20.10.09

HAMPIR TERJADI BIDAN !!

U ollss! Semalam aku hampir hampir jadi BIDAN ok!! Housemate aku, Mama Leya yang tengah sarat tu pecah air ketuban!! HOORRROORRR ok!

Ceritanya bermula begini. Pada hari itu, hasben Leya iaitu En. Wan telah mendatang membawa Mama Leya ke Penang. Kami pun berempat iaitu Cakcing, aku dan Mama Leya and En. Wan pun pergilah memakan. Memang sian tengok Mama Leya. Nak berjalan pun dah tak larat. Memang kalah la dia dengan aku yang tengah ketwok DIVA ni!!

"Hang ni lagi berapa hari ni wehs?" tanya aku kepada Mama Leya.


"Doktor kire katanya minggu depan. So minggu depan la Leya amik cuti. And balik Taiping siap-siap," jawab Mama Leya. Mama Leya asal di Taiping. Hasben beliau pula bekerja di Rawang. Dorang jumpa dua minggu sekali u olls. Sian kat Mama Leya.

"Wan...hang amik cuti betui-betui Wan!! Silap hari bulan Leya terberanak kat rumah. Mati aku nanti. Silap aku yang terberanak dulu. Aku ni dah la tak buleh tengok darah ok!! Sebab tu aku buleh jadi mak andam jer. Tak buleh jadi dokter," kata aku pada Wan yang tak habis-habis duk tergelak kat aku.

En. Wan agak risau jugak u olls. Ini anak pertama kut. Dorang baru jer kawen tahun ni 25 Januari. Aku yang mekapkan dorang masa tu. Kat Taiping. Zaman kegemilangan rambut kembang aku tu. Aiyo.....En. Wan kerja kat Kuala Lumpur u olls.


"Takpa la Jumie. Hang jangan risau. Nanti ujung minggu ni. Aku mai la amik Leya. Balik Taiping," kata En. Wan.

U olls. Mulut aku masin u olls. Hatta pada suatu malam, jam menunjukkan lebih kurang pukul 2.00 am. Aku seperti biasa yang susah nak tidur malam. Masa tu, agak ramai jugak la para jejantanz yang sedang masuk SMS kat hp aku ni. Tengah laku kan sekarang? Memang ramai la suka duk SMS malam-malam ni, good night la, apa la....wah...KELAS KAK MARIA. Aku tak kisah...u olls SMS mestilah i olls nak balas kan.

Pastu aku terdengar, Mama Leya turun ke toilet. Dia bukak lampu dapur. Memang aku tau. Sejak dia mengandung u olls. Dia akan bangun at least sekali semalam untuk pergi membuangkan air kecil. So, aku pun takder la rasa pelik sangat. Then, aku perasan. Lepas 5 minit dia turun lagi ke bilik air. Wah....u olls. Mengapa ni? Banyak rembesan ke?

Tiba-tiba, tengah aku verver layan sesi berkenalan dengan seorang jejantanz yang cuba nak masuk ranking. Mama Leya masuk bilik aku!!

"Kak Jums.....air ketuban Leya dah kuar banyak la....." kata Mama Leya.

"HAH!!!!!!!!," terus aku melompat dari katil dan bangun dan mengangkat kain Mama Leya untuk melihat kaki beliau. Memang betui u olls. Kuar air u olls. Warna jernih u olls!! Banyak u olls....meleleh kat betis dier u olls!!

"JOM JOM JOM....MANA BEG BERANAK HANG!! JOM PI HOSPITAL. U OLLS....CEPAT.....SAT AKU TUKAK BAJU!!," aku pun cepat cepat bagi arahan Pandu Puteri u olls.

Mana tak penik u olls. Giler!! Masin mulut aku. Nak dia terberanak kat rumah ni. Aku pulak terpaksa menjadi BIDAN!! Cakcing pulak kena jadi misi a.k.a nurse. Wahh...KELAS KAK MARIA.

Mama Leya dah siap semua beg dari tadi. Just tunggu aku nak bersiap. Ingat tak aku beli derreess baru warna putih yang aku tayang dalam Fesbuk tu? Aku gantung kat tepi almari. Aku yang tengah nerves terus menyambar derres itu dan menyarungnya!! Wahhh...KELAS KAK MARIA!!!! Dalam keadaan yang sangat neves itu, aku sempat verver pakai DRESS kan?

