23.10.09

[Berpiknik Di Sungai Tekala] THE FULL REPORT FOR THE INAUGURAL GATHERING DSK BATCH CIK JUMIE SAMSUDIN

PRE EVENT NOTES
Menjadi impian aku dan Maznida agar satu hari kita semu dapat berkumpul lagi setelah hampir 5 tahun kita meninggalkan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah bersama segulung Diploma Sains Kesetiausahaan. Alhamdulillah, sampai sekarang walaupun semua sudah ada haluan dan hala tuju masing-masing tapi ikatan silaturrahim antara kita masih erat.

U olls.....siapa yang tulis ayat kat atas ni? Jumie Samsudin sangat ok!! Meh la sini, Kak Janz yang tolong sambungkan penulisan Full Report for the Inaugural Gathering DSK batch Cik Jumie Samsudin. Wah...tajuk pun dah kelas. Aku jadi duta katanya. Ni semua, Maznida punya idea.

But anyway, SHABAS untuk Maznida. We olls semua terhutang budi dengan hang. Dengan suami, dengan kerja, dengan anak, hang masih bersemangat dan komited dengan project gathering kita yang pertama ini.

Sesungguhnya, orang macam Maznida ni. Bukan senang nak jumpa. Dia buat kerja tak mintak balasan dan pujian pun u olls. So, we olls semua, sebagai rakan - rakan dan kawan-kawan yang bertanggungjawab, sebagai membalas budi dan kesungguhan Puan Maznida ni, BAGILAH SOKONGAN SIKIT YE KALAU KAMI BUAT EVENT LAGI. Jangan la diam jer u olls. YM pun terus tak berbalas. Apatah lagi SMS and email. Ingat kami dapat SPONSOR HOTLINK macam concert Beyonce yang dibatalkan tu ke u olls?

Dah..dah....Kak Janz. Jangan bebels. Jom kita teruskan report.


THE CHANGE OF VENUE

Atas sambutan yang amat tidak menggalakkkan daripada semua pihak dalam menjayakan program yang dijadualkan pertamanya di Taman Desa Waterpark, kami menjangkakan mungkin ramai kalian yang berkeberatan memandangkan kos perbelanjaan hari raya telah mendintiskan poket we olls semua kan. Lantas kita telah menukarkan VENUE ke tempat yang lebih MESRA ALAM, MESRA RAKYAT dan paling penting MESRA BAJET.

Itu pun.........................................okaylah...Akak tak nak cakap apa apa lagi.

THE JOURNEY
Akhirnya kami sampai di Destinasi yang dirancang. Sungai Tekala, Semenyih, Selangor. Perjalanan dari pekan Semenyih ke Destinasi ini adalah lebih kurang 17km. Siap lalu dua kawasan jerat cina uolls. Memang masa tu neves dah. Takut salah jalan. Tapi akhirnya sampai jugak.

THE HIKING
Dari pintu masuk utama hingga ke tapak permandian diraja yang menjadi pilihan kami, amatlah tinggi dan jauh. Dan naik turun bukit hingga terasa beberapa kilo lemak dia bahagian paha dan betis telah dirembeskan melalui liang peluh. Memang patutlah, balik dari pengembaraan ini, kami semua jalan macam beruk sakit kaki kat dalam betis. Sakit u olls!!! Tapi memang fun lah. Walaupun penat nak mati. Kami semua kurang-kurang pergi patah balik angkat barang dari kereta ke point berkelah adalah sebanyak dua kali. BUT ITS WORTH EVERY PAIN!!

THE FOODS
Makanan sangat banyak pada hari itu. Tapi highlights utama mestilah BBQ yang telah diperapkan oleh Ein Sabariah, Jiejah Ibrahim dan Nadea Hanim. (Yeke Nadea Hanim mentolong? Ke dia telah sesat berdating bersama En. Azran). Tapi tak lupa, thanks to Azie yang tengah preggy. Walaupun tak dapat datang, yolah darah tengah manis u olls, tapi dia telah menyumbangkan tenaga batin beliau untuk membantu Ein Sabariah membuat shopping barangan makanan.


