27.9.09

And Im back again

Sat ja rasa masa ni berjalan. Dah abih kita meninggalkan bulan Ramadhan. And now dah pun raya ke berapa haribulan pun aku tak tau dah. Rasa macam nak cuti ja lagi...tapi kalau cuti lama-lama pun tanpa penjadualan yang tetap akan menyemakkan kepala otak aku ni.

Anyway, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada kalian pembaca blog ku. Mesti sure ramai ampa semuapun baru start kerja hari ni kan? Samala aku pun.

Mesti macam-macam pengalaman pahit manis beraya kan u olls? Sama la dengan i olls ni, setelah bergelar janda rasa memang tak semangat tau. Banyak dugaan u olls. Sampai anak menakan aku yang nak masuk form pun tanya "Awat Mok tahun ni raya sederhana ja?"

Aku pun menjawab dengan tenang "Mok kan baru menjanda...sekarang ni dalam tempoh edah lagi," Kakak aku semua gelak. At least, dengan cara menggelakkan kisah-kisah silam ini. Aku takdak la macam sasau sangat kan.

Hari ini jugak, u olls telah menatap blog i olls dengan wajah baru ok. Statement kat atas pun i olls dah ubah......kalau sapa yang perasan dia tau laa....

Setiausaha, blogger tegar, kak andam, gossip girl, DIVA pencen, janda hot serta watak-watak lain dalam hidupnya sebagai JUMIE SAMSUDIN.
So, hari ini. Isnin...i olls tak mau cita apa-apa sangat lagi. U olls tunggu la post-post yang akan menyusul esok -esoknya...macam biasa la. Satu hari satu cerita kan.

Sebelum mengundurkan diri aku, aku sertakan gambar aku dan family pada hari raya pertama...untuk tatapan ampa semua.


Kalau nak tengok gambak-gambak lain...u olls kena tengok kat Facebook la ok!

MUAXXX!!

2 comments:

  1. hang buat entri ka buat artikel ni jumie?

    selamat hari raya. bila nak bagi kuih raya?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com