So hari ini, i olls nak pesan kat diri sendiri saja la. Iaitu kalau hendak berbuat baik, kalau boleh janganlah menunjuk. Sembunyi-sembunyi diam diam lagi berkat. Kalau kita nak sembahyang pun, kita niat dalam ati, aku nak buat-buat amik ayak semayang bagi nampak basah kat sinting baju aku ni, baru orang tau aku pi semayang," maka abihla semua pahala ang nak semayang tu u olls.
Macam zaman sekarang ni, biasalah kalau nak sedekah pun nak kena panggil semua pihak media buat cek besak-besak bagitau berapa jumlah. Kunon buat pertandingan Sehati Berdansa nak kumpul dana untuk orang sakit buah pinggang la, kucing takdak rumah la apa la...tapi in the end. Ampa tengok jumlah kutipan dengan jumlah hadiah yang artist tu dapat mana banyak lagi? Over kan? Sebab tu aku menyampah tengok ASTRO Ria. Ampa suka kan tengok? Siap suruh anak-anak ampa hafal lagu dia kan?
"Sebagai juara, pasangan serasi bersama ini menerima hadiah berupa Kereta Mini One (1.4), pakej bulan madu ke Paris serta trofi dan kemenangan itu juga membolehkan mereka menyumbangkan wang tunai berjumlah RM15 ribu kepada rumah amal Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia seperti yang diumumkan awal ketika rancangan ini mula disiarkan. Mereka juga turut membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa pihak Dumex, di mana mereka menjadi jurucakap untuk produk syarikat terbabit , Dugro turut melahirkan hasrat untuk menyumbang RM10 ribu sebagai tambahan kepada rumah persatuan terbabit."
Cubalah kita beramal dengan ikhlas. Tak payah nak tunjuk kat orang. Yang penting Allah nampak. Sebab hanya Allah yang maha mengetahui. Kita manusia ni hanya tau mengomen saja.
Sekian, yang baik itu dari Dia. Yang tak baik itu dari Cakcing.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com