1.2.10

Hati Ku Gelisah Setelah Laki Mu Ku Rampas

Hati Ku Gelisah Setelah Laki Mu Ku Rampas
U olls.   Hari ini melalui Jumie Samsudin Talk Show i olls ingin mengupas satu isu yang pastinya menarik perhatian u olls semua untuk bersama-sama merenung dan memikirkannya.  Saya harap semua pembaca menarik nafas yang panjang dan mulakan dengan ucap selawat agar ditenangkan dada dan minda u olls semua. 

Isu yang ingin i olls kupaskan ialah "Trend Perempuan Sekarang - Hati Ku Gelisah Kerana Ku Rampas Laki Mu"

Menarik kan statement ini.  I olls tak mau menyentuh pengalaman peribadi i olls.  I olls dah berazam mulai tahun 2010 ini i olls nak tutup buku dan tak mau ulangi kenangan luka itu.  Kini aku telah ada hidup ku sendiri.  Biarlah apa yang telah berlaku antara aku dia dan beliau menjadi satu fasa dalam hidup ku yang telah berlalu.  Thanks Kak Tina for doing this.  He was not man enough for me.  :)

Sedar atau tidak,  pastinya  u olls semua mempunyai cita yang ingin dikongsikan bersama. Acapkali aku terdengar dari rakan taulan kisah-kisah mereka diganggu oleh GF baru X BF mereka setelah tempoh perceraian berakhir.  Sedih u olls.  Kalau gangguan minor tak apa u olls.  Tapi kalau gangguan sampai melibatkan pihak penguatkuasa dan peguam maka sapa nak jawab?

Cinta Dengannya,  Bertunang Denganku
Di sini i olls nak kongsilah cerita tentang kawan-kawan i olls.  Bermula dengan seorang kawan yang telah berkapel dengan BFnya selama hampir 7 tahun.  Tetapi akibat daripada sebab-sebab yang tertentu,  or senang cerita,  tidak ada jodoh.  Mereka putus hubungan dan kini lelaki itu telah bertunang dengan perempuan lain.  Betapa deritanya sahabat ku ini,  hanya Allah yang tahu.  Tetapi yang menjadi masalanya,  si perempuan yang itu tidak henti-henti menghubungi dan menghantui sahabat ku ini melalui SMS dan bertanyakan "Siapa u olls untuk tunang i?"  Rupa-rupanya,  si perempuan itu tidak tahu yang tunang nya itu sebelum ini pernah mempunyai seorang steady GF 7 tahun.  Makin bertambahlah derita sahabat ku ini,  bagai memerah ayak limau ke luka yang masih berdarah.


Cinta Dengannya,  Bernikah Denganku

Kes kedua,  seorang sahabat ku juga yang ku kenali dalam sebuah majlis perkahwinan.  Aku sungguh bangga dengan kekuatan dan ketabahan kawan ku ini setelah mengetahui kisahnya itu.  "Noks,  boleh lagi kau gagah datang kenduri kawan kita ni kat Penang.  Kalau aku la...dah tak boleh bangun noks.  Duduk atas katil makan hati dengan ais krim McD ja,'  kata ku pada kawan ku ini.  Kisahnya,  dia yang telah menjalinkan hubungan percintaan dengan kekasihnya hampir 6 tahun akhirnya mengetahui yang kekasihnya itu akan berkahwin dalam tempoh 5 hari dari tarikh pengakuan itu.  Alasan,  perkahwinan itu adalah atas desakan keluarga.  Aiiiyooo....statement berani mati kan? 

Dengan hati yang berat,  kawan ku ini membawa diri dan membuat keputusan untuk teruskan hidupnya seperti biasa.  Tetapi yang menjadi isunya kini,  wanita yang telah menjadi isteri XBF nya itu telah menghantui kehidupan kawan ku ini dengan ugutan bunuh diri dan pelbagai lagi. Wanita itu seolah-olah telah mati akai sebab dia tidak sangka dia telah ditipu sebegitu.  Luckily,  sahabat ku ini yang merupakan seorang manusia bangsawan telah memberikan nasihat agar wanita ini tidak membuat sesuatu yang membinasakan diri sendiri.

Jandanya Semakin Cantik Dari Ku
Kes ketiga  yang paling tidak BOLEH BLAH iailah berlaku dalam keluarga terdekat ku sendiri.  Sepupu ku ini telah diceraikan.  Dan dudanya telah pun berkawen dengan seorang wanita muda.  Wah...happy la katanya mendapat isteri muda begitu.  Dan wanita muda itu juga berasa sungguh happy kerana mendapat duda yang kunonnya berpangkat dan boleh menjanjikan kebahagiaan dan kemewahan duniawi.  Ku sangka renyai manja sampai ke petang,  tetapi hujan batu siap banjir di tengah hari. 

