Dulu kat office lama, i olls ada bilik sendiri. Memang meriah la u olls. Sebab bukan sahaja menjadi pusat aktiviti sosial budak-budak PPSK melepak dan mengganggu gugat i olls ini, malah menjadi pejabat bangsawan untuk segala umat PPSK untuk datang bertanya soalan-soalan pelik kepada i olls seperti "Kak Jumie, saya nak mintak surat pengesahan pelajar untuk buat praktikal, tapi saya tak mahu buat praktikal?" Inilah antara soalan yang pernah student degree PPSK USM pernah tanya kat i olls okay. Memang macam nak gila jadinya. Tak taula sama ada i olls pekak pagi itu, atau memang student tu nervous nak tanya soalan yang betul apabila ternampak kecantikan akak ini.
Ini papan kenyataan yang paling akak sayang. Tapi dah terpaksa ditanggalkan dan tak boleh nak tampal macam kat office lama. Ceritanya, dulu ada sorang kawan yang suka datang office i olls, dan tulis nota kecik dan tampal. Mesej merapu kepada Jumie Samsudin yang menulis kata-kata nista dan onar belaka. Sejak itu, menjadi trend setiap student yang datang melepak. Depa akan menulis pelbagai ucapan dan juga kata-kata semangat kepada Kak Jumie mereka ini. Dan yang menariknya, kepada pelajar yang jadi stud exchange ke luar negara juga, one of the tradition is depa akan mengepos poscard dari luar negara dan akak akan tampai kat situ.
Ini papan kenyataan yang paling akak sayang. Tapi dah terpaksa ditanggalkan dan tak boleh nak tampal macam kat office lama. Ceritanya, dulu ada sorang kawan yang suka datang office i olls, dan tulis nota kecik dan tampal. Mesej merapu kepada Jumie Samsudin yang menulis kata-kata nista dan onar belaka. Sejak itu, menjadi trend setiap student yang datang melepak. Depa akan menulis pelbagai ucapan dan juga kata-kata semangat kepada Kak Jumie mereka ini. Dan yang menariknya, kepada pelajar yang jadi stud exchange ke luar negara juga, one of the tradition is depa akan mengepos poscard dari luar negara dan akak akan tampai kat situ.
Apa pun, syukur. I olls sentiasa doakan u olls semua. Sorrylah if akak marah-marah u olls. Anggaplah marah-marah manja akak ini, macam dari seorang kakak kepada adiknya yang notty. U olls. Ini lah gambar yang i olls dah carik dalam hardisc i olls yang tingtong ini. Bukak semua fail kes mahkamah gambar-gambar i olls sejak kerja kat Soc Sc dari tahun 2005 sampai lani. U olls....muka dulu sungguh suci. Lani makin lama...makin terserlah ke-MAK AYAM-man i olls ini. HAHAHAH
2005
2006
2007
2008
2009
2010
So now, kami semua telah berpindah ke bangunan baru. Pejabat baru ini mengamalkan konsep pejabat terbuka u olls. So takder bilik-bilik. Kami semua pakai cubicle sahaja. Memang seronot u olls. Meriah lagi rasanya. Sebab akak dikelilingi para bangsawan pejabat yang sungguh menceriakan suasana. We olls hanya bergelak sahaja setiap hari. Kalau dulu, nak mintak apa-apa kena call atau YM. Sekarang, bisik pun dah boleh. Dekat sangat. Cepat buat kerja u olls. Efisyen dan sangat komvinient. I olls semangat nak mai kerja hari-hari.Deputy Dean Office [Academic and Student Affairs] School of Social Sciences
Ini dua jiran akak, Kak Nana Mukherji and Mama Almas.
Tapi, student semua. Sorry u olls. U olls tak buleh nak masuk jumpa i olls senang lenang lagi. Sebab Dekan tegaskan agar pelajar yang mempunyai urusan rasmi sahaja boleh masuk sampai ke bahagian tempat bekerja. So u olls kalau nak jumpa dengan akak, u olls kenalah jumpa dengan En. Yusoff kat kaunter 1 dulu ok. Jangan lupa bagi salam, dan cakap nak jumpa dengan Kak Jumie. Jangan kata Kak Janz, Kak Janz dia ada malam saja. :)
Ini antara student-student Soc Sc yang dah grad yang menceriakan hidup i olls dulu. I love u olls.
