7. Jangan duk buat OVER BAIK dengan membantu orang-orang yang tahan kita kat tepi jalan sebab kereta depa rosak!!  Depa duk bye bye la kat hang suruh berenti dengan muka bek.  Pastu hang pun tengok jantan kendu yang bye bye...hang pun nak berenti la.  Aiyooooo!!  Semua tu tipu nyahhhh!!  Kalau betui u olls nak bantu....just called polis atau no hotline PLUS dan bagitau lokasi yang ada kerosakan kereta.  Biar they olls yang pi setel kes itu ok.
    Kalau dia tahan berhenti tengah tengah macam ni,  akak tak tau nak kata apa la!!!
  8. Kena selalu alert!!  Jangan duk pasang radio kuat-kuat...nanti orang hon ka...kereta berenti tepi hang ka?  Motor berhenti tepi hang ka?  Hang tak pasan kan?  Lagi satu habit kita orang pompuan...suka duk main SMS dalam keta.  Actually time kita lengah ni la mungkin menjadi time terbaik untuk penjahat mai serang kita!!!
    Haaa! Sangat Kak Merrr ni!  Bawak keta sambil mekap!!
  9. Yang ini akak tak tau la ada kes kat Melesia ke tak?  Sebab akak amik jer dari Google.  Dia kata,  jangan berhenti kalau ada kereta police yang macam "was-was" tiba tiba mai nak tahan u olls.  Kalau u olls confident u olls tak buat apa-apa kesalahan dan pegawai polis yang nak tahan u olls itu nampak mencurigakan,  just teruskan perjalanan u olls itu.  Bukak dome light (lampu dalam kereta kat bumbung tu! Yang kita bukak kalau kita nak carik barang!),  dan wave kat 'polis' dalam kereta tu kata kita nak berhenti kat depan.  Cara itu dia leh nampak apa yang u olls nak cakap tu.  Pastu u olls berhentilah di tempat-tempat yang cerah seperti stesyen minyak,  Seven 11 dan kalau nasib baik Balai Polis yang terdekat. 
  10. Kena selalu tau kat mana destinasi hang!!  Maksud i ollls,  kalau hang nak travel kat tempat-tempat baru macam ni.  Takut satgi u olls duk sesat pulak.  Macam-macam boleh berlaku.
    Haa...kalau dah sesat apa pun tak buleh buat nyah!!  Garu kepala la!
  11. Keep your vehicle well serviced. Haaa! Yang ni akak nak kata kat diri akak ni sendiri.  Akak memang pemalas nak jaga Dorrie akak ni.  Sebab akak tak suka la kerja-kerja mekanikal ni.  Pernah beteri kereta akak mampus betul-betul depan bank.  Aiyyyooo!! Nasib baik mati kat depan bank tengah siang-siang benderang dan di lokasi yang dekat dengan rumah akak.  Kalau mampus kat tempat yang tidak diketahui?  Tak ka naya?
  12. Gunapakai semua safety and security features yang terdapat pada kereta anda. Khatamkan manual itu banyak kali kerana u olls akan belajar banyak tentang fungsi dan kegunaan kereta kita ini.  Akak pun baru first time tau fakta ini.  Maka akak terus terhegeh-hegeh nak carik satu manual kereta akak.  U olls tau tak,  ada beberapa model kereta Volvo mempunyai "Personal Car Communicator," di mana kita akan diberitahu melalui alat khas kat kunci kita sekiranya kereta kita tak berkunci atau ada orang cuba nak pecah masok kereta kita.  Macam kereta kak iaitu Dorrie iaitu sejenis spesis kereta Perodua Viva tidak mengeluarkan bunyi apabila kita tekan LOCK dan UNLOCK. Cuma keluar lamput je u olls.  Ini adalah penting untuk kita orang pompuan-pompuan bila parking kat tempat gelap-gelap,  sengap-sengap jer kita nak bukak kunci kereta masok kereta dan selamat.  Mana tau,  ada pencuri duk sembunyi belakang dinding duk tunggu bunyi kereta kita terbukak.  Dia nak serbu dan tolak kita masok dalam kereta!!  HAAAAAA!!!  So u olls,  pompuan-pompuan semua.  Kalau u olls nak beli kereta cuba letakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan.
  13. Kalau boleh janganla travel sorang-sorang ok.  Ajak la sapa-sapa.
  14. Macam tadi i olls kata u olls kena tau mana u olls nak pi.  Jangan main redah je kan?  Satu lagi tips penting,  u ollls kena make sure ada orang yang tau perjalanan u olls itu.  Contohnya kalau u olls nak travel jauh dari Penang ke Kuala Lumpur.  First of all plan perjalanan u olls.  U olls akan bertolak pukul sekian-sekian,  berhenti kat Sungai Perak(sebab nak beli buah!).  Pastu kat Tapah (sebab ada Beskin Robin :))  Pastu u olls akan sampai KL sekian-sekian time.  Bagitau kat mak u olls atau pasangan u olls.  "Mak...cek dah sampai sini..." haa!  So kalau la mak u olls tengok-tengok aihhh...awat u olls tak call-call ni?  Soo.....dia dah boleh amik tindakan selanjutnya untuk keselamatan u olls.  Pernah dengar tak pasai satu keluarga mati kat gaung lebuhraya menuju ke terowong masok Ipoh.  Kereta they olls terbabas dan semua mati.  Bila dah jumpa they olls semua mayat dah lama mati.  Depa buat otopsi dan depa tau bahawa actually depa ni eksiden,  pastu selepas beberapa hari depa mati.  Takdak sapa mai tolong depa?  Sebab takdak sapa pun report!! 
  15. Kalau nak jalan jauh tu,  make sure beteri fon dah di caj betui betui dan penuh.  Ada beteri fon spare lagi baguih!!  Kalau emergency berlaku...time tu la beteri nak mampus.  Jangan salahkan ironi alam!  U olls yang over tak hengat nak caj!!
  16. Selalu bersedia untuk semua situasi.  Yang ni akak tak tau nak cakap macam mana.  Kita boleh la cakap buat apa semua kan?  Tapi kalau dah panik apa pun tak buleh jadi u olls!!  Tapi antara tips penting yang i olls nak share ialah kalau orang mai attack kereta u olls dan nak amik barang u olls!!
  • Jangan bergelut...just lepas semua benda.  Keluar dari kereta dan lariii dan jerit TOLONG-TOLONG!!!!!  Nanti kalau u ollls bergelut apa semua.  Silap-silap kita pun nanti dicederakan okay! Inilah yang berlaku selalunya. Kalau depa tarik u olls dan naik kereta u olls macammana??? Lagi la horror kan?  So better u olls keluar dan lari cepat-cepat. 

  • Kalau u olls diikut oleh kereta yang meragukan,  teruskan perjalanan anda ke balai polis terdekat!! Call polis dan bagitau polis lokasi u olls dan tanya mana balai polis yang terdekat denagn u olls.  Atau kalau jauh sangat...pi kat kawasan seperti stesyen minyak!!  Ramai orang u olls.
  • Kalau u olls tengah drive!  Tiba tiba ada orang kat belakang back seat u olls!  Tak ke horror u olllssss!  Apa yang u olls patut buat ialah tarikh emergency brake supaya kereta tu macam lelong-lelong sikit.  Mesti penjahat itu akan nak terjatuh kan?  So bila kereta berenti u olls lari keluar dan jerit TOLONG - TOLONG!!
Sekian sahaja tips akak untuk hari ini.  Banyak akak belajar dengan apa yang akak tulih hari ini.  Hope esok u olls baca dengan hati yang gembira.  :)

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com