7.5.10

Dear Kak Merr : Susah nak explain!!

Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :

Dear Jumie Pom Pom,

I olls ada sorang kawan ini,  dia agak cuns.  Tapi tak lah hot sangat.  Apa yang membuatkan dia tak hot adalah kerana dia ini baru sebulan jumpa dan kenal seorang jantan,  tapi dah confess jatuh cinta gila bayang meraban hingga menyusahkan we olls dan rakan-rakan.

We olls agak malu walaupun dah berkali-kali menasihati beliau tapi tak dilayan.  Dia tetap meraban gila bayang kat laki itu.  Laki itu padahal tidak memandang beliau walau sebelah mata.  Bukan sebab lelaki itu BENCI dan POYO sangat,  tapi lelaki itu rimas sebab dia rasa tak ready untuk cinta budak-budak macam ini.

So,  boleh tak Kak Merr bagi saya sedikit kata-kata perangsang untuk menasihatkan kawan saya ini secara telus.  Sebab nak bagi secara manja dia tak layan pun.

Yang Bener;
Kak Gamz
Baiklah,  akak pun nak menjawab soalan u olls itu.

Salam Kak Gamz,


Aku baru baca emel hang ini.  Aku duk pulun dari pagi nak buat kerja semua setel.  Satgi lunch aku nak spend time dengan Khafi.  Balik petang ni aku kena stay lama sikit kat office bagi habis kerja.  Sebab monday dan Tuesday aku takdak Melesia.


Babe,  boleh tak hang bagi point point ni kat perempuan bodo ni.
  1. Malas nak explain dalam bahasa inggeris yang indah sebab aku rasa hang ni kena cakap Melayu Penang baru hang buleh paham apa yang berlaku.
  2. Hang jangan la bok malu kawum perempuan.  Sebab sah sah orang tak mau kat hang.  Hang tak nampak lagi ka?
  3. Sebagai perempuan hang kena ada harga diri dan hang kena kenai diri hang sapa.  Kelebihan dan kelemahan diri hang.  Dan bila hang dah betui betui kenai diri hang....hang akan sayang diri hang sangat.  Then baru hang boleh start sayang orang lain.
  4. Hang tak buleh senang-senang bagi hati hang kat orang.  Lani,  hang senang senang bagi hati hang kat jantan itu,  sebab tu la bila orang tak mau hati hang tu....orang tendang suka hati.  So,  jangan la duk merongot.
  5. Tolong pi pebetui gigi dan otak kanan sebelum nak bersedia bercinta lelaki lain. 
Sekian,  terima kasih.

Yang benar,  Kak Merr.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com