Banyak cerita lawak yang telah dilakonkan oleh beliau antara Blades of Glory, Anchorman: The Legend of Ron Burgundy), Bewitched dan macam-macam lagi. Tapi baru-baru ini, aku telah tertengok satu cerita nya iaitu Stepbrothers masa aku layan boring sorang-sorang kat dalam bilik di hotel kat Phuket. Aku punya gelak sorang-sorang sampai berguling jatuh katil.
Plot
Cerita ini mengisahkan dua beradik tiri yang dah tua nak mampoih iaitu Brennan dan Dale yang sangat loser. Depa ni dah tua tapi style duduk dengan mak bapak depa lagi. So bila mak bapak depa berkahwin, depa kena duduk sekali la. So, macam-macam benda yang jadi sebab depa berdua mempunyai karakter yang sama iaitu tua (40 tahun), tak kerja, penganggur, dan tak sedar diri yang depa ni dah tua! HAHAHAHAH. So apabila depa bersama, banyak benda yang depa dapat share bersama sampai lah depa akhirnya berubah menjadi orang yang berguna.
Antara benda lawak yang membuatkan aku gelak nak kencing :
- Depa dua dua ni ada penyakit sleep-walking malam-malam. HAHAHAH. Memang kalau jadi, huru hara satu rumah. Depa nanti jalan satu rumah. Makan serbok kopi la. Angkat barang la. Mcam zombie duk berjalan malam-malam. Yang lawaknya, ampa tak buleh gerak depa. Satu hari tu, bapak depa pi gerak depa masa tengah sleep-walk pastu depa style terkejut depa pukul bapak depa sampai jatuh tangga! HAHAHAHHAHA
- Satu hari, bapak dan mak depa decide yang depa ni patut tinggal secara berdikari dan rumah yang depa duduk tu patutlah dijual. Oleh itu, adik Brennan berusaha tolong bapak depa carik pembeli untuk rumah itu. Dan depa dua beradik tiri ni buat macam-macam untuk sabotaj adik depa ini. Antaranya, depa menyamar dari jiran yang sangat racist (satu Neo Nazi dan sekok lagi KKK). HAHAHAHA. Memang mangkak betui. Pastu, ada satu hari, depa sanggup mekap muka depa jadi hijau, pastu balut dengan plastik pastu bila orang tu masuk...depa buat macam depa tu mayat dah mati 3 hari yang lepas. HAHAHA. Memang rancangan depa semua berjaya.
- Biasalah adik beradik mana tak pernah gadoh kan? Depa gadoh lawak gila. Sebab depa kan dah besak? So Dale pukui Brennan sampai pengsan. Pastu dia balut dengan plastik. Pastu dia korek lubang nak tanam Brennan. Pastu dia duk tengah kusyuk korek lubang style dalam gila....pastu Brennan bangun and baling cangkoi kat Dale. Dale pengsan dalam lubang tu. Pastu Brennan pulak tanam Dale. Sampai terkamboih. HAHAHAH. Pastu Dale kuak dari dalam tanah, macam ZOMBIE kampung pisang. HAHAHAHA....Pastu depa gadoh sampai pengsan. Pastu esok pagi depa bangun. Anjing orang jiran sebelah tidok dengan depa.
- Brennan mempunyai bakat nyanyian yang cukup besar. Tapi dia malu nak nyanyi depan orang ramai sebab dulu dia pernah di malukan di sekolah. So, satu hari dia beranikan diri dia juga menyanyi depan Dale. Ampa tau tak Dale kata apa. Aku ingat sampai lani aku duk gelak, ditranslate dalam Bahasa Penang "Weh..suara hang gila sweet macam malaikat (enjels). Aku rasa macam Fergie campok dengan Jesus," HAHAHAHAHHA
- Satu hari, Dale balik rumah. Pastu Brennan duk sandak baek punya depan TV. Pastu dia pelik dia tengok Brennan dia tanya "Awat hang berpeluh tengok cerita ikan paus?" HAHAHAH.....Sapa otak kotok macam gang Kmak depa akan faham awat Brennan berpeluh. HAHAHAH
- Dale suka pakai sarung muka Chewbacca. Cute gila. Aku tak tau pasaipa. Tapi bayangkan dia duk rumah saja -saja pakai benda ni.
- Satu malam, depa dua orang teringin nak ada katil dua tingkat. So depa punya weekend project ialah mencamtomkan katil depa jadi katil dua tingkat. Depa style paku sendiri. Aku nak tergelak gila bila dah siap camtom katil depa, Dale duk menari kat tepi katil dia kata, "Wehs...bestnya. Jadi luaih bilik kita. Boleh buat macam-macam aktiviti," HAHAHA. Pastu dia pun terus lari and terjun naik tingkat atas.
Pastu katil yang depa buat tak kuat, bila Dale naik atas katil. Katil tu jatuh! Dan menimpa Brennan yang ada kat bawah katil. Pastu Dale lari pi bilik mak pak depa...dia nangih dia kata "There's blood everywhere," HAHAHAHAH. Padahal, depa luka sikit ja.
Sekian, terima kasih.
ps/ Kak Janz will never make a review on latest movie yang tengah hot kat pasaran sekarang. Tapi i olls lebih suka rekemen movie yang dah lama -lama yang orang lupa or terlepas nak tengok. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com