22.10.09

Meriahnya Semerbak Sesuci Cinta Lebaran : OPEN HOUSE HARI RAYA JUMIE SAMSUDIN

U olls. Alhamdulillah, akhirnya niat i olls nak buat open house terlaksana jua. Setelah menghebohkan dan mengwarwarkan dalam belog dan Facebook, katanya hampir 150 orang yang dijangka mendatangkan diri. Haruslah aku menjadi wanita paling berdebar di daerah Kampung Baru Air Itam itu!!

SIGN BOARD YANG MELETOP

Abang Budie telah meletakkan papan tanda ini yang sungguh meletop di tepi jalan!! KELAS KAK MARIA!!


PEMBANTU KHAS DARI CHANGLUN DAN KELANTAN

Seawal 10 pagi, macam yang dijanjikan. Datanglah pembantu ku dari Changlun dan jugak Kelantan. Siapa lagi kalau bukan Abang COCO USM and Azs GLENN. Artist Video Clip Raya Khas untuk jumiejumie.blogspot.com!! Kelas Kak Maria! Dengan kehadiran depa ni lah, dapur kami bertambah ceria.

Pose manja Abang COCO USM and Azs Glenn.


"Abang...janganla duk cuci saja. Dukla relaks sat....." kat aku kepada Abang Coco.

"Hang kalau nak buat kenduri, tapi tak bagi abang buat kerja.....JANGAN DUK BUAT KENDURI!!" tegas abang COCO dengan jari lentiknya!

Thanks Abang COCO. Thanks Azs Glenn. Abang COCO pun dah buat agreement dengan mak saya, Kak Ede. "Makcik Ede...kalau nanti Jumie kawen. Saya mai tolong kat rumah 5 hari 5 malam!!,"KELAS KAK MARIA!!

Haruslah Kak Janz buat senyum-senyum manja...Pasti lebih meriah kenduri kawen akak nanti kan? Katanya hanya nak terima lamaran Sultan Brunei!!

Ini gambar Cakcing sedang mengvacuum ruang tamu!!

KISAH MAKANAN MAKANAN DAN MAKANAN

Tibanya hari Sabtu, haruslah aku tak buleh tidur dan melelapkan mata. Aku ni kan imsomnia. Pukul 3am dah tak tidur. Yola....Then start 7am, aku dah mula kemas apa yang patut dan buat apa kerja yang patut. Nasib baik makanan telah diorder dari En. Farouk Nasik Minyak. Ada kisah tau tentang menu yang hendak di order itu!! Ceritanya begini.


Aku order nasik hujan panas, ayam masak ros, daging and dalca. Untuk 150 orang. Then satu petang yang sungguh suci En. Farouk telah mentelefon aku dan mengkata,

"Jumie, u nak nasik hujan panas ka? Kalau nak cadang u tukak ke nasik tomato boleh?" tanya En. Farouk yang tiba-tiba membuatkan aku rasa macam panas kat hujung-hujung cuping telinga.

"Pasai pa u nak suruh i tukak menu i ni En Farouk? Ada masalah apa-apa ka?"

"Macam ni, hari tu. Kami ada 3 tempahan. Satu nak briyani. Satu nak tomato. Satu nak ujan panas. So, i nak tanya la kat u. Kalau u ok. I nak sekalikan masak nasik tomato ja," kata En. Farouk.

Aku macam nak cekik dah dia time tu. Aku nak order. Ikut suka aku la kan. Hang kena la pikiak macam mana nak masak tiga masakan sekali!!

"Okay, yang nasik tomato tu......order berapa orang makan?" tanya aku. Soalan yang bijakkan?

"Depa yang nasik TOMATO tu 50 orang ja,"

WHATTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!! EN. FAROUK???
HANG DAH TEKAN SUSIS KAK JANZZ!!


"En. Farouk! Saya order 150. Depa order 50!! Lani u p call depa. Tanya depa...mau tak kalau buat nasik ujan panas!! Sebab saya order lagi banyak. Patut ikut saya la..Saya tak kira!! Nak jugak nasik ujan panas!!," kata Kak Janz dengan tegas!!

Maka seperti yang dijanjikan, pada hari Sabtu itu maka sampai lah nasik hujan panas yang aku idamkan selama ini! Dan haruslah!! Hujan pun turun di kala jam 2.00 petang! Waktu tengah panas u olls!!! AHAHAHAHAH...Cliche kan??

Antara makanan lain yang ada macam biasa la, pengat pisang, kueh sagu pandan, kek lapis, satay, air oren, dan buah limau. Ramai yang puji kata semua makanan adalah sedap and haruslah di makan banyak kali!! Tengs u olls semua....