Ini Nok Zoeysabella a.k.a Nurul Jannatunnaim Mohd Akhir. Major Antropologi dan Sosiologi. Dulu, aku tak suka dia ni. Kalau masuk office aku. KECOH!!! Pastu cara dia tanya soalan macam babi sangat. Macam dia tau sangat semua benda. Tapi bila dah kenal...TING TONG rupanya.
Ini pulak Zafwan Rahimi. Now final year kat Social Science dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. Dulu dia ada cinta dengan satu awek tu. Tapi jodoh tak panjang, now dia masih singgel. Ada sapa-sapa nak kenalan? Silalah add beliau. Kerana beliau sangat kendu. Kriteria utama untuk jadi pasangan beliau, dia kata dia nak pasangan yang terror
Ini pulak YDP pertama bagi Sekretariat Pembangunan Pelajar Soc Sc. Nama dia Danesh. Major ekonomi. Now dia undergoing master programme kat UM. Dia vegetarian. Aku tak buleh lupa, masa dia first year dia tulis surat kat Dekan mintak sokongan untuk benarkan dia bawak motor dalam campus sebab senang dia nak carik vegetarian food. PIRAH. Penipu. Padahal, dia memang pemalas nak berjalan kaki dari asrama mai dewan kuliah.
Ini pulak gang-gang AIM dan dayang-dayang depa. Why AIM? Sebab pengasas depa tiga orang iaitu Ada, Ieza dan Madi. Ketiga-tiga mereka merupakan orang kuat KELAB PENYAYANG suatu ketika dahulu. Kalau tampa mereka, punahlah program GEGAR U yang vagedevas kat USM tak lama dulu. Apa pun, depa tiga orang ini adalah orang penting yang akan i olls jemput ke majlis kenduri akak. Muaks.
Ini pulak Fadzli. Dia ada kawan baik lagi nama Airene. Depa dorang duk ada lagi kat Soc Sc sambung master. Fadzli nampak ja macam pendiam dan sombong. Tapi deni sangatlah seorang observer yang baik. Aku suka cara dia bagi pandangan.
Ini pulak Lina Lee dan Adi. Kebetulan depa duk ada bersama-sama kat office aku masa ni. Lina Lee dah grad. Katanya lani dalam process nak buat master in psikologi. Dia ni seorang pelajar yang ginies. Tiap-tiap semester adalah foflet. Dia jugak penyumbang karipap Saujana kegemaran akak setiap kali dia datang pagi-pagi kat office. Hadi pulak adalah kawan baik Zafwan. Dia lani third year kat Soc Sc. Apa yang menarik tentang Hadi? Erm..tak menarik pun. Cuma dia suka buat hemsem. HAHAHAHAHA.
Baiklah, itulah sahaja yang sempat i olls kongsikan bersama. Walau di mana kita menduduk, kerja kena lah dipikul dengan rasa penuh ghairah dan tanggungjawab. Kepada u olls pelajar soc sc yang akak tak sebut nama. Sorry ye. Nanti akak citer dalam kisah - kisah lain.
Oleh itu, dengan segala hormatnya i olls menjemput u olls semua untuk melayari laman blog rasmi Undergraduate Stud Soc Sc USM yang i olls bangunkan dan updatekan khas untuk u olls semua. Jangan gedik kata tak tau pulak okay. Yahoo Group pun i olls jaga untuk u olls semua, dari tahun 1 hingga tahun 3.
Click here to view : Undergraduate Stud Soc Sc USM
Sekian sahaja. Selamat maju jaya u olls.
wahhh..
ReplyDeletesemaken ceria kak jumie..
dgn opis baruuunya..!!
(:
rindu nak stick kt board dlm opis hang!!!
ReplyDelete