Noks, hari ini kalau kita tak buat DIVA hang rasa ada orang nak tau ke yang hang itu adalah wujud? Maksudnya, kita kena berusaha sendiri untuk menjadi seorang yang pandai menjaga diri kita sendiri kerana kalau kita tak tolong diri kita, maka tidak ada sapa-sapa yang Melesia ni mahupun Venezuela yang boleh tolong kita.
I olls dah penat mendengar keluhan kawan-kawan dan adik-adik i olls yang duk mai mengadu dengan nasib dan hidup depa yang macam tiada JUSTICE. Oleh itu, hari ini marilah kita menjadi DIVA-DIVA yang meletops agar tidak ada sapa-sapa yang boleh membuli kehidupan kita ini.
Oleh itu, marilah kita ambil beberapa langkah untuk menjadi DIVA itu.
- Kalau orang tak cari u olls, kat FB, YM, Email. Jangan la kita gedik pi carik dia.
Seringkali kita merungut sebab kawan baik kita yang dulu berjanji dengan kita, dia takkan lupakan kita walaupun dia berjaya di menara gading satu hari nanti, tetapi hari ini baru dapat laki elok sikit terus dia lupakan hang nok. YM tengah online pun buat tak tau jer, tak reti nak tegur. So u olls apa lagi? Takkan nak jadi bangs** nak pi tegur dia noks? Kita DIVA okay. Kalau nanti dia dah susah tatkala ditinggalkan laki dia yang kasanova itu, INSYA ALLAH dia akan mai meratap -ratap di YM hang. Maka tunggu la.
- Kalau ada orang buat pasai dengan kita, kita jangan jadi buduh nak pi ajak dia untuk berbincang.
Seringkali kita jadi mangsa keadaan kan? Kesucian kita semua terhina apabila tiba-tiba kita dijadikan mangsa fitnah, dipulaukan oleh kawan-kawan dan nama kita telah diconteng dengan arang. U olls, sabar ok. Sebagai DIVA, kita tak boleh lari dari segala kontroversi ini. So, kita jangan jadi gelabah ok. Kalau paparazi mai tanya kita, kita buat cara Dato Siti "No comment u olls!". Biar dia yang kecoh kat Melodi cerita yang kita telah membuat onar. Sungguh publisiti murahan kan? And paling penting sekali, JANGAN kita yang ajar dia untuk berbincang. Kita DIVA okay, depa nak cakap, depa panggil kita ok!!!!
And kalau kita tak ready lagi nak bincang dengan depa just bagitau depa,"I tak mau cakap apa-apa sekarang, tunggu sampai i buat press conference atau u tunggu my lawyer call u nanti,". Tak kisah kita kalah dalam perbincangan itu, kerana bagi i olls kemenangan bukanlah beerti kalau kita bercakap itu dengan anjing-anjing belaka? Apa keseronokkannya u olls kalah kepada anjing kan? Buduh u olls ini. Biarlah mereka sorak sekampung bagitau u olls gagap di mata mereka. Tetapi, yang penting, u olls bersikap RATU dan hanya bercakap benda yang penting dan betul sahaja.
- Kalau dijemput dalam event, mai fashionably late.
Ini adalah penting. Jangan la lewat sangat sampai 40 minit kan? Itu perangai ala-ala Kak Noami Campbell yang tak sedar diri tu, dahlah suka pukul orang gaji. Dasar raksaksa ok. Kita jangan semangat sangat datang awal, itu dah AJK majlis. Kalau hang yang akak datang awal, selalunya akak cuba berlakon tolong-tolong angkat makanan ke depan menunjukkan akak ingin meminta sesuatu di masa hadapan dari tuan empunya majlis.
Mai elok-elok macam 15 minit majlis dah start ka apa ka? Bila kita sampai ja, depa nanti tanya "Wehs...baru sampai? Awat lambat?" So time tu u olls pun propa la, "Sorry noks, akak carik handbag akak yang Gucci tu. Takdak. Rupa-rupanya, Erra Pazira pinjam. Tu yang baru sampai ni, akak pakai la handbag baru akak ni," sambil menunjukkan handbag u olls yang terbaru itu.