PARA TETAMU VVIP YANG TELAH MENCEMAR DULI
Seawal 2.00 petang, tetamu tak henti mendatang. Alhamdulilllah, macam dah dirancang. Satu group balik, satu group datang. So, takdak la pending lama sangat menunggu nak makan.

These are the pictures of tetamu yang datang. Ada jugak yang tak sempat snap picture pun u olls!! Tapi thanks kerana sudi mai ok!! Antara yang tak sempat nak amik gambar adalah seperti Dr Sal and Abang Haris. Abang Syah Library and Kak Watie. Dhia Baim and GFnya Taylor Swift. Sofalaini and Ija Kenit. Salwani Jaapar yang sudah 6 minggu preggy dan suaminya En. Sham. Kema si darah MANIS dan VIVI. Sapa lagi noh? Aduhs...kalau ada nama yang tertinggal. U olls jangan amik ati ye. Akak tak ingat la.....
Ini Cucu Arwah Tok Awe. Afifah. Sapa nak masuk meminang sila SMS i olls dulu k?

Dua sahabat NGOK NGEK. Kalau ada Aiman, Fathiah Teh Ais, Arafat and Nue....MESTI LAGI MELETOPSS!!
Hah!! My TWO CHENCHIWIS!! Tak buleh pandang sembarangan ok!! Sorang dah berpunya, yang sorang tu yang tengok ke arah lensa camera ni!! Kalau u olls teringin ..sila hantar resume. I olls kena buat saringan berperingkat. Thanks u olls for coming!! Sorry takdapat nak lepak lama dengan ampa. Duk layan tetamus jers.
GENG MAK MAK AYAM SOC SC!! Thanks to MAMA Dilla and Baby ALMAS. Ummi Faezah and anak-anak dara beliau, Faqihah and Haziah. Mama Ju Are the hotness dan tidak ketinggalan juga, mak ayam yang menduduki carta tertinggi RANGKING mak ayam di PPSK USM, Kak Zie Mengkuang DAM!! Kelas Kak Maria!!

Mama Dilla and Baby Almas.
Kak Janz and Haziah! Comels cekak Haziah. Ala ala Paris Hiltons u olls.
Anak dara Hazly memberi pose manja kepada lensa jumiejumie.blogspot.com

Eehk ehks....u olls sapa ni? Muka macam Kak JANZ? Tapi ehk...bukan...Inilah Mama Ju Are.

Kak Janz memberi pose maut bersama mak ayam ranking paling tinggi di PPSK,
KAK ZIE MENGKUANG DAM!!

Thanks u olls for coming!! Sayang Lina Idros tak buleh attend. Kalau tak kita dah cukup korem.
Ini pula adalah rombongan Kak Laili Kuala Kangsar, serta anak Norizz Razak, menantu and cucu cucu!!
Pertemuan dua ibu, Kak Ede (mak Kak Janz) and Kak Laili (Mak Shanaz Balqis).
Thanks Kak Ija sudi mai and memeriahkan Open House kami. Tengs tau!!

Kak Ija and anak-anak daranya. Ehk ehk...siapa ni? Hero Hindustan maner ni? Berbaju belang? Pekerja PROPEL ke? Tapi tak..terlalu hemsem u olls!!
Marka lama i olls pun datang!! Muizz Daud...sayang hang!! Tengs tau atas segala nasihat hang kat aku! Aku ingat ok!! U olls nak tau tak apa nasihat Muizz kat aku? Nasihat beliau berbunyi begini.

"Jumie...Lani kalau ada orang nak kawan dengan hang. Hang jangan duk cinta-cinta lagi. Hang suruh dia masuk meminang terus kalau dia berani!! Kalau tak, aku sanggup amik hang jadi bini number dua aku!!,' WAH...KELAS KAK MARIA!!


GEGAR MANIA! Paling aku suka apabila berlakunya pertemuan dua Gagasan Mak Ayam and Nak Ayam USM APEX dan Fitness First. Aku suka sangat!! Walaupun baru pertama kali semua bertemu dan bersua muka, namun keakraban dan kemesraan terjalin dengan begitu indah sekali. Best sangat u olls semua!!
Abang COCO USM, FAEZ DE BOSS, and FARADEEBA

JANG, Azs Glenn and Abang Rudy.

Dari hujung, Nizal Ashriff a.k.a Parimala, Kak Janz and Jang

Abang Rudy mencapap di depan sekali..........KELAS KAK MARIA!!

Pose manja semua orang....


Abang Rudy, Azs Glenn and Kak Janz. Yang belakang tu sebuknya....nampak tak??
Pose malatops Kak Janz!!

Faez De Bozz "Kak Janz.....hang ni gatai la.......Kami nak buat BDAY BASH hang nak p KL!!."
Nizal a.k.a Parimala "Tulah...hang takdak tak best la Kak Janz"

Ini pula adalah aksi-aksi panas kami semua before berangkat pulang. Sedih tau time ni u olls! Entah bila la dapat kumpul ramai-ramai macam ni lagi. Semua meriah ni. RIUH satu kampung BUAH PALA kalau kami sampai!!






