4.12.09

Parking 6 setengah!!

U olls.  Hari ini aku nak kongsi satu cerita lawak yang aku lalui sendiri bersama Abang Coco USM.  Masa tu kami pi melawat bonda kami iaitu Kak Edeh di kantin Sekolah St.  Xavier.  Lantas,  kami pun parking la kat parking lot tepi Fort Cornwallis tu.

Pastu masa nak kuar tu,  i olls pun berhenti la kat post membayar duit parking.

"Berapa u olls?," tanya aku kepada Aunty Penjaga Parking.

"Enam setengah,"  kata Aunty Penjaga Parking itu.

Aiyo..Mahainya.  Sampai RM6.50!!  Aku kerling firasyat kat Abang Coco sambil tangan aku mengorek-ngorek ke dalam beg duit Armani ku ini.  Aiyoo...AKAK DINTIS!  Ada RM4.00 sahaja.  Dengan muka cuak aku memandang ke arah Abang Coco.

"La...adik.  Abang pun ada RM1 saja," kata Abang Coco yang tidak bersalah itu.

Tiba-tiba aku dengar suara sumbang Aunty itu memangggil kami.

"Aiyyo amoi.  Bukan enam setengah la.  Enam puluh lima sen sajiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa," kata Aunty itu sambil melambai-lambaikan kertas kotak yang tercatat simbol 65sen.

HARUSKAHHHH!!!!!



U olls.......Aunty ni kelakar kan?  Mesti sebab dia dah tensyen kerja kat sini. Sampai sempat merembeskan idea mencipta papan kenyataan ini.

1 comment:

  1. hahaha...lawak3..hg bace ni..lg lawak. http://butterflyinframe-daramanisku.blogspot.com/2009/12/story-of-75.html

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com