18.10.10

Pengantin Risau Kulit Kering and Sensitip

Dear Jumie aka Kak Merr... keles...

Just nk tnya ckt.. kak sue nie b4 this kulit ada mslh jerawat.. so stlh setahun consume ubat mr.Doctor kulit, dh ok dh la.. skrg just continue ngn skin care doctor.. dh tak berani nk pakai yg kat pasaran.. cuma kulit kak sue nie kdg2 cpt kering.. dok pakai jgk moisturiser yg doc bg, tp sometimes still kering.. memandangkan tak lama lg nk naik pelamin, kak sue risau jgk nt make up tak flawless kalau kulit kering.. any recommendation?

Love,
Suraya Osman

Hello Kak Sue, 

Thanks for emel soklan ini kepada saya.  Thanks u olls.  Pertama sekali tahniah u olls dah nak mengahwinkan diri.  Keles...i olls suka soklan ini kerana u olls tahu sebenarnya untuk mendapat make up yang cantek dan vass adalah bergantung kepada kulit wajah seseorang itu.  Siries noks.  Jangan ekspek muka u olls hanya boleh lawa sebab make up artist vass.  Kalau muka kau menggeretu pun,  Kak Nurul Shukor pun menangis okay nak buat coverina sampai selesai.

Penjagaan kulit muka adalah amat penting sekali apatah lagi apabila tibanya hari bahagia.  Kita ni tensyen pikiak macam-macam,  kerja kuat,  tidur tak cukup,  ditambah pulak dengan cuaca kat Melesia ini yang sentiasa panas.  Sebagai menjawab soalan Kak Sue ini,  i olls mohon sembah ratu kerana tidak berani nak merekemen apa-apa produk yang suitable dengan akak.

My suggestion,  u olls sila rujuk dengan doktor kulit u olls semula dan bincangkan masalah u olls itu.  Im just a make up artist,  takdak lesen beautician.
But,  suggestion Jumie yang simple ialah,  have a good rest,  tidur kena cukup,  and minum air banyak.  Tiga faktor ini kalau tak cukup,  memang menjurus kepada kulit yang kering.

ps/  Kalau doktor u olls kendu,  kim salam ya.


Keep sending me questions,  and let's share. 

Love,

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com