Selain itu, Maznida telah menyediakan pelbagai makanan lain. Bihun. Satay. Keropok. Air ais. Kuah kacang. Ish...tak tau la...Tak ingat sangat apa lagi makanan yang ada. Aku macam diet masa tu kan? Taklalu nak makan pun u olls...HAHAHA..PROPAA!!!


Tidak dilupakan mee goreng istimewa oleh Ajeeb and Ezz!! Sedap ok! Ampa nak tau tak macam mana dorang racik daun sup and daun bawang untuk ditaburkan di atas mee? AHAHAHHHAHA....hanya pakar yang tahu!!

THE FUN AND FUN AND FUN
Setelah menglapik perut dengan makanan yang telah dibawak dan dimasak!! Apa lagi?? Mandi time u olls. Memang FUN sangat. Air sungai tekala bersih and sejuk sangat. Walaupun kami semua dah agak kertu. Tapi bila di dalam air, semuanya telah bertukar menjadi anak-anak monyet yang sungguh ceria dan penuh dengan keterujaan. Kami bermain celup-celup. Main lompat. Main selam. Main pose pose. HARUSLAH KAN?? Memang siries semua macam anak-anak monyet. AHAHAHHAHA....






Nak tau tak sapa mak monyet???

I olls la MAK MONYET yang sungguh seksi dan basah!! KELAS KAK MARIA

Kalau u olls nak tengok kesemuanya 173 keping gambar sepanjang BERPIKNIK DI SUNGAI TEKALA yang telah dipilih khas dan diedit dengan PHOTOSCAPE untuk tatapan dan umpatan u olls semua, please click here!!

THE MEMORIES
U olls! Thanks semua kerana memeriahkan gathering ini. Memang best sangat u olls. Walaupun penat. Tapi amat berbaloi. Setelah penat bekerja, tensyen dengan masalah harian kita di rumah, engan hasben dengan anak dengan boss, dengan yang putus cintas, yang kena cerai, yang tensyen pasai exam paper further study, SEMUA MASALAH ITU KITA HUMBANKAN SEKETIKA dan kita telah berkumpul hari ini untuk HAPPY HAPPY just like we used to be back in POLISAS!!



THE HOPES
Maznida Mahadi :
Jumie, u olls tak patut puji i olls melambung macamtu. I olls yg patut say TQ to u olls sbb sangat bersusah payah turun from penang ke KL. Kat sini jugak aku nak ucap jutaan terima kasih kpd "sorang hamba Allah" yg dah sponsor RM150 utk menjayakan program ini. I tak sempat nak buat budget, tp balance from sponsor n kutipan dr mereka yg attend tu, akan i forward ke akaun next gathering.. Besar harapan next time punya gathering akan lebih mendapat sambutan!! Gathering ini takkan sama sekali memutuskan ukhwah yg terjalin tp akan terus mengeratkan hubungan sesama kita!! Chaiyok!!

Sabariah Markijan :
Aku harap kite DSK A & B leh kumpul lagiks next time. sangat besh dapat kumpul setelah lame terpisah. Tak kisah la kat mane pun tempatnye. Asalkan ade korang-korang yang best-best "I follow...". Aku tau ramai lagi yang nak sangat joint namun ade halangan yang tetibe datang. Kepada yang langsung tak teringin nk join, abaikan je..tak penting okay.. mungkin takde KELESS kot hangout ngan kite-kite sume. Maaf yea kalau ade yang terase. Memang saje je nak nganjing korang supaya korang dapat joint DSK Club Gathering next time.haha.selamat ari raye...maaf zahir batin..

