Mana nak pi tau, ampa boleh dapat anak angkat muka emsem macam Nakata ka?
Atau cumels giler macam Model Shisheido iaitu Yuri Ebihara ka?
Kalau u olls teringin nak dapat anak angkat Jepun, inilah peluang u olls semua. So inilah iklannya. U olls baca sendiri ok!
Salam Hormat kepada semua staf USM.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi keluarga angkat kepada 8 orang pelajar Jepun dari Nihon Fukushi University yang akan datang ke USM pada 15 Februari hingga 1 Mac 2010.
Program ini terbuka kepada semua staf USM yang berminat dan program bersama keluarga angkat adalah selama 3 hari iaitu dari 19 hingga 21 Februari 2010. Tahun lepas program yang sama telah dijalankan dengan jayanya dan kali ini kumpulan pelajar yang lain akan hadir menyertai program ini.
Tujuan program ini adalah memberi pendedahan akan cara hidup dan budaya dan masyarakat Malaysia kepada pelajar-pelajar Jepun ini. Tiada aktiviti khas ketika bersama keluarga angkat dimana keluarga angkat bebas untuk membuat apa-apa aktiviti bersama anak angkat mereka.
Sekiranya ada staf yang berminat terdapat 6 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan untuk program kali ini. Sila daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang dilampurkan di bawah dan pihak kami akan memaklumkan keputusan kepada sesiapa yang berjaya menjadi keluarga angkat.
Anda semua jugak boleh bertanya pendapat keluarga angkat yang telah mengambil anak angkat sebelum ini iaitu :
Untuk sebarang pertanyaa, sila emelkan kepada saya di alamat farah_man@notes.usm.my. Pihak kami amat mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai peringkat staf tidak mengira bangsa dan agama.
- En. Anas Ismail, PP Sains Komputer
- En. Amin Karim, Jabatan Pembangunan
- Pn. Siti Hajar Mohd Sani, Jabatan Pendaftar
- Dr. Afidah Abdul Rahim, PP Sains Kimia
- Cik Nor Ezliza Hasim, Jabatan Pendaftar
- Cik Syahnaz Riza Shukor, HEAA
- (MY FAVORITE FRIEND) Pn. Anna Ruby Balansundram, HEPP
Sekian, terima kasih.
"Memastikan Kelestarian Hari Esok"
Farah binti Man
Bahagian Hal Ehwal Akademikd an Antarabangsa
Untuk download borang permohonan program ini, sila click sini : Borang Program Anak Angkat Jepun
ps/ Sin Chan, mok tak kawen lagi. Mok pun menumpang duk rumah atok, sikit hari nak kena halau dah. Nanti mok ada rumah sendiri, mok amik ang jadi anak angkat ok!!!
hahahhh...
ReplyDeleteye lahh staff usm jekkk...
tapi aku macam musyikil laa... kata 8 orang...tapi dalam ada state 6 lelaki 1 pompuan...
lagi sorang tu pe plak jantinanye?
huhuhhh...
anak angkat mcm shinichi kudo(detektif conan) ada tak cik jumie? he he he... sorang ja pompuan, ermmmm... ;P
ReplyDeletekak jumie...
ReplyDeletesaya staff gak..
RA (research assistant).....
i pon leh jd dady y baik...hehehehe..