13.7.10

Dear Kak Merr : JANTAN BERTUNANG

U olls.  Hari ini akak telah mendapat satu emel yang sedih dari pembaca akak.  Memang sedih u olls.  Akak mengenali beliau sebagai salah sorang pembaca yang agak setia jugak.  Akak pun dah rasa macam mengenali beliau lama.  U olls baca la sendiri cerita ini ok.

Dear Kak Merr yang dikasihi,


Thanks sebab akak selalu sudi mendengar kisah dan cerita saya.  Saya nak mintak maaf sebab belum sempat saya nak kenalkan akak dengan BF baru saya yang saya MMS gambar kami hari itu,  kami dah putus. 


Remuknya hati saya hanya Allah yang tahu.  Tak berapa lama kami berkenal-kenalan,  ada seorang wanita menghubungi saya melalui FB dan mengakui bahawa dia adalah tunang kepada BF saya itu.


Saya rasa nak pengsan tatkala membaca message perempuan itu.  Apabila saya bertanya kepada BF saya,  tuntas dia terus diam dan tidak menjawab apa-apa.


Saya rasa diam nya dia itu,  menandakan apa yang perempuan itu kata adalah betul.


Saya amat sedih.  Tapi saya bersyukur kerana sebelum kami pergi lebih jauh,  saya dah dapat tau segala-galanya.


Apa pun akak,  saya sayang akak.

Jawapan akak  :

U olls.  Kalau u olls baca kisah ini jangan mara ok.  Akak nak jadikan kisah u olls ini sebagai panduan dan jugak tauladan kepada we ols semua wanita-wanita.  Yes,  memang kita wanita adalah amat lembut hatinya.  Sebab inilah caranya kita dicipta.


Tapi itu tidak bermakna,  hati yang lembut ini mudah kau berikan kepada sesiapa saja sesuka hati mu!!!  Bak kata mama akak iaitu Kak Baby, " Jangan jadi perempuan kuat menyerah!!"


Menyerah apa?  Itu adalah subjektif.  Tapi apa yang akak nak stresskan di sini adalah,  jangan lah mudah menyerahkan hati mu itu.  Kerana,  zahir tubuh mu boleh disentuh oleh sejuta jantan (DASAR BOHSIA!!) tapi hati mu itu........hanya berikan pada lelaki sebenar!!


Yes,  itulah prinsip hidup akak dalam mencari jantan.  Kelessssssssssss.........


Next time,  dapat jantan baru.  Please MMS gambar kat akak dulu ok.  Bagi akak scan jantan ini mengikut ketegeri-ketegeri berikut  :


1. Ketegeri A  - Boleh buat laki nyah!!  Kena jaga elok-elok ni.  Jangan bagi sapa pun sentuh beliau.




2.  Ketegeri B  - Jantan Jalang.  Tengok muka mak tau.  Dia ni maen banyak pompuan.  So jangan la nak main-main api dengan beliau.  Main FB pun tak buleh!




3.  Ketegeri C - Adik-adik.  Spishis ini adalah ketegeri yang masih confuse nak jadi naughty atau nak jadi baik.  U olls boleh bentuk dia.  Tapi kena be carefull sebab depa boleh jadi heartbreaker jugak!  Selalunya they olls takut nak commit.


4.  Ketegeri G - Yang ni lain skit noks!  Ketegeri G u olls tak buleh nak rapat sangat dengan depa ni ok.  Sebab depa ni sesuai jadi BEST FRIEND u olls jah!  Sebab apa?  Sebab a true modern woman kena ada a gay friend by her side!  Baru lengkap u olls.  Sedih u olls sebab ramai lagi pompuan-pompuan masih tak dapat beza ketegeri-ketegeri G ini.  Sebab they olls ni semua memang rapat dengan perempuan.  Baik sangat.  So jangan la termakan ati ok.




Untuk perkhidmatan SCAN JANTAN secara percuma.  Sila hubungi akak segera.  5 tahun pengalaman ok.  Kelesssssssssssssssssss!!

Akhir kata,  akak rasa bersyukur kat sini sebab nasib baik lah,  belum apa-apa u ols dah tau SIAPA LAKI itu yang sebenarnya.  Dan akak paling kesian kat tunang si JANTAN itu.  Apalah nasib dia dapat jantan macam itu kan?  Tapi itu jodoh dan rezeki orang.  Hang tak payah la masuk campur ok.  Biarla they olls setel masalah they olls sendiri.


Sekian,  i love u.

2 comments:

  1. hang mmg pandai scan!!
    telah terbukti sewaktu hang scan BF ku dulu..haha

    ReplyDelete
  2. still single

    takde bf

    kalo ada kawan2 pun semua tercampak dalam kategori C dan G. kategori A tu tak sempat nak tekel, awek lain dah sambar awal2...

    tolong carikan bley? ahaha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com