10.9.10

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  saya Jumie Samsudin atau Kak Merr (Merr bunyi macam Married..bukan Merrcik ok!)  ingin mengucapkan Salam Aidilfitri untuk kalian semua.  Semoga berbahagia bersama keluarga dan kawan-kawan yang disayangi.  Kepada mereka yang akan travel jauh,  akak doakan agar selamat sampai ke destinasi.  Kalau makan-makan tu...ingatlah pada mereka yang memerlukan seperti kawan akak iaitu Nonie Suliaman.


Sekian,  terimalah kad raya oleh akak dengan menggunakan gambar akak sendiri yang diambik 2 tahun yang lepas.  Ketika itu,  akak masih kurus dan mempunyai bentuk badan yang meletops.  Sekarang pun masih meletops,  tapi takdak pose yang sesuai untuk kad hari raya. 

Kepada u olls semua,  itu lah signicer akak.  Kalau nak yang orijinel punya,  next time jumpa akak jangan lupa mintak signicer ok. 

Dengan salam maaf zahir dan batin untuk u olls semua.  Akak tau,  sepanjang penulisan akak yang capoi ini,  ramai yang terasa hati sebab akak suka memaki hamun tak sedar diri sendiri.  Akak mintak ampun dan maaf ya adik-adik semua.  Jangan la amik ati,  buang yang keruh,  amik yang jernih.

Belog akak akan dikatop bermula 1 Syawal sehingga 10 Syawal.  Maknanya...pada 20 September nanti barulah akak akan membuat artikel baru.  Sekian,  bye u olls semua!

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com