Pertama sekali i olls nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan PJ yang baru jer kuar RTM Pulau Pinang semalam kerana sudi memberikan nota nota penting ini untuk akak share dengan u olls semua. Pesan Kak PJ ialah, kalau nak membuang air kecil di tempat bukan tandas awam, mintak la izin dulu ya. Takut tergelinciak jatuh apa pun tak menjadi kenyataan. Cengssss!!!
Tiba-tiba lalut pasai benda yang tidak mengena dengan durian kan?
Baiklah, marilah kita membaca dulu nota bagaimana caranya untuk mencari DURIAN yang baekkkkkkkk punya!!
6 CARA MEMILIH DURIAN YANG TERBAEK
Pertama sekali, apakah itu durian yang baek? Bagi kita semua, durian yang baik adalah durian yang masak ranum, segar dan bebas dari haiwan seperti mergastua dan ulat-ulat. Tetapi sebenarnya, durian yang ada ulat dan mergastua itu tidak bermakna durian itu tidak baek okay!!! Sebab durian yang ada ulat itu selalunya yang amat manis dan sedap sekali rasanya.
Oleh itu, tuan tuan dan puan-puan, bagai mana kita nak tau durian itu baek dan fresh?? Inilah tips yang boleh i olls share kan dengan u olls semua.
- Periksa tangkai pada buah durian itu. Kalau sudh kering kontang macam kayu manis, maknanya sudah tidak fresh lagi. Kalau macam tidak begitu kering, maknanya ok la itu.
- Tengok di bawah durian, bukan di bawah apek durian okay!! Sekali lagi, tengok di bawah buah durian itu, ada terbelah sikit tak? Kalau terbuka sikit, maknanya terlalu masak atau tidak fresh lagi. Tetapi tidak bermakna tidak sedap ya? Faham....kombinasi dua ni. U olls kena pandai pertimbangkannya.
- Pastu....COMMMM LAH bau durian itu. Kalau baunya harum semerbak dan wangi menusuk, maka buah itu telah pun masak ranum u olls. Kalau tidak ada bau, maknanya u olls selsema ataupun, buah itu tidak masak lagi.
- Gunakan jari kuku u olls untuk scratch kat buah durian itu, kalau bunyinya seperti berlohong, maka durian itu tidak bagus. Yang ini akak tak reti nak explain sebab akak jarang guna pakai kuku jari tangan akak. Sebab akak selalu, gigit kuku! hahahahah
- Amik durian itu, dan goncangkan dekat dengan telinga u olls. Kalau dengar dan rasa 'pergerakan' maknanya buah itu baekkk!!!
- Tengok-tengoklah kalau ada lubang-lubang pada buah itu. Sebab lubang menunjukkan bahawa buah itu telah pun dijolok masuk oleh si mergastua. :)
- Dan akhir sekali, just bukak dan rasanya. Kalau sedap tu sedap lah u olls!!! Taraaaa!!!!!
So u olls! Inilah gambar durian durian spisyis BAEK punya!!! Sila hafal nama-nama nya!
Inilah pulak gambar durian yang LESS POPULAR. Tapi okayla.... :)
Okay, sekian itulah saja. Selamat bersuka ria dengan para durian k u olls. Apa pun, kalau kita bermain dengan durian, jangan biarkan diri kita menjadi timun. Kerana akhhirnya, badan kita yang porak peranda di cucuk cucuk duri u olls.
ooohhhh ... i am flattered!!! malu i!
ReplyDeleteooo patut lah ayah kita kalau pilih durian mcm2 gaya..dia cium2 dia goncang2 dia ketuk2..ada motip rupanya
ReplyDelete