3.5.10

Rambut Baru Kak Merr

Hai u olls.  Sapa duk baca belog i olls tau kan i olls buat rambut baru last weekend.  I olls tak dapat tajaan la macam orang-orang glamers itu.  I olls orang kebiasaan saja.  Dapat gaji pi la buat rambut u olls. 

Teka ini Kak Merr ka Singa?

Like tahun lepas,  nak buat rambut memang nebes.  Tapi i olls kena la buat memandangkan rambut yang sedia ada itu,  iaitu rambut Phuket adalah telah menjadi disaster dan tak elok lagi.  So,  memang kalau tengok kat cermin pun jadi macam tak semangat dan terus takdak moood.  Maka kena la buat rambut baru cepat-cepat.

Mengambik gambar sebelum proses bermula.  :)

Oleh itu,  i olls pun mengepi ke pusat membuat rambut yang i olls suka iaitu Hair Impression,  KOMTAR Penang dan membuat appointment dengan Isaac.  Apabila i olls tiba,  Isaac membuat suara yang terkejut kerana melihat rambut i olls yang macam Alex the lion ini.  Sabar jer la u olls.  Aku penampak budak ni baru tau.

So,  lepas we olls berbincang harga dan proses dan sebagainya,  we olls pun memulakan proses. 
We agreed nak potong sikit ja sebab nak maintain lenght.  I olls verver nak simpan rambut panjang,  baru la i olls boleh membuat style ala-ala Kim Kardashian kelak.  Gituuuuuuuuuuuuuuuu.....verver tak mau kalah kan.  Muka macam Kak Bedah yang duk sebelah Nenek Kebayan. 

So,  lepas gunting sikit.  We olls akan straightkan balik rambut  i olls ini.  Selepas itu mewarnakannya.  Rambut i olls pun memang dah agak rosak.  Tengok pun tau kan.  Memang Isaac duk maki kat aku.  Tapi dia diam ja.  :)

Memang agak boring la u olls sebab proses yang membuatkan ini semua adalah sungguh lama iaitu lebih kurang 5jam.  Tapi ditemani u olls semua kat Facebook.  I olls jadi macam suka dan happy.  Di samping itu,  untuk tidak melupakan,  BF i olls pun sudi menunggu i olls sampai habis proses.

Boifren yang baikwati. 

Eventually,  rambut pun dah siap.  Memang best u olls.  Warna ini actually adalah ungu laut yang hitam.  So kalau dalam office kah apa nampak hitam la.  Tapi bila di dalam panas matari u olls akan nampak ungu laut sedikit.  Gitu....

Sekian saja,  credit tu Mr.  Isaac pembuat rambut i olls itu.  U olls boleh contact dia di Facebook dia kalau nak mendapat khidmat buat rambut dari dia.


Dan untuk u olls semua,  inilah rambut i olls.

2 comments:

  1. cantikkkk...dah lame nak kaler pepel cengggini..tp entah bile la dpt buat..heh!

    ReplyDelete
  2. JUBS JUBS!!!!I miss you gila2!! I'm going to do my hair also...tomorrow! aku nervous weyh! either pass/fail! my life is on stake! hahah! mwahhh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com