Baiklah hari ini, akak nak mencerita satu movie yang bagus yang u olls semua patut tengok dan verver bersama akak. Cerita ini yang i olls maksudkan ialah The Blind Side, cerita yang Sundra Bullock menang Oscar for best actress itu.
Kisahnya :
- Cerita ini pasai seorang budak nama dia Micheal Oher. Mak dia penagih dadah. So dia selalu dibawah jagaan macam-macam orang selain badan-badan kebajikan. Dia masuk sekolah private school sebab dia direkemen oleh seorang ayah rakannya yang meyakinkan pihak sekolah bahawa dia adalah seorang yang berbakat dalam bidang sukan.
- Dekat sekolah, dia sangat pendiam dan cekgu cikgi semua anggap dia bodoh. Tapi actually dia tak bodo. Dia just suka tengok depa ni semua buat macam dia ni bodo. So sapa yang bodo?
- Then satu family pulak, iaitu Leigh Anne Tuohy dan suami dia Sean Tuohy (bunyi - tu wi) ada dua anak iaitu SJ dan Collin. Satu malam depa bawak kereta, depa nampak Micheal duk jalan sorang-sorang dalam kesejukan. So depa offer dia balik rumah, sebab Micheal takdak rumah nak duduk. Orang yang dia tumpang tinggal tu mati eksiden.
- Sejak itu, Leigh Anne pun macam kesian kat Micheal. Dia macam tolong Micheal dalam banyak benda. Belikan baju, bagi lesen kereta, dan bagi bilik untuk Micheal. Dan depa satu family pun suka kat Micheal. Terutama SJ sebab dia rasa macam best ada abang.
- Micheal ni sebenarnya dia jadi pendiam sebab masa kecik-kecik telah berlaku satu kejadian yang membuatkan dia trauma sampai lani. Disebabkan mak dia adalah orang yang isap dadah, so masa mak dia kena tangkap dengan polis, orang kebajikan masyarakat mai tarik dia dari mak dia. So perpisahan yang trajis itu telah membawa impak dalam hidup dia.
- Micheal ni walaupun dia sungguh besar dan nampak macam ada saka, tapi dia sebenarnya sangat lembut dan sangat protective. Dia suka main dengan SJ. Dia sayang sangat kat SJ. Penah satu hari tu, dia bawak kereta dengan SJ pastu depa langgak lori. Airbag tu meletop!! So Micheal stopped the airbag dengan tangan dia sendiri sampai melecor!!!!!
- Walaupun mendapat tohmahan dari rakan-rakan dan jiran tetangga about them having anak negro dalam rumah depa sebagai a part of family, tetapi depa satu family buat bodo jah. Paling akak suka macam Leigh Anne makan-makan dengan kawan-kawan dia. Biasalah, dia kan orang kaya. Depa ni semua macam mak mak datin gitewww. Depa duk caras dia sebab dia amik anak Negro buat anak angkat.
Depa siap sindiak dia "Awat hang tak amik anak angkat?"
"Aku terpikir nak amik dia sebagai anak angkat. Tapi akak pikiak....dia pun dah nak masuk 18 tahun. Pas ni dia pun dah bebas," kata Kak Leigh Anne.
Pastu akak-akak Datin tu pun buat muka kekwat tapi terkejut. Sebab depa tak sangka dia siries.
"U olls. Hang siries kah? Akak gurau jer Dek Noi. Tapi u olls tak risau ka?" tanya Kak Nam itu.
"Risau apa?" tanya Leigh Anne kepada kawannya.
"Yalah.....budak Negro besak hidup dalam rumah tu dengan anak perempuan hang sekali,' kata perempuan tu.
"Shame on you, " kata Kak Leigh Anne dan terus blah. Sah-sah la malu kawan dia itu. Nampak sangat dia taste kat abang-abang Negro sebab konbesss kan???? Kelessssss
- Keyakinan diri Micheal semakin naik sejak duduk dengan family ini. Family ni pun dah banyak berubah sebab ada Micheal. Depa semua macam lebih sensitive dan lebih sayang satu sama lain. Aku respek la they ollls.
- Dalam bidang sukan, pada mulanya Micheal tak dapat buktikan bakat dia sebenar. Tetapi setelah Leigh Anne masuk campur dalam training di padang barulah Micheal paham konsep Amerikan Futball dan bagaimana dia boleh gunakan kelebihan dia untuk bantu pasukannya untuk berjaya.
- Daripada kejayaan di peringkat sekolah, akhirnya atas bakat yang ada Micheal akhirnya berjaya menerima banyak tawaran dari universiti satu Emerika untuk menyambung pengajian di samping bermain untuk pasukan mereka!!!
- Dan di akhir cerita ini baru akak tau bahawa cerita ini bukanlah fiksyen tetapi suatu kisah benar tentang Touhy family dari Memphis, Tennessee, USA. Dan Micheal Oher yang dimaksudkan memang seorang Ameriken Futbol star yang meletops! Dan depa semua tinggal as one family till now!!!
- U olls selalu kata, akak citer terlalu details sampai u olls rasa macam tak yah tengok cita ni. Maka ada banyak lagi part-part best yang i olls tak ceritakan dalam belog ini. So u olls tengok la sendiri ok.
- Kalau u olls nak tau, Micheal Oher ini adalah umur 24 tahun ok. Dia dilahirkan tahun 1986.
- Selepas tengok cita ini, akak dan Abang Khafi pun bercadang untuk amik anak Negro.
Sekian, terima kasih.
muvie nh memang keless.....sob3 air mate ngalir tgk citer nh...huhuhuhu...
ReplyDeletekelakar je kesimpulan kak merr... ada ke nak amik anak angkat negro... :)
ReplyDeletetapi macam best je reviu ni. nak tengok jugakla movie ni.
nak carik la cd ni ... where can i find it? orrr ... leh pinjam?
ReplyDeleteMacam bapak orang je Mr Oher tu. Review yg mantop.
ReplyDelete