Pastu kami pun bergegas ke kereta. Letak tuala tebal-tebal untuk Mama Leya duduk. Nasib baik Mama Leya relaks and tenang and cool.

"Leya, hang tak sakit ka?" tanya aku.

"Tak.....tak rasa apa-apa lagi," wah...lega aku dengar. Okaylah kan. Kalau dia duk mengerang sakit lagi la aku pun sama-sama merembes.

Kami pun memandu dengan tenang menuju ke Hospital Bersalin. At the same time, kami dah start calling and info family dia di Taiping and also parents aku di Penang. Sampai jer kat Hospital Pulau Pinang, aku pun menturunkan beliau ke depan pintu masuk. Then aku gi parking, aku cakap kat Leya suruh pergi dulu. Aku datang kemudian.

Bila dah parking, aku pun apa lagi. Terus ketwok dengan dress Miss Venezuela menuju ke pintu masuk hospital. Waktu tu, memang takder sapa-sapa. Hanya beberapa makcik guard yang bekerja shift malam. Depa semua ternganga tengok aku!! Mesti depa duk kata, sapa perempuan ni?? Haruskah dia memakai Dress Miss Venezuela ke hospital pada malam hari??


Aku pun apa lagi!! Haruslah aku KETWOK dengan lebih dahsat!! AHAHAHAHAHHA....Kelas Kak Maria!! Mesti lepas ni, bila aku dah balik, makcik-makcik Guard ni akan prektis KETWOK sama-sama!!

Okay....kembali pada Mama Leya. Kami pun menunggu di depan bilik pemeriksaan. Ada dua orang ibu sebelum kami. So kami tunggula dulu. Masa tu memang Leya nampak neves la. Tapi air ketuban dia tak henti lagi. Pastu ada satu doctor gumuk mai kat Leya and tanya. Dia baik. Lembut jer dia cakap.

"U ada sakit ker?"

"Tak....."

"So air u kuar start pukul berapa?"


Leya tak tau!! Dia tengok aku!!

"Lebih kurang 1.30 tadi," cewah...aku verver ni.

"Kuar air kaler apa? Putih? Hijau?"

"HIJAU!!??" U olls...aku terkejut u olls. Warna hijau? Mengandung anak buluh betung ke??

"Erm..jernih jer....," terus Leya menjawab.

"So...biler last u scan? Ini anak pertama ke?" tanya doktor gumuk tu lagi dengan senyuman yang manis.

"We olls tak pernah beranak lagi, " WAH.....haruskah aku yang membuat stetment itu!! Kelas Kak Maria. Nasib baik doktor tu senyum jer tengok aku. Dalam ati mesti dia kata

"Hey perempuan gumuk, ko pun gemuk jugak. Duk kata aku gemok. Perasan pakai dress malam-malam dalam hospital bersalin ni. Ko ingat ada banyak doktor hot ke untuk ko ngurat? Pontianak banyak la kalau ko nak!!,"


Then, pastu Leya pun dibawak masuk ke bilik pemeriksaan. Lepas check darah. Check semua semua lain. Pastu terus dorang bagi dia masuk ward. Aku pun tolong la dia amik barang apa semua. Then aku bagi Leya surah Yassin satu. Yang aku simpan dalam kereta.

Pastu aku pun terus balik. Masa tu dah pukul 5.00 pagi macam tu. U olls....memang horror la Hospial Bersalin Pulau Pinang ni!! Gila horror...dah la gelap. Pastu takdak lampu!! Pastu ada banyak pokok pokok besar. Pastu yang lebih horror...dalam banyak-banyak pokok depa tanam pokok bunga kemboja banyak!! Dah la pokok tu ialah pokok rasmi kat kubur kan??


Aku apa lagi!!
Terus pecut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Itulah cerita aku yang hampir-hampir nak terjadi bidan. Nasib baik tak jadi. Kalau tak nak kena edit details kat belog aku ni.

Ringkasan cerita :

Mama Leya dah selamat bersalin pada hari itu. Baby Boi!!

CUTE sangat..............................ini picture nyer u olls!!!

TAHNIAH MAMA LEYA AND PAPA WAN!!

Qalish Taqif Bin Mohd Bizuan




ps/ Rasanya macam baru semalam ampa kawen!!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com