Wanita itu menjadi gelabah kerana dia melihat janda suaminya makin meletop dan makin cantik.  Apabila suaminya mengepi kerja,  dia akan sms kepada sepupu ku "Oi betina,  laki aku ada kat tempat XXX.  Hang jangan gedik nak ke situ,"  BODOH KAN??  Daripada aku tak tau apa-apa,  hang sms tu terus aku tau laki hang kat mana.

Pastu acapkali mengSMS sepupu ku ini dengan ugutan dan fitnah yang bertubi-tubi.  Maka sepupu ku ini mengambil kata-kata nasihat dari ku dengan TIDAK MEMBALAS APA APA PUN.  "Noks,  kita bangsawan.  Dia anjing.  Kalau hang layan anjing,  hang pun jadi anjing,"  kata aku kepada sepupu ku itu.

Tetapi, mana la boleh tahan kalau duk dapat SMS p***mak ja tak berhentikan?  Tambahan pula dengan kami ni yang sungguhlah FIGHTER,  mana tahan babe.  Tapi sepupu aku mengambil langkah selamat dan membalas SMS beliau,  satu saja iaitu "ADA AKU KESAH?"

Sejurus kemudian,  sekonyong-konyong cousin ku menerima satu panggilan daripada pihak berkuasa dan meminta sepupu ku datang membuat statement atas aduan menggangu gugat seorang wanita melalui SMS.  KURANG AJAR KAN?


Salah Siapa Sebenarnya U Olls?
U olls rasa salah siapa?  Dalam kes-kes yang telah i olls kongsikan ini,  ada pelbagai faktor yang menjadi penyebab mengapa jodoh tak panjang.  Namun ingin saya tegaskan topik utama kita hari ini agar kita semua tidak tersasar jauh.  Kita membincangkan tentang hati-hati yang gundah kerana lelaki yang menjadi kepunyaan mereka kini bukan lah hadir dalam keadaan yang sempurna.  :) Sama ada mereka tahu atau tidak yang mereka ini datangnya sebagai orang ketiga,  bukan itu soalnya.  Salah siapa?  Persoalan ini sungguh mudah.  Lelaki itu bukannya yang harus dipersalahkan.  Tetapi....kita perempuan sendiri yang mendera dan menganiayai kaum kita sendiri.

Dalam contoh yang pertama,  hang baru tau yang BF hang dulu ada GF yang dah kapel 7 tahun.  Awat hang nak kena tanya the truth daripada kawan ku ini?  Porke?  Why?  Yang jadi angkara ni semua ialah si JANTAN tu.  Pi la tanya dia.  Awat dia buat macam ni?

Kes kedua,  hang dah tau laki hang dulu ada satu GF tapi dia tak kawen dengan perempuan tu.  Dan kawen dengan hang.  Awat hang duk mai carik kawan aku,  duk buat ayat-ayat pasrah nak bunuh diri la apa la.  Rasa macam useless dan cheated sebab lelaki tu tipu dia.  AIYOOO.....Noks!  Awat hang pulak over-over nak bunuh diri hang.  Buat apa nak bunuh diri hang?  Yang kita kena bunuh dengan merejam dengan batu sampai mati ialah JANTAN tu!!!  Celaka dia tu.  Kapel dengan orang lain,  tapi kawen dengan orang lain.  Sampai lagi 5 hari nak kawen baru nak bagitau.

Kes ketiga pulak,  itu lah paling celaka sekali.  Memang sah sah sangat nampak itu adalah perempuan yang tiada kepercayaan diri sendiri dan rasa tidak selesa bila melihat janda duda nya semakin hot. Aku tak mau cakap banyak.  Nanti dosa aku makin bertambah.  Apa pun,  aku doakan wanita itu, diberikan ketenangan jiwa dan hatinya.
Akhir kata dari i olls.  Selamat maju jaya kepada u olls semua.  Renunglah apa yang aku khabarkan ini.  Jangan asyik salahkan lelaki kalau kita tidak bahagia.  PEREMPUAN SENDIRI YANG DUK BUAT DAJAI KAT PEREMPUAN LAIN.  Lelaki depa syiok la....semua depa dapat rasa.  Pastu semua orang berebut depa.

6 comments:

  1. jumie!! aku makin menyukai penulisan ko laaa... im ur hot fan!!! hehehe.. entry yg meletop!

    ReplyDelete
  2. Thanks u olls. Aku akan terus menulis untuk u olls semua.. :)

    ReplyDelete
  3. oh, yang pasal kazen hg tu sungguh takleh blah...

    cacat gila perangai...

    ReplyDelete
  4. erm...situasi cmneh xpenah berlaku lagi la kt june..alhamdulillah...but about kazen akak tuh...ish...mmg cacat giler la perangai pompuan tuh...mmg xyah layan org gitu la...kang sama taraf mental cm die lak...kita bangsawan kelasss ok...lalalalala

    ReplyDelete
  5. omg Jumi! this is so true...jantan tak guna! kuang kuang kuang.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com