2.9.10

Movie of The Month : Inglorious Basterd

Hai u olls semua.  Bulan ini akak telah berkesempatan mentengok banyak movie baru.  Tapi yang mana satu yang akan akak buat full review?  Ermmm...okay.  Movie yang akak akan buat full review dan akan i olls lantik sebagai Movie of The Month adalah movie yang best dan lepas akak tengok,  cita nya akan mengiang-ngiang di pala otak akak buat beberapa ari.  Adalah kalanya berminggu.  Itulah cita yang layak untuk jadi Movie of the month dalam belog I olls ini.

So bulan ini,  i olls nak citer kat u olls pasai Inglorious Basterd.  Sebuah cita yang dilakonkan oleh orang ketiga dalam hidup akak iaitu Brad Pitt.  Kelessss.....So mari kita baca pasai cita ini. 

Jalan Cita Nya....
  1. Cita ini mengisahkan tentang rentetan cerita yang orang putih pangge "make believe story". Kelesss akak pun nak bercakap orang putih sekarang walaupun hakikat akak ini orang Venezuela. Fiksyen ini diceritakan dalam era Perang Dunia II di sebuah tempat di Paris yang dijajah oleh Nazi. So cita ni antara tiga pihak iaitu :


    Pandai depa mekap pakcik ni,  muka dia real jadi cam Hitler nyah!!


    • Nazi - Geng Hitler yang kerja depa memburu dan membunuh orang Yahudi. Ampa tau la kan? Nazi memang itu la kerja depa, bunuh Yahudi. Dan cara depa buru dan bunuh orang Yahudi memang subhanallah ganas dan kejam gila. Style masuk rumah orang dan terus bunuh macam tu saja. Sebab tu la orang Penang, kalau jumpa jenih maknusia yang suka serbu masuk tak bagi salam suka hati kami nanti kata "Awat hang duk buat Jerman ni!!" Kelesss orang Penang kan?


      Shosanna tengah berlari dari ditembak oleh Hans Landa the Jewish Hunter.
    • Shosanna - Budak Yahudi yang menyimpan dendam setelah satu keluarga dia mati di bunuh oleh Nazi. Shoshanna sempat lari ke dalam hutan.


      Abang Bekpit yang hemsem memegang watak sebagai askar Amerike.


    • Basters - Gang abang-abang askoke (askar) American - Jewish led by Brad Pitt. Askar Nazi menggelarkan geng depa sebagai BASTERS sebab kerja depa memburu askar Nazi and bunuh. Depa bunuh style kejam punya. Menyiat kulit kepada askar Nazi!! And kalau depa tak mau bunuh, depa nanti toreh dahi askar Jerman dengan lambang Nazi! Memang korang ajak punya attitude.

      Askar Nazi yang depa tangkap,  Basters Gang akan toreh dahi depa jadi lagu ni.


  2. Cita bermula apabila si Shosanna dah besak dah dan dia merantau ke Paris dengan nama dan identiti baru iaitu sebagai  Emmanuelle Mimieux.  Dia mengusahakan astu panggung wayang kat sana yang dia kata diberikan oleh mendiang pakcik dan makcik dia.  Sapa pun tak tau siapa diri sebenar Shosanna ni.  Satu hari,  ada satu askar Nazi yang berpangkat duk mai mengorat Shosanna! 


    Inilah Fredrick Zoller yang duk ngurat Shosanna.  Kendu tak?
    Nama dia Fredrick Zoller.  Kunonnya,  Fredrick ni adalah hero dalam askar -askar Nazi ni la.  Dia ada rekod tinggi dalam membunuh orang Yahudi.  Maka oleh itu,  makin meluatlah si Shosanna!!  Tapi nak buat cam na...takkan dia nak kata "Aku tak suka ang ngorat aku sebab aku ni Yahudi!!  So dia duk cover line and duk buat juai mahal kat Fredrick ja.

  3. And then satu hari,  Fredrick kunon dalam misi nak mengurat Shosanna,  dia pun membodek Shosanna dengan mengkata yang dia nak buat tayangan perdana kat panggung wayang Shosanna.  Filem pasai perang Nazi dan akan dihadiri oleh semua askar-askar pangkat tinggi dalam Nazi termasuk HITLER!!  Bila dengak tawaran itu,  teruih Shosanna terima dengan happy nya sebab dia ada plan disebaliknya.  YESS!!  Dia nak balas dendam.  Dia nak bakak semua orang yang ada dalam panggung wayang dia nanti!!


