22.12.09

Perangai yang Sangat Anjing Kan?

U olls.  Hari ini,  i olls ingin mengongsi satu kisah tentang seseorang yang aku kenali sejak zaman kegemilangan MySpace aku. Kira-kira lebih kurang 4 tahun yang lalu.  Dulu aku sangat active main MySpace.  Ramai antara rakan-rakan MySpace ku itu masih menjadi teman rapat aku hingga kini.  Malah ada yang menjadi rakan yang rapat diluar dunia maya. 
SEKADAR GAMBAR HIASAN

Dalam ramai-ramai ni,  adalah sorang lelaki Melayu ni. Marilah aku perkenalkan diri dia sebagai Mr.  Pysa (Perangai yang sangat anjing).  Dia ni jantan la.  Elok noks.  Memang gambar dalam Myspace dia amat meletops.  Dia badan cantik jugak.  Dressing semua meletops.  Rupanya sangat jantan.  Ala-ala metroseksual u olls.  Aku suka.  Memang aku add dia dulu.  Tapi tak pernah pun dia macam nak komen ke,  mesej ke apa dengan aku.  Just aku bangga dia telah approve aku la.

Then pernah sekali tu,  kawan Myspace aku bagi number YM budak ni.  Kawan aku cakap,  dia ni budak Penang rupanya.  Dia kata,  try la YM dengan Mr.  Pysa.  Kot-kot la dia macam nak layan,  boleh la lepak sekali.  Tapi setelah mengeadd beliau.  Dia sangatlah sombong.  Sebab tak pernah pun macam nak balas YM hamba ini.  Mungkin sebab i olls ini tidak sama taraf dengan kehemseman beliau.

Tiba-tiba setelah 4 tahun.  I olls terlihat nama Mr.  Pysa pada Facebook kawan i olls.  I olls pun tanya la.  Macam mana u olls kenai dengan Mr.  Pysa.  My fren cakap,  "Dia ni kawan kepada my tunang. Hang kenal ke Jumie,"

Aku  cakap lah kenal.  Tapi dia tak kenal aku.


"Dia dah kawen.  Dia kerja sekali dengan my tunang.  Dia ni memang bergaya.  Aku pernah memergi kerumah dia.  Sangat cantik u olls.  Pandai dia mengemas rumah dan menghias rumahnya,"  kata kawan aku yang mengata bahawa Mr.  Pysa masih lagi duduk di Penang.

SEKADAR GAMBAR HIASAN


"Kelas....bini dia cantek tak noks?  Hots tak?"  tanya aku lagi.

"Taklah.  Bini dia baik-baik u olls.  Biasa jer.  Dressing ala-ala cikgu bahasa Melayu jah,"  kata kawan ku ini yang kunonnya mempunyai taste fashion setaraf Christina Applegate.

Aku pun membuka Facebook Mr.  Pysa melalui account kawan ku.  Ternyata setelah 4 tahun berlalu,  Mr.  Pysa tetap hot macma dulu.  And semua photo albumnya dalam Facebook masih lagi meletop ala models macam zaman Myspace dulu.  Tiba-tiba mulut puaka aku berkata,  "Noks.  Dia ni betui ke dah kawen.  Aku tengok dia ni macam PLU jah,"  kata ku sambil tiba-tiba berkata OOPSSS!!

Pastu masa pun berlalu,  hari pun bersilih ganti.  Aku pun dah melupakan kisah Mr.  Pysa ini.  Ampa ingat tak pada awal bulan ini,  aku gigih menyampaikan perkhabaran kepada kalian semua tentang nasib anak saudara ku,  Allahyarham Muzzamil yang didiagnosiskan terkena denggi berdarah.  Boleh dikatakan aku kerap menghantar perkhabaran kepada kalian semua di Facebook status dan YM message tentang perkembangan terbaru Allahyarham dan mohon sokongan u olls semua untuk mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham.

Tiba-tiba di kala aku tengah hiba dengan perutusan-perutusan sedih ini,  tiba-tiba muncul satu window YM dari MR.  PYSA!!  Aik...rupa-rupanya selama ini.  Aku tidak pernah delete Mr.  Pysa dalam YM.  Namun,  mungkin disebabkan Mr.  Pysa selama ini appear offline permanently to YM jumie_samsudin maka oleh itu,  aku tidak sedar yang dia berada dalam list aku.

"Dear Miss Jumie.  Can u please stop sending me msg at my YM.  Please dont be offended.  I dont know u anyway,"  kata Mr.  Pysa. 


KILAT SABUNG MENYABUNG

Aku tidak menjawab apa-apa.  Aku tidak maklumkan perkara ini kepada Kaum Kerabat Dayang Sundalina.  Keadaan aku yang ketika itu masih getir dan sedih mengenangkan Allahyarham,  aku lemah.  Aku tak mau cetuskan apa-apa peperangan.

"I am so sorry,"

So,  u olls semua.  Kalau u olls rasa u olls tak suka orang macam aku yang ada dalam YM list ampa.  yang suka duk hantar msg "U Ollsss...U olls...U olls,"  So baik u olls delete jer jumie_samsudin ni.  Pastu kalau lagi sekali i olls antar YM kat u olls,  u just click IGNORE THIS PERSON.  Maka dengan itu,  semua mesej yang i olls hantar,  secara automatic akan dinyahbuang oleh Yahoo Messenger.  Tak payah susah-susah buat best suruh i olls delete u olls.

Mungkin ramai yang mengabaikan etika sosial dalam internet.  Walaupun perhubungan kita semua hanya terbatas di muka screen computer,  namun bagi aku etika sosial masih perlu dikekalkan.  Bagi aku Mr.  Pysa masih lagi sopan sebab dia kata please.  Cuma for me,  cara dia agak berlagak la.  But its okay.  I hope Mr.  Pysa bahagia hingga ke akhir hayat.

ps/  Semoga Allahyarham Muzzamil tenang di sana. 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com