U olls. Hari ini akak nak mengupas satu isu yang dah lama diperkata-katakan oleh para pendengar Radio Jumie Samsudin yang meletop ini. KELES...Nak bersiaran pulak. Over kan aku ini? Bukan happer u olls. Sejak dua menjak i olls menceritakan tentang fengshui tahun 2010 adalah tahun yang ONG untuk kawen, maka ramai pulak yang berlumba-lumba untuk mengahwinkan diri pada tahun ni.
Alhamdulillah u olls. Tapi kalau u olls nak kawen sebab Fengshui, berdonsa ok!!! Kita nak kawen sebab wajib untuk orang-orang yang dah tak boleh kawal napsu dia!!
Tapi macam zaman sekarang ini, sungguhlah susah nak kawen. Sapa cakap senang. Bukan soal komitmen, tetapi soal belanja kawen itu sendiri. Nak ikut pasal komitmen itu, haruslah sekarang ini hidup berkapel pun dah macam berkawen kan. Makan bersama, keluar bersama, shopping bersama, nangis bersama, happy bersama.
So yang memberatkan wedding itu bagi i olls ialah kenduri kawen itu sendiri. I olls tak kesahlah apa u olls nak kata, tapi i olls nak tulis kat belog i olls sendiri punya suka lah. I olls ada nak olah topik ini ikut cara yang paling mudah untuk u olls semua faham. Harap kita semua renung bersama dan mana yang elok itu kita amik. Kerana yang baik itu datanganya dari Dia yang Maha Esa dan yang tak elok itu datangnya dari Cakcing!! Adik i olls itu. HAHAHAHA....Dia pun sebuk nak kawen dah u olls.
Kesahnya kenduri kecik ini senang nak plan. Boleh guna bajet untuk buat benda-benda yang berfaedah lain seperti deposit beli rumah, hanimun atau medical card. Buleh enjoi dengan ahli keluarga terdekat dan sahabat handai yang dijemput khas. Rasa ekslusif u olls. Cuma yang tak bestnya masyarakat kita ini, kalau buat kenduri kecik dan tak jemput they olls, mulalah keluar bunyi bunyi bising beransur fitnah yang mengatakan PEREMPUAN SUNDEL ITU MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH LA DEKNONNN!!! Keleess......
Kenduri besak ni memang payah nak plan. Kalau boleh amik masa setahun. Dari tempahan dewan kepada memilih the best wedding planner, bla bla bla bla sampai lah ke kisah memilih DJ untuk kenduri u olls. Semua tu masuk dalam senarai. Bukan masuk sajaaa...duit pun masuk jugak. Makan saja kalau satu kepada RM10 kalau dua ribu jemputan? Pikiak sendiri la.
Bab pelamin pulak...kalau boleh nak sebesak Mawi atau Dato Siti Nurhaliza? Biar setinggi -tinggi dewan sebesar-besar pentas, tapi besak nya pelamin hang sampai kawan-kawan pun takut dan segan nak naik untuk amik gambar buat apa kan? Kalau boleh, di hari yang berbahagia itu. Kita nak bersama dengan semua yang datang ke kenduri kita kan?
Barang hantaran pun semua nak berlawan, depa bagi Tudung Ariani ka Ratu? Make up Lancome ka Simplysiti? Beg Bonia ka Guess? Semua nya berlumba-lumba kan?
Hantaran kawen pulak lani semua nak bertanding, sepupu i olls setakat SPM RM8000.00. Kerja pun tidak. Harta keluarga apatah lagi. Lain lah orang Kedah kan? Banyak tanah sawah pagi. Ini apa yang ada? Ayam sabung bapak hang ja nak buat harta? I olls paling suka Kak Umie Aida, terus tak bagitau sapa-sapa berapa hantaran dia. Senang u olls!!
Berhutang mutanglah kita semua semata-mata nak membuat kenduri yang THE VASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.......pelamin + baju + make up + everything must be perfect!!!!!!!!!!!
Tapi kalaulah niat kita buat kenduri semata-mata nak menunjuk kat orang kampung, u olls rasa berkatkah??
I olls selalu terpikir jugak nak buat kenduri kecik-kecik ni, just sewa satu resort ka homestay ka. Jemput parent kedua pihak, my closest friend and tok kadi. Pastu akad nikah terus potong kek. Setel u olls. Malam buat small dinner for those yang ada. Ada joget lambak dan karaoke sikit sikit. Mesti best u olls. Buleh la feeling-feeling macam Heidi Klum kan? Keleess....Heidi Klum buat wedding dia dengan laki dia yang tak elok tu kat satu pulau terpencil kat Mexico. Takdak sapa sapa cuma close friend.
Tapi bila pikiak i olls ini adalah anak Bawean yang duduk kat Melesia ini, maka i olls tertakluk kepada beberapa etika sosial yang ditetapkan oleh kita sendiri. Mau tak mau kena la ikut kan?
So, kepada semua pembaca Belog akak yang sedang berkira-kira nak bernikah dan bersanding itu. Akak nasihatkan, buatlah yang terbaik untuk diri u olls masa kini dan masa akan datang. Senang jadi cam Kak Enjelin dengan Abang Brad...sampai lani tak gadoh nak kawen!! Kelesssss..happy jah dek non!!! So, what say u olls? I dont wanna get married, i wanna be happy! Keleeessss.....:)
napa body angelina jolie, keluar segala urat? kurus sgt ka?
ReplyDelete