29.1.10

Teka ni pokok apa?

Sekali lagi,  i olls nak suruh u olls teka pokok lagi.  U olls kalau singgah di Masjid Al Huda,  Sungai Ara Pulau Pinang,  kat hujung pagar masjid ini satu pokok yang pendek tapi rendang daunnya.  Lebat buah nya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....oooh...walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyah apa gunanya.

Ha....terus nasyed kan?  U olls saja tau nak suruh akak kena petir ni.

Baiklah,  i olls hari itu telah berkesempatan ke Masjid Al Huda Sungai Ara.  I olls parking betui-betui tepi pokok ini.  I olls pun amiklah gambar.  Memang nampak lain tau.  Papan tanda ada,  tapi dia tulis ARAB.  Wal fadang pasirul...tak ada du dil kayu wil.  Panaz huttarik kok!! Ku pandandungu kiri kanu ni.  Wal saki baki.  Tumpuk-tumpuk....taik unTA!

Haa....terus berlakon Pendekar Bujang Lapok kan?  U ollls jangan tak tau.  Akak hafal semua skrip cita tu. That's my favorite P Ramlee's film.

Baiklah,  mari kita mentengok apakah pokok yang i olls suruh u olls teka lagi tu!



Kalau u olls mengvisit Masjid Bayan Baru,  kat belakang.  Ada jugak pokok ini.



Mesti u olls tak tau kan apakah pokok ini? Cuba bagitau Kak Zura.

"wa tin niwaz zaitun"

Yaa....tepat sekali.  I olls tak buleh nak sambung. Itu ayat Al-Quran.  Nak baca kena ada tertib.  Bukan main suka hati ja letak dalam belog akak yang sampah ini.  Sorry u olls.  Untuk mereka yang tak faham Arab macam i olls,  maksud bait di atas ialah "buah tin dan buah zaitun".  Wah...verver aku kunon faham cakap Arab kan? Padahal aku kalau cakap Arab,  orang Arab tak paham pun.



Sedikit informasi ringkas tentang buah tin yang dipetik dari Wikipedi Bahasa Melayu :

Pokok Ara (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.

Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.

Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan terawal yang ditanam manusia.[1]


To read more on this,  please click here  :  Wikipedia Bahasa Melayu\ Pokok Ara

ps/  Sepohon kayu daunnya rimbum.  Lebat bunganya serta buahnya.  Walaupun hidup seribu tahun,  kalau tak sembahya apa gunanya.  Walaupun hidup seribu tahun,  kalau tak sembahya apa gunanya........

5 comments:

  1. yup. pokok ara... area sungai ara tu masih lagi wujud pokok ara. cuba pi sungai nibong...jumpak lagi kaa pokok nibong? ada dalam majalah skolah aku masa skolah rendah je weyyy...pokok nibong da pupus kat sungai nibong nun...

    ReplyDelete
  2. beb..sedap buah tin ni... aku suka!! sbb dah xda yg fresh, aku bli yg dried.. mmg kna ada kt umh ni...

    ReplyDelete
  3. oh yaka nok. buah fiq nama pokok dia pokok ara ka? hahaha. boyfriend aku dok rindu nak makan buat tin ni la. dia takmau yg kering jual kat pasar tani tu. dia nak yg fresh. kalau berbuah hang kirim kat aku la ha. hahahahahaha.

    ReplyDelete
  4. aduhaiiii..mne nk cr buah zaitun ni yg fresh kt jb ekk,dh lm sy mncari.last sy mkn dulu2 ms sy sek.ren. kira2 23thn yg lpas,siap petik buahnye dr pkok.mgkn skrg pkok tu dh xde lg kot.sy sllu ckp ngn hubby tringin nk mkn buah zaitun ni tp smpai skrg x dpt2 lg..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com