27.8.09

Resepi Ubi Rebus Goreng Cik Jumie

Hari ini, saya ingin berkongsi resepi ringkas untuk anda cuba di rumah. HAHAHAHA...Aku rasa macam nak tergelak ja tulis post ini. Tapi ok apa. Aku tau, semua kawan-kawanku yang bergelar ibu ibu bapak bapak semua yang ada di sini, pasti geleng kepala hari hari duk pikiak nak masak apa ja harini.

Oleh itu, sudi apa kiranya saya mengkongsikan satu resepi ringkas yang menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa. Tapi kadang-kadang hari hari lain pun kami suka buat jugak.

Bahan-bahanya ialah :


Ubi rebus yang telah dibuang kulitnya dan di potong dadu. Bukan dada. Tapi dadu. Kalau potong ikut dada. Susah.

Lada sulah kasar dan halus.
Telur ayam. Pukul sedikit sampai kembang sikit. Ini tak dipukul lagi. Sebab camera man saya tu duk buat best tak mau tolong saya amik gambar pastu.
Bawang besar yang dihiris halus. Kalau boleh ikutlah berapa bijik potato ampa pakai. Ikut nisbah. Sebijik potato : Sebijik bawang.
Daun sup dan daun bawang yang dihiris. Kalau nak hiris halus pun boleh. Tapi saya suka potong kasar kasar sikit. Baru nampak macam Nigella Lawson punya style.





Cara-cara membuatnya adalah seperti berikut :

Panaskan minyak secukup rasa. Kalau guna minyak zaitun pun sedap. Minyak jagung pun sedap.

Gunakan sondek a.k.a sudip kayu. Kalau guna besi punya nanti kena kat kentang nanti tak cantik.

Tumiskan bawang. Wangi oo...saya suka bau bawang ditumis.
Bila dah agak-agak kuning dan layu sedikit. U olls kacau lagi.

Dan masukkan kentang yang telah didadu dada tadi. Kacau lagi hingga sebati.Kemudian, kita masukkan telor yang telah dipukul tadi. Selepas itu, masukkan lada sebanyak yang boleh. Kalau ada anak kecik, jangan la buh lada banyak sangat nanti pedas. Kalau yang suka pedas tu, letak banyak sikit. Then, masukkan garam secukup rasa.
Dan akhirnya masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong-potong. Kemudian gaul sampai sebati.

Maka, bila dah siap hidanglah di atas meja dihias dengan bawang goreng untuk menambahkan aroma yang menusuk hidung.

Sesuai dihidang bersama nasik, bubur lambuk atau makan ubi ini semata-mata.

Untuk mereka yang cuba menambahkan berat badan. Amat sesuai keran ubi kentang amat berpotensi untuk gemukkan u olls.

Cubalah di rumah hari ini.

Ubi Rebus Goreng Cik Jumie

4 comments:

  1. nampak sedap...tq chef..boleh cube balik ni..

    ReplyDelete
  2. menu yang sangat mudah disedikan..
    nak cuba gak la..
    ni betol ke leh naikan berat badan nie?? kalu badan aku masih keding lagik siap kang.. aku sedut daging hang masuk dalam badan aku naaaa

    ReplyDelete
  3. jumie... lepas masuk telur tu, gaul/goreng macam biasa ka???

    ReplyDelete
  4. sedap2...memang sedap la teloq kalau kena dgn kentang....very the u all...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com