ANDY siti Nurhidayah and the geng!! Aku suka tengok depa ni mai.....macam artist ROCK dari Surabaya tau!! KELAS KAK MARIA!!


Sessi peluk cium yang menyayat hati. Gila dah lama aku tak jumpa Andy. Last jumpa masa Malam Sanggar Sanjung kut? Ehk...tak ...Malam Bintang USM!! AJ DON and Nawal Shahril...jangan jeles ye!! Nanti i olls peluk u olls semua
.


Sebelah malam pulak!! Makin ramai yang mendatang. Pas maghrib, akak pun mensalin pakaian la. Tukar baju ikan duyung warna lumut berkilau tu. Untuk sessi malam, mereka yang datang adalah seperti berikut.

Geng CP TAG!! Jerry and gfnya yang baik hati. Lim and Rai!! Then Neina BooBoo and BF Supermannya. RORO and PEJAI!! Fazli, Airene, Anderson and Chuen!! Sayanglah....DANESH TAK MAI!!!! Kalau Danesh ada...mesti lagi best. Boleh la membuli beliau!!

And then satu lagi couple yang cameraman aku tak sempat nak amik gambar depa ialah Abang Syah Library and Kak Watie serta anaknya PUTERI.

[Nota kaki : Apalah Mak Janz Faridah and Taq duk gossip. Celaka depa ni...bukan nak tunggu aku. Mentang-mentang aku duk sibuk. Depa baguih punya duk gossip]


RORO and PEJAI sedang berangkap pulangs!! Thanks u olls......kata kat Jinggo and Kak Muhaini...kami keciwa depa tak mai!!
Antara adik beradik and family friends yang sudi memeriahkan suasana!!

Obek Nani and Tok Jam. Tak buleh pi dekat dengan depa ni, depa suka buat emosi suruh cepat kawen.


Dua ipar duai ku. Yang baju putih tu, Ibu Qienah, wife abang Budie. Mak kepada Afik Daniel mata besak. And the tudung biru is her sister, Fauziah Farouk!!
Dua anak dara Iken and Pak Non Shasha and Nurul. Gatai depa dorang ni!!
Pasangan romantika D Amor. Kak Atie Kek Batik and Zahari Kerengga Tanah.
"Bye u olls,".........Pegawai perhubungan awam yang telah dilantik Kak Ede and Hasnah Tahir jadi tukang byebye kepada semua kereta tetamu yang beransur pulang.



Aksi-aksi KENDID Kak Janz melayan tetamu.


Pose manja sambil mendukung baby.
Apa la aku duk cita kat depa time ni!!

Pening apa tak tau kat tepi pokok keladi GAJAH. Gajah...Gajah...Gajah.....

Kak Janz dari jendela.

KARAOKE SESSION
U olls...kerana aku sangat sibuk melayan para tetamu yang mendatang. Aku hanya sempat nyanyi dua lagu jer. Menghitung Hari and Bukan Cinta Biasa. Pastu aku kembali melayan tetamu. Tapi takpalah...yang penting semua anak-anak menakan and adik beradik aku sangat happy kerana dapat menyanyi sakan sampai ke tengah malam!!

This is my father, Abang Manap. Dia la yang membuat OPENING SHOW!! Kelas Kak Maria!!
Over Cakcing ni...nyanyi tutup mata kunon. Hang ingat hang best ka?

Atok and Farhan berentap vocal.
HAH SKENDEL!! Jijah!! Hang duk buat apa dengan bapak aku!!

Hampa tengok sat T SHIRT anak buah aku?
Apa tengok tengok...Kalau suka cakap suka!!

KAK JANZ TAK SUKA KAT HANG!!
Nurul Zainon and Cakcing.

Abang Udie and Cakcing.

Asue Lenga and Kak Ita Shuffle

Pak Non the gatais
Setelah selesai melayan tetamu yang ada buat ketika itu. Aku mintak kebenaran kat depa semua untuk bernyanyi sebentar u olls! Tak tahan u olls...akak rasa MAIKROFON itu memanggil-memanggil aku untuk pergi menyanyi padanya!!

Akhirnya, aku berjaya sampai ke PENTAS persembahan ku!!

HARUSLAH AKU YANG MEREMBAT TAKHTA PERSEMBAHAN TERBAIK. KELAS KAK MARIA!!!

Pose manja.....

PENUTUP MAJLIS

Majlis berakhir pada jam lebih kurang 12.30 malam, tetamu terakhir pada hari itu ialah Miss Noraslinawati daripada Bayan Lepas yang telah sesat teruk dalam perjalanan ke rumah aku. Beliau mempunyai masalah membaca peta. Sesungguhnya, dia tak buleh masuk AMAZING RACE!!

