Antara perkara yang paling sinonim dengan hari raya of course ialah mercun. Dalam lagu Saloma pun ada lirik yang menerangkan tentang meriahnya raya denganbunyi-bunyi mercun.
Tapi sebenarnya, walaupun bapak saya Abang Manap merupakan antara supplier mercun yang berjaya kat kampung kami, namun hakikatnya aku ialah seorang yang amat penakot dengan bunga api apatah lagi mercun.
Ini adalah kerana, masa aku kecik-kecik dahulu baju aku pernah terbakar gara-gara adik aku Cakcing yang bengong yang telah mentala bunga api yang sedang menyala kat baju aku. Nasib baik masa tu aku pakai baju bear-bag denim. Terbakak dada aku time tu...hahahaha. Aku ingat lagi, masa tu kat rumah Bik Misa. Bapak and Kak Ulie menyelamatkan aku dengan memadam api di dada aku. HAHAHAH.....
Pastu bila masuk darjah 3, masa tu main dengan sepupu sepapa yang sedang excited main mercun. Aku pun membuat terror dengan memegang sebuah mercun. Apabila di bakar tali pencucuhnya, tak sempat aku baling, mercun itu meletop di tangan aku. HAHAHA...
Mulanya aku tidak menangis. Aku rasa tangan aku kebas dan kembang semacam. Kulit aku berwarna hitam kerana jelaga. Aku lari masuk ke dalam. Mak aku tengah sembahyang, pastu mak aku marah "Tulah, duk main mercun lagi," maka aku pun menangis teresak-esak.
Sejak itu, aku tidak suka main bunga api atau mercun lagi. Sorrylah kepada anak-anak menakan aku, ampa nak main ajak la Cakcing. Aku tak main.
Sekian, cerita pengalaman raya saya.
ps/ Main mercun adalah salah di sisi undang undang.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com