    Meletops Shosana pakai baju ala-ala Red Gincu kan?

  4. Di samping itu,  si Gang Basterd telah dapat tau pasai tayangan perdana kat Paris itu.  Dia dan gang dia pun dok buat gila nak pi la planned nak bunuh askar Nazi yang akan mai kat wayang tu.  Depa pun masuk la dengan sorang selebriti terkenal masa itu iaitu Bridget von Hammersmark yang sebenarnya adalah perisik British.  Depa semua menyamar jadi orang Italy yang dijemput ke majlis itu.  Masa tu lawak gilaaaaaaaaaaa!!!  Depa kata depa Italy,  bila orang cakap Italy,  haram depa tak tau langsung!!  Dan macam-macam yang depa plan,  tapi depa tak tau malam tu ada plan yang lebih besak Shosanna dah plan!


  5. Apabila tiba masanya,  apa yang Shosanna rancang pun menjadilah.  Dia bakak skrin panggung wayang pada ketika gamak tu tengah hot hot nak sampai klimaks!!  Semua askar Nazi mati.


    Shosana keriau gelak-gelak sambil membakak wayangnya!
Fakta Best Pasai Filem Ni
  1. Pengarah cita ini adalah Quentin Tarantino.  Deni banyak kali duk berlakon jugak filem lawak-lawak.  Sebab tu cita ni walaupun cita perang-perang.  Tapi ada jugak scene lawak.


    Inilah Quentin Tarantino.

  2. Brad Pitt belakon dalam cita ni.  Sebab tu la best.  Nak arap semua pelakon len dalam gamak ni akak tak kenal pun.  Tapi depa semua berbakat.


    Deni lah Hans Landa muka pirasyatt!!
  3. Tarantino masa mula-mula pikiak nak balik watak Hans Landa (ASKAR NAZI YANG JAHAT DAN FIRASYAT GILA!) kat Leonardo DiCaprio,  tapi last sekali dia bagi kat sorang pelakon dari Austria bernama Christoph Waltz.  Dan memang watak itu sungguh mengenaaa!!  Ampa tengok la lakonan Christoph Waltz ni............... memang ampa pun nanti bara tengok muka dia!!


    Inilah Eli Roth yang belakon watak Bear Jewish!

  4.  Kalau tidak watak Staff Sergeant Donny Donowitz atau Bear Jewish yang kerja dia bunuh askar Nazi dengan baseball bat itu dipegang oleh Adam Sandler!! Tapi Adam Sandler busy duk shooting filem lain.  So tak buleh.  So bagi la kat Eli Roth. 


    Inilah Mike Myers!  Ampa mesti tak pasan kan?
  5. Sapa yang dah pernah tengok gamak ni?  Ampa sedak tak ada Mike Myers dalam cita ni?  Dia berlakon sebagai sorang askar British.  HAHAHA...Ampa mesti tak pasan dia kan?

Kesimpulan
So kesimpulannya,  untuk u olls yang suka tengok cita yang based on true story and dilakonkan oleh para pelakon yang BEST dan TERROR belakon.  Then,  tengok la cita ini.  Dan kalau u olls jenis yang suka tengok cita yang tak payah guna otak sangat,  baik tak payah.  Nanti u olls tidok ja di pertengahan cita itu.  Atau u olls akan berjaya tingok cita ini,  tapi takdak impek pun kat diri u olls!

Apa pun,  dalam filem ini mereka gambarkan yang Nazi adalah jahat dan pihak Yahudi adalah inesen.  Nyah.................nasib baik la Hitler tak berjaya bunuh semua Yahudi kat dunia ni.  Sebab bak kata Hitler "Aku tak bunuh semua Yahudi dan aku tinggai sikit lagi hidup kat dunia ni supaya ampa buleh tengok apa yang Yahudi boleh buat kat ampa!"

Sekian,  terima kasih.

2 comments:

  1. I like this review!

    *clap clap*

    Tarantino is one of my fav directors. Dia punya filem memang kelllassss.

    Inglorious Basterds ni kira one of the most disturbing movies ever. Gilak ahh part bunuh, toreh dahi tu semua.

    ReplyDelete
  2. haaa.....ampa beli DVD dia ka? kami tengok kat HBO ja...dah potong-potong. Kami rasa kalau kami tingok yang real punya darah-darah. habih laaaa

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com