17.6.10

From Baling With Love

Day 1
Malam itu,  akak,  Cakcing,  Zam (BF Cakcing) and En.  Khafi drive ke Baling untuk dua tugasan penting.  Kami kena buat pelamin nikah untuk Amreena Meena dan Cakcing akan membuat henna design untuk Amreena yang bakal melangsungkan perkahwinannya esok dan lusa.

Setibanya di Baling,  I olls En.  Khafi dan Zam terus memulakan design pelamin serba Merah dan putih Cakcing ke bilik pengantin untuk membuat henna pengantin.

Thank god akak ada dua assistant JANTAN yang bagus.  Akak bagi arahan saja dan terus mereka melaksanakannya.  Tapi ada masa tu,  En.  Khafi duk gelak kat i olls sebab i olls duk naik angin bila kain yang i olls buat tak bergelombang dengan cantek.  Akak kata "Jangan main-main masa kerja ok.  Kalau nak gelak.  Sila keluar!!!"  Keleesss....akak pun menghalau laki akak keluar kan.  Kurang ajar punya kekasih ini.  Tapi ada aku kesah,  time kerja is time kerja ok.  Zam bagus,  dia buat kerja sampai habis.  Oleh itu,  i olls mencadangkan agar diberi gaji yang lebih tinggi berbanding En.  Khafi. 

Dan inilah hasil pelamin we olls buat.  Hasil karya oleh Cakcing.  Dan disusun atur oleh kami bertiga.


Cakcing di dalam bilik pengantin tak habis habis dengan karya hennanya.  Design adalah hasil nukilan pengantin itu sendiri.  And Cakcing hanya la tukang buat.

Dan inilah hasil henna yang berakhir at 2 am in the morning. 

So,  now u olls fahamla bila akak cakap harga henna we olls RM200 kan??

Eventually,  at 2am kami pun berangkat balik ke Penang


DAY 2
Day 2 bermula seawal 7am di Penang.  I olls diarahkan untuk memake up seorang pengantin untuk her nikah kat Batu Uban Penang.  Rogayah nama pengantin itu.  Pagi itu masa akak called dia untuk bagitau akak dah sampai ke simpang jalan rumahnya,  dia menjawab telefon dengan penuh lemah lembut.  Akak menjangkan pengantin ini mesti tak kekwat dan baik hati sekali.


Memang pun,  sepanjang sesi mekap,  beliau amat tertib dan diam saja.  Lepas mekap,  dia pun menghidangkan akak mee goreng kicap dan udang galah dua ekor ok!!  Malapss....

Inilah pengantin akak itu.  Thanks Rogayah.  Sorry tak buleh attend ur sanding day.  I olls terus ke Baling petang itu juga.

Setibanya di Baling,  i olls and Cakcing terus meniba ke rumah Amreena.  We olls akan memekapkan beliau untuk sesi nikah beliau yang dijangka berlangsung selepas waktu Asar. Perjalanan sesi mekap berjalan dengan lancar,  tiada sesiapa melainkan i olls,  Cakcing, dan saudara mara Amreena di bilik pengantin.


And after the make up,  we olls suruh Amreena posing di pelamin yang we olls buat itu.  Kelessssssssssssssssssss...


Petang itu,  we olls ke Pekan Baling.  Ada EKSPO katanya.  Apa lagi,  we olls pun menerjahlah.  Ada macam-macam yang dijual.  Baju,  tudung,  selimut,  bantal,  ubat resdung,  sumi.  Tapi yang paling meletops,  we olls singgah ke gerai menjual baju baju rejected.  Mak aii..murah  u olls.  Sehelai RM6 sajia.  Akak pun mengambil la dua tiga helai.  Buat pose pose manja depan apek itu.  Kesahnya verver nak dapat sehelai free.  Tapi apakan daya,  body akak tak se vass dulu.  Maka akak pun akur dengan kehendaknya.


Then we olls pun cek in la kat homestay yang Cakcing tempah itu,  berdekatan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Baling.  Keleess......sebijik rumah,  dua bilik,  ruang tamu, pantry dan bilik air.  Memang vasss u olls. 
Malam itu,  we olls had dinner kat kedai tomyam bertentang dengan permandangan yang paling santek sekali.  Langit mendung mendung maghrib dan juga padi fields u olls.   Ewah ewah...cakap mat saleh kan?? Sawah padi yang sedang menghijau u ollls.

Selepas dinner,  we olls kembali ke rumah homestay dan tak ke mana-mana hanya mentengok TV.  Baik we olls ok!!


DAY 3
We olls bangun agak lewat.  Tak tau la mimpi apanya.  Tapi mungkin balas dendam dah penat sangat beberapa hari ini.  Then we olls bangun dan terus mencarik mamak dan bersarapan.  I olls makan roti canai,  teh tarik dan juga telor setengah masak dua bijik ok.  Keless....Cakcing makan nasik kandar.  Over haiwan ini!!

