Kawan i olls adalah sangat sebuk nak kawen kawen ni. Macam biasa, dia pun kecoh nak mencari tema-tema majlis perkahwinan yang sesuai dengan beliau dan bakal suami beliau. Beliau yang saya maksudkan ialah Nonie Suliaman yang diperbuat daripada empingan kertas.
Mak mentua beliau telah mengemail beliau gambar-gambar ini dan mencadangkan agar mereka membuat wedding dengan tema ini dengan nota "FYA - Buatlahhh..."
Inilah tema perkahwinan yang dimaksudkan.
Busana pengantin yang meletop. Nampak klivej ok. Tapi Nonie takdak klivej macam ni. :(
Para pengapit yang memakai gaun yang sama warna. Rambut pun sama!! Aku duk bayang kat Aishah kalau pakai cam ni. Rambut depa tak payah bagi kerinting dah!! Asmaa pulak pakai tudung. Haleesa pulak mesti nak pakai bunga kat kepala dia. Semua ada imej sendiri. Camna tu??
Tetapi layakkah Nonie membuat tema ini? Kerana saya tidak yakin dengan kapasiti kuak dada beliau yang menyerupai permukaan name taq yang lincin dan bersih.
Anda yang menilainya.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com