11.8.10

Ruhani "Obek Nani" Ahmed 1943-2010

Assalamualaikum u olls semua,

Untuk pengetahuan u olls semua,  i olls telah kehilangan makcik kesayangan i olls pada Isnin,  9 Ogos 2010 bersamaan dengan 28 Syaaban 1431.  Nama beliau ialah Ruhani Ahmed.  Beliau merupakan kakak sepupu kepada bapak i olls iaitu Abang Manap. Walaupun abang sepupu,  tapi they olls rapat sejak kecik lagi dah macam adik beradik sendiri.  I olls panggil dia Obek Nani, sebab Obek dalam bahasa Bawean bermaksud "makcik yang tua". 

Beliau meninggal dunia kerana sakit tua.  Kehilangan beliau ini amatlah membawa impak pada i olls dan keluarga dalam pelbagai cara.  Kerana beliau merupakan IKON WANITA yang paling siknifiken dalam adik beradik kami ini! 

Sebagai memperingati beliau,  I olls nak share dengan u olls semua beberapa perkara tentang "Obek Nani".

  • Beliau adalah sangat pandai memilih kain untuk membuat baju.  Sejak zaman dahulu lagi,  kalau nak buat kenduri kendara,  semua orang akan refer kat dia.  Dia pandai pilih kain yang vouge tapi meletops!  Sebab dia mempunyai sense of fashion yang sangat VAS!!!
  • Kalau bab-bab kerja rumah dari memasak,  menjahit,  menjaga anak-anak dia memang seorang pendidik yang the best!  Sebab itulah mak i olls amat terhutang budi dengannya.  Selepas mak dan bapak i olls berkawen,  they olls duduk dengan Obek Nani.  Obek Nanilah yang mendidik mak i olls cara-cara menguruskan rumah tangga dari A-Z!

  • Dia seorang yang sangat garang gila-gila.  Dulu we olls kalau cuti sekolah akan berkumpul kat rumah dia.  Sebab rumah dia ramai cucu-cucu dia.  Walaupun cuti sekolah,  tapi kami tetap ada jadual woooo!  Bangun,  mandi,  makan,  main,  tengok tv!  Semua ikut arahan dia!  Sekali dia keriauuuuuuuuuuuu "Semuaaa mandiiiiiiiiiiiiiii!"  Terkencing-kencing kami semua carik tuala!

  • Dalam kalangan saudara mara juga,  jangan la u olls berani membuat angkara seperti kata belakang dan menfitnah nama beliau dan saudara mara beliau.  Kerana sekali beliau marah,  tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat selain u olls dapat dan meminta maaf kepada beliau.  I really mean this!  Tanyalah sapa-sapa yang kenal beliau in person.

  • Tapi walaupun dia garang,  tapi dia sangat sayang kat anak Manap yang nama Jumie ni.  Sebab i olls tidaklah jahat dan pandai mengambil hati Obek Nani.  I olls ingat lagi,  masa i olls darjah 6.  I olls dapat 5A untuk UPSR.  Pastu,  adalah satu makcik ni over mulut laser.  Dia memang tak reti bahasa sikit,  adakah patut dia pi caras kat mak i olls dia kata "OOO...anak hang pandai noh.  Muka macam bodo-bodo tapi dapat 5A!,"  kata makcik over itu.  Mak i olls yang terkedu tidak dapat berkata apa-apa.  Tapi i olls ingat kata Obek Nani yang terus mencantas makcik itu dengan tampa memberi sebarang peluang kedua "Jumie memang pandai.  Dia rajin pi sekolah.  Sukan pun dia aktif.  Bukan macam anak hampa semua.  Pemalas!"  Terus makcik itu sentap dan sampai i olls dah berumur 25 tahun sekarang,  setiap kali jumpa di kenduri kendara dia akan menegur i olls dan kata "OOO ...Jumie anak Ede...lawa lani nooohhhh,"  KELESSSSS!

  • Beliau adalah ejen jodoh yang sangat signifikan.  Sapa-sapa saja yang nak mintak tolong cari jodoh untuk anak laki atau anak perempuan masing-masing akan pastinya meminta penasihatan Obek Nani.  Tak kurang juga kadang-kadang itu,  Obek Nani sendiri yang akan approach tuan empunya badan dan tanya kalau dia sudi dijodohkan dengan pilihan Obek Nani. Abang Budie,  yaitu abang kandung i olls antara yang telah mendapat perkhidmatan beliau setelah gagal dengan tali pertunangan pertama atas pilihan sendiri. 

    Cuma terkilannya,  i olls ini sejak kapel dengan En.  Khafi I olls tak pernah bawak jumpa Obek Nani.  Walaupun masa dia dah sakit,  i olls pi jumpa dia,  bagi dia mandi and teman dia makan,  dia kata "Bawak mai paracheka na (BF HANG),  nak tengok".  Tapi sampai ke saat-saat akhir,  barulah I olls mai dengan En.  Khafi.  Tapi En.  Khafi tak masuk pun dalam bilik.  Sebab orang perempuan duk ngaji.

  • Satu fakta yang paling vass pasai Obek Nani,  she married at the age of 15.  By 23 years old,  her husband passed away.  So at the very young age,  beliau telah mendapat status janda anak 4.  3 perempuan dan 1 lelaki.  Dan beliau tetap gigih menjaga anak-anak seorang diri tanpa terhegeh-hegeh nak carik jantan lain ok!  Walaupun ramai yang datang merisik untuk menikahi beliau.  Tapi beliau tolak.  Sampailah ke akhir hayatnya,  beliau masih setia dan taat dengan arwah suaminya.  U olls rasa zaman sekarang ada lagi ke camnihhh?

    In loving memory of Ruhani Ahmed
    We love you so much Obek Nani. 
    Wanita berani,  bergaya dan gigih. 


    1943-2010

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com