Azizah Ibrahim :
Semoga gathering ini akan menjadi aktiviti tahunan utk semua batch DSK..kalau tak buleh buat setahun sekali at least 2 tahun sekali ok! Sangat-sangat fun coz dapat jumpa kawan-kawan yang dah bertahun tak jumpa. Share the laughter together. Thank u so much to our penganjur yg telah bertungkus lumus Pn. Maznida Mahadi, Faidzol Azree, Aiman n Cik Jumizah. Venue untuk next punya gathering msti lg GEMPAK n HOTZ!

Nur Hafiezah Mohd Noor Peah :
(Apa jadi kat perempuan ni tak tau. Aku dah SMS dan email dah YM. Tak balas pun. So, tiadalah ucapan dari beliau.)

Nadia Hanim Taselim :
Tersangat-sangat enjoyyyy u olls!!! Walaupun hanya lebih kurang 20 org jer tapi dah mcm 200 org.(Dengan pekikan dan laungn Kak Janz) BEST dan MELETOP!!!

DSK B as always memang best sejak dari dulu lagi. Beranak-beranak memang dah best! AHAX!!
Next year kite buat lagi meletups yer!! Maybe fly ke mane2 ker..ewah2, hamboi2.

Thanks to Maznida a.k.a Maz dan Jumie a.k.a Kak Janz yang memberikan idea dan bersungguh-sungguh merealisasikan gathering ni. Kepada kawan-kawan yang datang gathering ni, thanks juga. Cooperation semua and sangat supporting! Best kan!!! (sapa kata tak best dia tipu!)

Thanks to Ein yg memberikan penginapan bertaraf 4 bintang (4 bintang ker..??) To me n Jieja. heheh. 1 bintang kene la simpan kan, sebab bilik air xda bathtub ok! HEHEHEH..apepon kite enjoyyyyy!!!!!

Jumie Samsudin :
Apa? Ucapan? Harusker? I olls malulah.
Tapi okaylah. Nanti ampa cakap i olls tak supporting plaks kan?
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AIM kerana sudi mencalonkan dan memberikan Anugerah Blogger Paling Popular ini kepada saya untuk tahun ini. Anugerah ini saya tujukan kepada semua yang telah menyaport i olls sejak dari awal pembikinan belog ini. U olls lah inspirasi ku. Kepada KAK SENDUK! U will always be my IDOLA! Kak Ede and Abang Manap, I love u!! To all my friends and fans out there!! Jangan henti meminati i olls! Akhir kata, KAK TINA! F*ck you!! (tetiber jer verver ni naper?)


2 comments:

  1. u ollss...i bukan xnak komen...i duk tggu email yang nk kan ucapan 2 le tp until now xdpt lagi...ampun ya semua...
    ok, here go my ucapan....
    wanna thanx u so much for those yang usaha keras mensukseskan gathering..especially to maz,jumie, ein,nadea, jijah,ajeet,ezz, pejo,azie n sp2 yang xdisebutkan nama, doesnt ampa xberjasa...i xigt la u ollss...sori k, my bad...
    ape pun, dis is d best gathering eva...eventho memasing ade life sendiri, but we still keep in touch..dats wat frenz suppose 2 be rite?
    yes, mmg i dtg lambat...sori ye, i picang n kene gi menjawab kuiz pepagi bute dulu...hehehe...all i can say, korang mmg best n hopefully mende ni akan continue 4eva...coz dis is d only time kt leh catching up with each other...n yang paling pnting, baru skang aku realize dat i really love n miss u guys so very much!!

    lots of love,
    -fieza-
    XOXOXO

    ReplyDelete
  2. meleleh ayaq mata aku bersengkang nak baca.. syok no mandi manda.. aku lama dah xmandi ayak bukit. lain kali buat lagi, ajak aku no.lepas 2 taun lagi aku balik terus dah la.kalo aku balik kejap2 takkan la ampa nak buat semata-mata nak kasi aku join kan?kan? anyway, kellllas kak maria... awat xdak DSK A yang join nih???

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com