11.8.09

[JOM GUMUK BERSAMA JUMIE SAMSUDIN] Nasik Lemak Kak Ta Sempoi, Balik Pulau

Segmen JOM GUMUK kali ini akan membawa anda ke Kampung Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang di mana terletaknya Nasik Lemak Kak Ta Sempoi!! Ini adalah kali ketiga saya ke sini, dan pergh....memang nak share dengan ampa semua.

Lokasi kedai ini terletak di Jalan Kampung Bharu, Balik Pulau. Dari Sungai Burung menuju ke jalan Laksa Janggus.



Masa perniagaan adalah dari pukul 4.00 petang sampai 2.00 pagi.

So usually orang pergi time-time dinner la around 8.00 pm. Memang happy hour time tu. Ramai orang yang datang. Most of pelanggan adalah orang-orang kampung disekeliling itu.

Apa yang spesyelnya Nasik Lemak Kak Ta Sempoi ni ialah, lauk pauk yang disediakan untuk dimakan bersama nasik lemak beliau yang sungguh exotic dan sungguh membuatkan orang kenyang lapak balik.

Ada macam-macam lauk yang disediakan yang pastinya memikat selera semua. Ada sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, sambal sotong dan macam-macam lagi. Semuanya fresh!!


Antara yang menjadi tumpuan orang ramai ke sini ialah, telok ikan masak gulai kari. Perghsss...Memang manis and fresh and lemak berkrim sangat.

Dan pada malam kami datang ni, ada sesuatu yang lebih menarik iaitu pajeri buah rambutan!! Aiyoo...malatops u ols!! Memang aku tak pernah rasa. Mula-mula aku tengok, aku sangkakan belimbing buluh...rupa-rupanya Kak Ta kata...itulah buah rambutan.


Harga makan kat sini, sangat ok. Kalau amik ikan, ayam, telok ikan nasik lemak atau nasik putih dengan air semua. Dalam RM7 seorang.

Selain makanan yang sedap dan harga yang berpatutan, aku juga suka makan kat sini sebab aman dan relaks jer. Macam makan kat rumah. Tenang, jalan pun takder bising-bising.


So, apalagi for orang-orang Penang and especially duk area Balik Pulau jom kita ramai-ramai pi serang Kedai Nasik Lemak Kak Ta Sempoi.

4 comments:

  1. sexy...rai duk suruh la maklong rai buka blog akak n baca pasal warong nasik lemak ni...nak tau what happen next??depa kat Balik Pulau terus p cari n try nasik lemak tu hehehehehe meletop....akak leh claim komisen kat tuan punye gerai tau.tlg promosi free...

    ReplyDelete
  2. ni macam sempoi nih! nanti hantaq adik balik mrsm balik pulau ble singgah ni..hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com