13.12.09

Dari Lensa Kak Berry Disember 2009

U olls.  Terimalah segmen terbaru dari belog aku yang tak seberapa ini.  Sebagai menghormati Kak Berry ku yang banyak berjasa kepada aku sebagai seorang wanita singgel berkerjaya,  aku mewujudkan satu segmen baru yang akan dipaparkan setiap bulan berjudul Dari Lensa Kak Berry di mana aku akan memaparkan semua gambar-gambar menarik yang telah dirakamkan melalui lensa Kak Berry.  Semoga perkongsian ini bisa membuatkan u olls semua tersenyum seketika dan sama-sama merasai apakah dan bagaimana kehidupan harian ku bersama Kak Berry.  KELAS KAK MARIA!


Ini lah kek kawen  yang aku tempah untuk Zulia.  Kisahnya nak buat suprise untuk Zulia sebagai hadiah dari aku dan Haleesa.  Harga kek ini ialah RM550 okay!  Tapi malang tidak berbau.  Tukang pembuat kek ini telah dimasukkan ke hospital 3 hari sebelum majlis persandingan Zulia.  Maka aku dan Haleesa telah menukar plan dengan melantik abang Haleesa iaitu Jay untuk membuat cake untuk Zulia!  Not bad u olls.  Thanks to JAY!


Ini adalah kasut yang i olls beli kat Petaling Street bersama En.  Dugong sehari sebelum shooting bersama Karangkraf.  Mana lah i olls ada kasut sport yang fancy.  I olls pi gym pakai jenama POWER jer u olls.  Tapi not bad kan pilihan En. Dugong.  En.  Dugong.  I miss you.  Selamat menjalani latihan di Cherating.


Permandangan indah ini aku rakamkan bersama Kak Berry ketika dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.




Nasik kandar kampung Melayu.  U olls,  kalau betui-bteui nak rasa makan nasik kandar.  Inilah the real cara pilihan lauk yang terangkat.  Nasik,  ikan goreng,  daging,  telur rebus,  sayur,  kuah campur (kuah daging lebih).  Aku makan nasik kandar sekali dalam 3 bulan sebab aku mempunyai kadar metabolisme yang sangat rendah.


Ini adalah imej ketwok dari Lisa yang sungguh mengancam ketika sarat mengandung.  Takut u olls.  Lentikannya mengalahkan Kak Janz.


Ini pulak gambar yang aku amik khas untuk membuat passport.  Pagi itu,  aku pun bersiap santek ni u olls.  Berdandan rapi,  blow rambut nak sejam,  make up meletop katanya.  Sekali,  masa nak amik gambar,  makcik tukang amik gambar tu suruh aku masukkan rambut belakang telinga. Pastu fringe semua kena tolak pi tepi supaya nampak bentuk muka.  Aiyo........bila dah siap passport mak aku Kak Ede mengkata  "Hang nak pi Siam,  muka hang pun macam perempuan Siam,"!  Haruslah...



Akibat sistem pemparitan yang tidak sempurna,  maka terjadinya swimming pool ini.  Memang meletop u olls.  Sebenarnya,  ini adalah basket ball court and taman permainan kanak-kanak.  Tapi ni dah macam swimming pool kan?  Oleh itu, dengar citer Hassan Abu Bakar,  Penang Local Designer dan pembuat pelamin yang paling meletop tu nak buat Tanjung Pinang Water Sports Event 09' katanya!  Haruslah.....Tolong daftarkan nama Kak Janz untuk acara renang berirama ketegeri solo. 


Ini adalah gambar mee goreng special kat Kapitan Gurnet.  Memang sangat sedap.  Walaupun perut dah kenyang,  tapi aku gagah jugak mengorder makanan ini.  Aku ingat lagi, aku upload gambar tu dalam Facebook Wall aku dengan tajuk  "This is our dessert,".  Pastu aku tak ingat sapa la yang bendul gila dan mengkomen balik lalu berkata "Dessert?  Ini bukan mee goreng ka,"  Aku rasa deni punya tulang kelawakkan telah putus.


Satu hari aku naik kereta sorang kawan aku.  Pastu kat tepi aku ada alien ni.  Dia nak mengurat aku.  Sesungguhnya alien ini sangatlah gatai macam tuannya.  Innalillah.


Cantek tak jam ni?  Swatch OK!!  Ini adalah hadiah yang Kak Janz terima dari seorang peminat belog Jumie Samsudin.  Thanks u olls.  Akak gurau jer.  Tak sangka u olls nak beli betui-betui.  Haruslah lepas ni,  akak membuat  WISH LIST untuk birthday akak ke 25 yang bakal menjelang pada 29 Mac 2010!  Sajala kan tulih bagi besak kan??




U olls nampak tak ada anjing kat tengah-tengah tu.  Ha...ada satu minggu tu.  Setiap pagi bila i olls and Baby Chin drive nak pergi kereja.  Anjing ini akan duduk tengah-tengah jalan ini,  di sudut yang sama,  dan di darjah dan posisi koordinat yang sama.  I olls rasa dia cuba nak bunuh diri.  Tapi i olls tak sampai ati. 

Sekian sahaja.  Tunggu bulan Januari 2010 pulak.


ps/  sat ja dah satu tahun!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com