Sebagai tetamu terakhir, beliau telah berjaya memenangi sebungkus nasik hujan panas serta lauk pauk yang masih ada. Kek lapis. Dan juga 2 dozen Milo 3 in 1 daripada Abang Budie.



UCAPAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

U olls. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan dan menjadi sebahagian daripada hari yang sungguh bermakna kepada saya ini.

Kepada semua yang telah hadir, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian u olls meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama saya. Tengs untuk u olls yang bagi hamper, cake, duit kenduri (KELAS KAK MARIA....ada yang ulok 'hulur' duit kenduri ok kat tangan akak!! Aku rasa macam mengadakan kenduri anak kucing aku kawen jerss).

Kepada u olls yang tak sempat hadir...takpaalah...bukan rezeki kita nak jumpa malam tu.

Dikesempatan ni jugak, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya terutamanya Kak Ede, Abang Manap, Abang Budie, Ibu Qiena, Kak Ita Shuffle, Abang Apis, Farhan, Zam, Cakcing dan jugak Zam!! U olls semua berhempas pulas, menolong i olls susun meja, buat papan tanda, jaga parking, jaga karaoke, jaga makanan sepanjang majlis berlangsung. Segala bantuan dan sokongan moral pada i olls sejak hari pertama aku diceraikan amatlah bermakna. Thanks u olls....tanpa u olls. Siapa la Kak Janz yang meletop ini?

Kepada kawan-kawan yang sudi datang tolong potong timun, cuci pinggan....susun meja......Thanks u olls....Semoga Allah merahmati hidup ampa semua. Murah rezeki. Memang terharu sangat tau......Abang Coco, Azs Glenn, En. Khafi (calon suami ni....wahhh...stetment ni!! Kalau En. Khafi baca ni....mesti akan senyum sorang-sorang kat opis) dan of course my bro TAQQ!!

My father, Abang Manap.
(AJK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN)

Abang kandungku, Budie (AJK PERABOT AND ANGKAT BARANG BERAT) and my mother, Kak Ede (AJK DAPUR AND TUKANG JEMPUT JIRAN TETANGGA) Kak Ede jugak adalah Sponsor satay kita pada hari itu berjumlah 500 cucuk.

Kak Ita Shuffle (AJK KARAOKE TERHEBAT DAN SPONSOR KEK LAPIS YANG SEDAP)
Depa ni gatai dua orang!!! Cepat p kawen buang!!
Cakcing and Zam (Pembantu Khas aku merangkap CAMERAMAN)
Abang Apis. Tukang baca doa selamat. And tukang perabih ayak teh. Dia juga merangkap TUKANG TANYA "Tu sapa?" AHAHAHHA....
Ibu Qienah and Abang Budie...U olls...TENGSS!!!
Taq and Daniel....haruslah kan? Daniel Zachary and Afiq Daniel??


Thanks semua.....

Sesungguhnya, kalau ada apa yang kurang, saya mohon maaf. Insya allah pasni kalau ada rezeki saya nak buat lagi. Okayla...tak mau cakap banyak-banyak.........rasa macam nak merembeskan air mata. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati aku pada malam itu. Rasa puas and syukur sangat. Happy and tenang sangat!! Bangga kerana apa yang diimpikan berjalan lancar. Walaupun penat dan sangat letih, tapi its worth every peluh yang menitik!!

Sekian, terimalah serangkap pantun dari KAK JANZ.

Kalau suka melumur minyak,
Boleh saya menumpang sekaki....
Kalau ada umur dan rezeki yang banyak,
Bolehla akak buat kenduri besarrrrrrrrr lagi!!

ps/ Tahun depan 29 Mac 2010 - JUMIES's 25TH BDAY BASH!! Haruslah memohon peruntukkan Tan Sri VC untuk menganjurkan BDAY BASH Diva USM!! Wah...KELAS KAK MARIA!!

6 comments:

  1. kelas kak janz!
    sorry tak dapat mai sbb aku ada di shah halam!

    ReplyDelete
  2. hah...tu la pasal...takleh masuk amazing race la camni...confirm sesat...wahahaha...seb baik la mai ngan moto...

    ReplyDelete
  3. Meriah, muizz? hurrmm kata fobia kawan dengan laki orang? ape2 pown.. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  4. eh sape yang baju cokelat tue eik?? aniff kan.. wartawan kan...

    elok marka lama mai..

    ReplyDelete
  5. meriah nye jumie...next time jgn lupa buat yg grand2 lagi...

    ReplyDelete
  6. aku nak pi jugak! tapi tiket tak confirm hari tu.. ngeh..ngeh... apa pon kellllas kak maria open house hang! melatopppp..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com