Dulu masa beliau tunang, we olls yang telah membuat mini pelamin untuk beliau ini. Dan kini, we olls dipertanggungjawab untuk membuat make up dan jugak pelamin beliau di hari nikah dan persandingan dia itu. Harganya berapa? Erm...u olls kenalah contact we olls for more details ok.
Baiklah, ceritanya, we olls tempah block pelamin dan jugak stage dari KL dengan harga yang agak murah dan menjimatkan. Katanya nak sampai 18 Mei, tapi sebab banyak tempahan dan nak make sure semuanya sampai, maka pada petang 27 Mei barulah dijadualkan untuk sampai katanya.
So, i olls yang sibuk membawa ke sana kemari En. Khafi yang cengkoi akibat eksiden tepaksa bersiap cepat-cepat setelah balik dari tempat kerja. Cakcing pun turut sama berganding bahu ke sana kemari dengan semangat nak buat pelamin pada malam 27 Mei itu. Namun, sampai jam 10.00 malam, block pelamin yang dijanjikan tiba tidak meniba. Kami mengekol tauke itu, dan dia berkata yang dia tidak dapat menghubungi pihak lori yang membawa barang-barang kami dari KL.
Akak pun bingong, orang sewa lori telah meniba di depan rumah akak dengan harapan nak amik barang dan ke Balik Pulau untuk membuat pelamin Nonie. Namun angan-angan itu semuanya musnah. We olls terpaksa membatalkan jadual membuat pelamin malam itu akan tetapi bayaran RM100 kepada pihak lori perlu dijelaskan. Akak pun mengekol tauke itu, dan minta dia tannggung kerugian sewa lori akak malam itu. Nasib baik beliau paham dengan akak. Tauke itu pun kata, u olls tunggu esok, Insya Allah akan sampai.
We olls pun terpaksa tidor saja malam itu dalam keadaan yang penat u olls. Yelah, dah seksaited gila nak pi buat pelamin. Tiba-tiba terpaksa macam tak boleh pi buat pelamin sebab barang tidak cukup u olls.
Esoknya, lepas memekap Nonie Sulaiman di Bayan Baru, kami pun terus bergegas carik Mak Ayam kami iaitu Kak Baby untuk meminjam block pelamin dan stage yang berada di bawah hak milik cipta beliau itu. Nasib baik beliau sudi meminjamkannya. So we olls amik la apa yang patut dan terpaksa ulang alik Bukit Gedong - Balik Pulau dua kali sebab we olls nak angkat barang pakai MPV dan juga Dorrie i olls yang kecil molek itu.
We olls bukan tak mau amik lori, tapi sebab semalam we olls dah rugi sekali. We olls tak mau nak call dan tanya sapa-sapa lagi since hari tu dah kecoh-kecoh we olls tempah sana sini tapi tak jadi. Nanti orang tak syiok pulak kan??? Sekali dah cancel takpa, kalau dua tiga kali dok kol, nanti orang ingat akak ini Ali si Pengembala Kambing kan? Tolong-tolong....ada serigala nak makan kambing saya. Gituuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
Maka, setelah bergegas dua kali ke Balik Pulau, akak, Cakcing dan Zam iaitu Marka Cakcing pun perlahan-lahan membuat pelamin untuk Nonie. Setelah 2 jam memproses. Inilah hasilnya.
Pelamin kami tidak lah seindah Nas Great Idea apatah lagi karya agung Bangsan iaitu Hassan Abu Bakar, tapi we are proud sebab pelamin kami cukuplah sifatnya. Ada kerusi, ada stage, ada bunga, ada tiang-tiang, ada daun, ada manik-manik dan paling penting ada SPOTLAIK dan ada KIPAS BULU BULU yang meletopsssssssssss!!
Apa pun, saya nak ucapakan ribuan terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membuat pelamin ini. Bak kata Kak Wahida, sepupu Kak Baby, nak buat kerja ni kena sabak. Kalau tak sabak...baik tak payah!!!
For more information, please visit our blogspot at http://thehouseofredgincu.blogspot.com/
Jumie Samsudin : 0124130060
Surianie Samsudin : 0195434377
Surianie Samsudin : 0195434377
Email : redgincu@yahoo.com
wow... nnt aku khawin hg bleh la jd wedding planner aku.... bgs2....
ReplyDelete