Then we olls pun meniba di rumah Amreena,  untuk memake up dan menyiapkan beliau dan suami (kini suami) untuk upacara persandingan.

Sesi siap menyiap ini adalah lebih meriah dan lebih vasss sebab ada lebih ramai ahli majlis ketika itu yang terdiri dari pengantin perempuan,  pengantin lelaki,  jurukamera,  akak,  Cakcing,  sepupu dan adik perempuan si pengantin itu sendiri.  Ehk..Miss Nisha tu kakak ke adik heh?  Jangan mara ke Meena.
We olls memang tak henti henti gelak masa tu,  sebab si DON iaitu suami Amreena adalah orang yang sangat funny and cool.  We olls memang duk bergelak dengan dia ja.

Inilah pasangan pengantin ini berposing di pelamin THO Red Gincu.

They olls bersanding di Dewan Kenangan Baling.  Suasana di dalam dewan adalah teratur dan cantek ja. Pengantin disambut dengan paluan kompang and also...KOMFETIII!! Mak sukaa idea ni u ollls.  Meriah....dan paling we olls suka.......................they olls bagi ais krim kat para para tetamu tak kira saiz badan dan usia.


Balik dari kenduri Amreena,  we olls ingat nak bersiap dan pergi mandi air terjun...tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...ku sangka panas sampai ke petang,  tapi hujang di awal petang.  Maka we olls duk jer la dalam rumah itu,  mengeruh,  buat buat macam tidur nyenyak,  pastu layn TV yang lebih kecil dari maikrowev rumah we olls.

Day 4
Hari keempat bermula seawal pagi,  after breakfast di Restoran Nasik Kandar Pokok Ketapang,  we olls ke rumah Amreena untuk membukak pelamin serba merah yang we olls buat itu.

Hampir sejam memerah peluh,  we olls terus ke Kuala Pegang yang terletak lebih kurang 13 km dari Baling.  Customer kedua we olls ini,  ambil full package dengan THO Red Gincu.  Make up,  baju sanding,  pelamin,  perhiasan bilik tidur dan juga meja makan beradap.

Noks...nak citerkan.  Dari 12 tengahari sampai 4.30pm almost 5pm baru kami dapat setel semua kerja kami.  Dan setelah siap.  Inilah hasilnya.  Simple jer u olls.  Sesuai untuk those yang nak kawen simple simple ni.

Setelah selesai sesi membuat persiapan yang diminta,  we olls dan keluarga pengantin terus membuat perancangan seterusnya iaitu pergi memandi air terjun Lata Bayu!!  Yeahh.....finally dapat jugak mengepi.  Dari semalam mak nangis nangis tak dapat mengepi u ollls.

Kali terakhir akak sampai tempat ini,  lebih kurang 10 tahun yang dulu.  Ini dah setelah 10 tahun,  Air Terjun Lata Bayu memang tetap best u ollls!  Ayak dia sejukk gilaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Walaupun ramai orang,  yelah cuti sekolah.  But we olls tetap sempat mencarik ruang-ruang untuk prektis kuak dada dan kuak kupu-kupu.  Tapi yang lawak,  i ollls hampir-hampir tenggelam kat dengan kaki air terjun.  Seram u olllss!!  Celaka cakcing tengok akak nak tenggalam,  dia bukan nak tolong.  Dia gelak lagi adalah!!

Inilah gambar-gambar we olss memandi air terjun.

Malam itu,  letih bukan mainla jangan nak cakap!!!!!!!!!!!!!  Sampai macam tak buleh nak tidurrr!

Day 5
Hari kelima merupakan hari yang terakhir. I olls pun malas nak citer panjang-panjang sebab macam-macam perasaan ada.  Happy sebab nak balik Penang,  tapi at the same time rasa macam nak sedih jugak sebab nak tinggal bandar Baling yang damai ini.

Tak tau la bila we olls akan kembali lagi.

Ini pengantin yang we olls make up kan pada hari itu.
Kepada semua yang terlibat sepanjang 5 hari kat sini terutama Kak Syima and Amreena,  thanks sebab sudi memilih THO Red Gincu untuk menjadi sebahagian daripada hari yang bersejarah dalam hidup u olls ini.  Kak Syima.....pas ni u olls plaks kan kat Johor??? Betul ke nak amik THO Red Gincu lagi.  Keleeeeeesss...


Sekian,  salam sayang untuk semua orang Baling yang membaca belog akak ini!!!

Untuk tempahan dan mengetahui tentang pakej-pakej di The House of Red Gincu
please click here
http://thehouseofredgincu.blogspot.com/
 

2 comments:

  1. thumbs up THO Red Gincu. kelaaaaaaaaaassss!!

    ReplyDelete
  2. waaa~~~~ zeless tengok pi mandi-manda kat lata bayuuu...

    zeles...zeles... xP

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com