6.9.10

Penjual Burger tak layak bercinta?

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls semua.  Hari ini akak nak bagi u olls dengar satu rakaman meletops daripada X.fm.  Brother Love adalah pengacara radio hari itu.  U olls boleh SMS kat dia tentang masalah cinta u olls dan pasangan u olls,  and then Bro Love akan call la kapel u olls itu dengan niat nak membantu perhubungan u olls itu.

Then satu hari,  adalah satu jantan ni,  nama Samad.  Dia ngadu kat Bro Love bahawa tunang dia mintak putus sebab si Samad ni adalah penjual burger saja.  U olls click kat bawah ni,  akak dah masukkan rakaman dalam bentuk bidio.  Akak donlod dari Facebook.  Ignore ajah muka mamat pakai spek tu.  Akak rasa tu gambar orang yang edit bidio ni tak kena dengan Samad pun.  Marilah kita dengar ok.


Haaaaaa!! U ollss dah dengar kan? Dah dengar kan?  Rasa terbakak jiwa dan raga tak?  Perempuan sundel macam inilah yang membuatkan akak rasa menyesal mengoperate diri akak jadi perempuan.  MENYESELLLLLLLLLLLLLLL!!  Akak nak tulih point - point akak .  U olls baca la.  Harap u olls setuju.

  1. Nama perempuan ni Sheryl?   Nyah!!  Betul ke perempuan ni nama Sheryl. Aiyoooo....akak berani potong rambut akak ok nama dia mesti Salmiah binti Samsudin atau Saodah binti Omar.

  2. Memang betul kata Bro Love.  Pompuan ini memang pompuan tak guna.  Boleh beli dengan duit.
  3. Bangang kau ni Saodah!  Dulu awat hang gedik pi terima pinangan keluarga Samad.  Nak bertunang bagai?  Hang ni mesti jenih perempuan gedik-gedik yang tingok orang lain bertunang,  hang pun nak bertunang jugak kan?

  4. I olls agak la...si Saodah ni mesti asalnya dari kampung.  Pastu dapat belajar kat bandar.  Sebelum ke bandar,  si Samad ajak la tunang.  So now,  dah duduk bandar kenal dengan jantan-jantan bandar yang kaya raya tabur pompuan dengan duit lumayan maka dia pun terus rambang mata u olls.  Dasar kacang lupakan kulit ni.

  5. To Saodah,  akak ada satu cerita untuk u olls untuk menyangkal bahawa PENJUAL BURGER tak buleh kaya.  Cita ini bukan tipu-tipu ok.  Akak sanggup buat research untuk u olls semua pembaca Belog Jumie Samsudin agar kita semua janganla membuat andaian dari satu pandangan sahaja.  Cubalah berdiri di sisi yang lain,  agar u olls boleh nampak pandangan yang berbeza yang bisa membuka minda. 
  6. Sapa kata penjual burger tak buleh kaya?  Bodoh sungguh sangkaan itu.  Buat apa pun kat donia ini,  kalau buat dengan kesungguhan hati dan niat yang murni pasti akan berjaya.
    Inilah bukti kejayaan seorang pengusaha burger bernama Ed Burger dari Permatang Pauh,  Seberang Perai Utara,  Penang.  Orang Permatang Pauh and Permatang Tengah surely kenai dengan Ed Burger ini!!  Abang Ed ada sebuah gerai burger yang ada 4 buah dapok masak burger u olls!!.  Dia operasi everyday dari jam 4 hingga larut malam. 



    Inilah kedai Ed Burger nyah!  Akak tak propa ok.  Memang kedai ini betui-betui ada.  Orang yang meniaga ni nama Abang Ed.  Ko tengok kedai dia nyah!! Sampai 4 tempat masak burger nyah!  Hang ada??!!
    Satu malam keuntungan beliau menjangkat RM1,000.00 ok.  Kalau kali 30 hari?  Ampa kira la sendiri.  Dia ada 8 pekerja.  Sorang pekerja digaji RM50 satu malam.  Kalau 30 malam?  Ampa kira la sendiri ok.  Basically semua pekerja dia takder kerja lain.  Memang jadi pemasak burger yang profesional ok!!



    Kedai ni bukak malam nyah...ramai jantan-jantan kendu yang akan mai beli kat sini.  Tambah pulak kat area Seberang Perai Penang ni,  memang jantan kat sini semua kendu. 
    Abang Ed sangat pemurah.  Tiap-tiap tahun bila raya dia akan beli hadiah macam-macam sebagai bonus untuk pekerja dia.  Bukan sahaja duit raya,  dia kata dia penah bagi suak jeans Levi's sorang selai for raya ok!! Keless.....

    Para pekerja abang Ed yang malu-malu bila akak mengambik gamak depa.  :)



    Kereta apa Abang Ed pakai?  Yes...TOYOTA ALTIS.  Sorry nyah masa akak pi gerai dia tu,  abang Ed takdak.  So gamak keta akak tak buleh amik la. Dia beli keta ini walaupun terpaksa amik loan dengan bank,  sebab memang prosedure cam tu kalau nak beli keta baru.  Tapi dia dah bayak abih dah in advance.  KELESS NYAH!!



    Sorry akak tak posing dalam gamak ini,  sebab akak selekeh hari tu.  :)

    Kepada Samad...aku harap hang membaca belog aku ini dan mai la turun ke Permatang Pauh dan jumpa dengan Abang Ed.  Dan buktikan kat Saodah nanti!  Hang pun boleh kaya gila babi.  Bukan saja beli henbeg dan kasut......baling kasut kat muka dia pun boleh.

    Sekian,  i love u olls semua.  Sapa kenai Brother Love...tolong bagi dia baca belog akak ini.  So dia boleh contact dengan Samad.  Suruh Samad kuat semangat.  Carik rezeki kerana Allah ya Samad.  Bila kaya boleh tolong keluarga dan komuniti.  Bukan sebab nak beli henbeg dan kasut semata-mata.  Bodoh punya perempuan.  Kak Merr malu ok.

    Justeru itu,  marilah kita semua menadah tangan dan berdoa untuk Samad "Ya Allah ya tuhanku,  kurniakanlah Samad seorang isteri yang baik,  solehah dan mulia akhlaknya.  Pelihara dan rahmatilah hubungan mereka.  Murahkan rezeki mereka di dunia dan akhirat.  Amin".

    Sekian,  kelessssssssssssssssssssss!!!

2 comments:

  1. Ed???? laki i u ollsss... hehehheheh.... tp betoi la.. i setuju... buat la keje apa pun, asalkan halal, insyaallah, rezeki akan ada..... lagi rajin keje, lg bertambah lah rezeki.... to saodah: get lost berambus la.... sok2 hg akan dpt la 'bhgn' hg pulak....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com