23.2.10

Pop Kuiz Kak Merr bersama anak-anak menakan

Assalamualaikum,  hai u olls semua.  Apa yang u olls buat pada cuti perayaan tahun baru Cina yang lalu.  I olls macam biasalah mekap di sana-sini sempena dengan musim mengawan yang sungguh meriah ini.  Tetapi i olls sempat jugak melepak di rumah bersama-sama anak-anak menakan yang datang mentidur di rumah i olls ini sempena cuti sekolah. 

So pada petang itu,  sebagai menghiburkan hati kami semua sambil melakukan aktiviti yang berfaedah,  Kak Merr telah menganjurkan sebuah permainan Pop Kuiz dengan tema pengetahuan am bersama anak-anak menakan i olls ini yang terdiri daripada Ucop,  10 tahun,  Hanna Mashita 8 tahun dan jugak Danish a.k.a Ismail iaitu 7 tahun.

Cara permainan ini ialah senang ja.  Mok akan mentanya soalan dan siapa yang amik span warna kuning di tengah-tengah tempat yang disediakan berhak menjawab soalan itu.  Siapa yang menjawab dengan tepat akan mendapat satu 'cokelat'.


Oleh itu,  berikut adalah beberapa soalan dan jawapan SEMPOI yang telah dijawab oleh anak-anak menakan i olls yang sungguh meletop. 
Negara apakah yang paling besar di dunia?
Ucop : Sarawak (negara kah?)
Danish. :  Kedah
Hanna :  Singapura
Jawapan Kak Merr  :  Russia  (Read here  :  What Are the World's Biggest Countries?)


Bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang sekarang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke berapa?
Danish  :  YANG KEDUA!  (Mejik...dia teka sekali ja betui)


Sungai terpanjang di dunia?
Ucop : Sungai di negara Arab iaitu negara Syam.
Danish. : Sungai gelugor
Hanna. :  Sungai buloh
Jawapan Kak Merr  :  Sungai Nil.  (  Read here  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Nile)


Asal usul pokok buah mangga?
Danish. : Pulau Pinang
Ucop  :  Perancis
Hanna  :  NO IDEA
Jawapan Kak Merr  :  India  (Read here  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Mango)



Perayaan Gawai untuk kaum apa?
Danish  : Melayu
Hanna  :  Cina
Ucop  :  Kazadan!  (Dia salah sebut).
Jawapan Kak Merr  :  Iban  (Read here  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak)




Batang pokok nyiur boleh guna untuk buat apa?
Hanna  :  No idea
Ucop  :  Bahan buat nasik lemak
Danish  :  Untuk panjat amek buah dia!  HAHAHAHA
Jawapan Kak Merr  :  Buat titi

Ikan apa yang boleh melahirkan anak?
Hanna  :  Ikan Jos!!
Usop  :  No Idea
Danish  :  Ikan buntai.
Kak Merr :  Hanna pandai.  Tapi,  ada juga spicies sharks yang bertelur.  Ikan paus beranak juga.
 


Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang sekarang?
Hanna :  Najib Tun Razak
Danish  :  No idea
Ucop  :  No idea

Pokok pisang berbuah berapa kali?
Hanna  :  50 kali
Ucop  :  2 kali
Danish  :  70 kali
Jawapan Kak Merr  :  Sekali

Sekian saja Pop Kuiz untuk kali ini.  Semoga ibu-ibu kepada anak-anak menakan saya ini menggalakkan pembacaan buku-buku bercorak ilmiah cakna kepada anak-anak dan kurangkan menengok Astro Ria.

4 comments:

  1. ahahaha..aku rasa ang kena buat kuiz ni utk menantu ang gak laaaa.... :P

    ReplyDelete
  2. aku rasa aku tau punca ucop cakap pisang berbuah 2x tu...

    mesti pasal tengok adnan sempit tu...

    hahahaha...anak buah aku pun mengalami sindrom yang sama lepas tengok citer adnan sempit...

    ReplyDelete
  3. Inilah anak-anak menakan aku. Mereka sungguh inesen.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com