17.2.10

Puaka Sirih Junjung Kak Merr

U olls.  Hari ini akak nak cerita hantu.  Pada suatu hari,  kami semua kat office Soc Sc yang indah ini sedang membuat kerja dengan aman dan damai.  Sambil bergelak ketawa bak puteri-puteri di taman yang indah dan fana.  Semuanya sungguh ceria bagaikan takdak kerja bertimbun kat atas rak file KIV itu.

Tiba-tiba Ratu kami iaitu Kak Ratu telah berkata yang dia menyimpan hajat untuk berkahwin lagi setelah lama menjanda. 

"Beta rasa ingin bernikah lagi apabila jodoh beta telah meniba.  Lagipun,  puteri-puteri beta semuanya telah besar panjang.  Beta mahu seorang teman untuk beta di hari tua,"  kata sang Ratu.

Penyataan itu membuatkan Kak Merr menjadi marah.  Yalah,  akak baru ja verver nak menikah bagai setelah menjanda kaN? Lagipun,  akak lebih muda dari beliau Ratu.  Ni apakes plak Bunda Ratu nak potong line akak ni?


"Apa ni Bunda Ratu!!  Kalau bunda nikah dahulu,  siapa yang nak jadi Penjunjung Sirih Kak Merr di hari pernikahan Kak Merr nanti?"

Apabila akak menaikkan diri dari tempat duduk dengan suara yang lantang,  tiba tiba
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BLACK OUT SATU OFFICE

Kami semua duduk di dalam kegelapan buat seketika.  Kerja pun tidak dapat dibuat.  Kami terpaksa menunggu bantuan daripada pihak Pembangunan untuk memeriksa apakah yang telah terjadi kepada fius kat bangunan C23 ini.  Kami semua mendiamkan diri.  Sejak itu,  kami semua telah sedia maklum bahawa Sirih Kak Merr adalah sangat berpuaka.  Cerita ini bukan rekaan,  tetapi betul dan benar belaka.  Kalau tak caya,  mai call main office Soc Sc sambungan 3360 dan tanya dengan mana-mana kerani yang berada ketika kejadian. 

Akak pun sampai lani duk terpikir,  berat sangatlah jodoh aku agaknya kan?  Sebab rupanya hantaran pun adalah sangat berpuaka.

ps/  Jangan lupa untuk tempah make up,  henna,  SIRIH JUNJUNG atau hantaran atau apa-apa sahaja dengan we olls di The House of Red Gincu.  "Ada Red Gincu,  Ada Segalanya".

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com