- Kalau orang tak jemput, jangan hegeh nak mengepi!!
Kalau orang tak jemput u olls kenduri kawen ke apa ke, cuba jangan hegeh pi tanya "Amboi hang tak jemput aku". Atau hang tau dia macam mai kat area rumah hang, tapi tak singgah jumpa hang pun, terus hang call dia dan caras dia "Sampai ati mai Penang tak call aku pun!!," Ini semua bukan cara-cara DIVA ok. Ini semua style Achi Bee!! Tau tak sapa Achi Bee? Achi Bee ni mami jarumlah.
Sebagai DIVA, kita just pi kat dia and kata "Congratulation..aku tengok album ang dalam FB. Laki hang elok sangat. Mak suka" Haruslah menunjukkan yang kita mendoakan laki dia jatuh ke tangan kita kan? OOpss. Sorry. Kak Merr salah mendoakan.
Ingat u olls semua, walaupun kita kecik ati, dia buat kenduri hotz gila babi tapi tak ajak kita. Tetapi jadilah DIVA, kita buat macam aku tak kesah pun ang tak jemput aku ke kenduri kecik hang itu!!! Sebab kerana keDIVAan kita ini, dia sendiri nanti mai explain kat kita. Masa tu, baru lah hang caras balik, "Ala mak tak kisah...lagipun akak busy hari tu. Ada shooting dengan Hassan Wedding Couture."
- Dress uplah sebagai seorang DIVA!!
Tak semestinya u olls kena berGUCCi dan berChannel dari hujung kaki sampai hujung rambut kan? Dah kalau kerja kerajaan saja macam i olls, setakat kaya buat personal loan kat Bank Rakyat takpayahla u olls. Yang penting u olls pandai menyesuaikan pakaian mengikut masa, okesyen dan jugak majlis. Ikut trend sikit, tetapi jangan la sampai tidak sesuai dengan susok tubuh u olls. Sorry u olls, satu lagi akak paling tak suka duk mai dressing pakai macam makcik-makcik ni duk usung Guess tipu. Sungguh tak berapa DIVA ok. Kalau pun u olls pakai beg beli kat Tesco yang berharga RM19.90, tetapi kalau kena dengan gaya haruslah u olls nampak macam DIVA ok!!
- Berani dan berani!!
Sebagai DIVA u olls kena berani. Berani dalam pelbagai aspek, sebab kalau u olls tak berani macam mana u olls nak tegakkan pendirian u olls. U nak pertahankan pilihan uolls. U olls nak yakinkan semua bahawa inilah yang u olls dah pilih dan no matter what the risk is, you know its coming and u will take all the responsibilities after semua ini mendatang. Jangan jadi macam cengeng, katanya berani amik peranan itu dan akan take all the consequences yang bakal terjadi, tapi in the end bila u tak berjaya u olls pun menangis macam baby dan menuduh semua orang punya salah. PLEASE u olls. Do not memalukan diri u olls ini. Kerana, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Sebab kalau u olls tak pandai jaga hati sendiri. Siapa lagi yang nak jaga kan?
U olls kena jadi macam Mahsuri, Puteri Gunung Ledang, Kimora Lee Simmons, Oprah, Beyonce!!!!! Take it or leave it ok!!! Sekian sahaja, i love u olls semua. Yang mana elok tu dari Dia, mana yang tak bagus itu dari Cakcing.
ps/ Lelaki pun boleh jadi DIVA ok.
hehehh...tenkiu2...tips yang sangat diperlukan skang...
ReplyDeleteerr... dan masa2 akan datang.
jumie..thats was really gud n funny =)
ReplyDeletei am suka u olsss!!!
ReplyDeletemuaaahhh!!
sangat kelas la u olls nie!!!!!
ReplyDeletei suka!!!
kelesssssssssssssss
ReplyDeletemmg hot laaa... hahaha
ReplyDelete