6.8.09

[Catatan Kembara] Dari Kuala Kangsar, Ipoh ke Taiping

Pada hujung minggu yang lalu, saya sebenarnya telah mendapat tugasan make up di Ipoh Perak. Jadi macam biasala, kalau dah ada job make up pasti saya akan berjalan jalin bersama-sama rakan-rakan atau boifren. HEHEHE


Tak mau cakap pasai boifren sebab saya amat rindu kat dia dan kami dah lama tak jumpa kerana sibuk dengan tugasan masing-masing. Saya arap tuan- puan bersabar.

Berbalik pada cerita jalan jalin ini, tersebut lah kisah saya dan 4 orang rakan lagi telah merancang untuk ke Ipoh. Tetapi atas cadangan En. Mior yang sungguh macho ini, kami semua pun menuruti beliau dengan menyinggah di beberapa bandar bersejarah di Perak iaitu Kuala Kangsar and Taiping.

Perjalanan bermula di Tol Juru, Penang. Dan sepanjang jalan hujan lebat sangat.

Alhamdulillah bila sampai kat Kuala Kangsar. Dah tak hujan lagi!!

KUALA KANGSAR


Ini SMK Clifford. Aku selalu baca nama sekolah ni dalam buku sejarah. Ramai pemimpin negara yang asal dari sekolah ini.

Antara shop lots yang sangat comels yang terdapat di Kuala Kangsar.

Ini adalah aku dan jugak Dorrie aku. Penjimatan minyak amatlah ketara. Pi and balik Ipoh baru RM50 jer minyak. Best u olls.....tu yang buat sayang kat Dorrie tu.
Dari kiri, Abang Mior, Azrin the comels, Jumie and Syaa the kucing mama!!Kuala Kangsar terkenal dengan pembuatan labu sayung, anyaman, seni besi tradisional dan juga hasil tenunan tekap. Memang kalau nak beli kat sini murah-murah la. Tapi Mior kata kalau ke kilang dia lagi murah.

Ini labu sayung ala ala Jangan Pandang Belakang.
Aku ingat nak beli kapak ni. Bagi kat Zaza dengan ucapan "Cubalah kau mencari yang lain....kapak ini akan melayang dengan sendiri".


Kedai-kedai yang menjual barangan anyaman kayu dan rotan.Jumie and Mr. Pazli. Pazli jadi P.A System selama dua hari.


Dalam bahasa Perak, dipanggil kukur kelapa...kalau Bahasa Penang "kukoq nyiok." Huiiyoo...benda ni dah lama tak nampak. Dulu mak aku ada la satu. Tapi lani aku tengok mak aku order ja dari 'Abang Santan".
Kalau sampai ke Dataran Sungai Perak, Kuala Kangsar. Jangan ketinggalan untuk merasa laksa tepung beras yang sungguh spesyel ini. Semanggok baru RM2.00 u olls!!

Ini adalah camca sempoi yang khas untuk menghirup kuah laksa. Perasan tak tengok dia panjang sikit. Bagus kan?
Ini pulak mee rebut. Memang sedap sangat. Harga pun RM2.00 jugak. Kuah dia pekat and lemak and manis. Pakai ubi kentang kut i think.
Ini pulak mangkuk laksa aku yang dah habis. Baru nak amik gambar dah habis. HAHAHAHA
Ini adalah ais kacang.
Pas makan-makan, kami pun berjalan menziarah gerai-gerai yang terdapat di sepanjang jalan di Dataran Sungai Perak ini. Ada macam-macma kueh dan makanan tradisional yang dijual. Ok...so aku akan citer la antara yang menarik perhatian aku.

Ini adalah laksa tepung beras yang dibuat oleh Orang Melayu. Untuk orang yang banyak angin dan tak boleh makan laksa macam biasa tu, sebab banyak guna air abu...memang bagus la guna laksa macma ni.
Kueh yang menjadi pilihan hati saya petang itu ialah putu beras. Aiyoooooooooooo....sungguh cantik dan gebu. Saya pun membeli satu plastik. Baru RM1.50 jer...ada 6!!

Inilah gaya aku memakan putu beras ini. uuh...sedapnya. Im sorry Zaza. I pilih putu. Bukan u lagi.

Melepak bersama-sama di tepi sungai Perak sambil memakan kuih. Memang sungguh best. Angin pun bertiup kencang bagaikan ditepi laut yang damai.
Kat tepi tu ada hantu apom...nampak tak??
Permandangan indah di tepian Sungai Perak. What we can see from afar ialah Istana Iskandariah, Perak.

Me and my bad hair day. Angin kuat la siot!!
Kami teringin nak naik boat menyeberani Sungai Perak. Sorang RM0.60 jer. Tapi disebabkan hari telah hujan, Mior suruh aku naik boat ini ja. Sabar la...
Selepas berjalan-jalan di tepian Sungai Perak, kami pun masuk ke sebuah bazaar yang terletak berhampiran dengan kawasan itu. Kat dalam ini ada menjual macam-macam memang sesuai untuk kita yang nak carik souvenir, baju ker...apa apa la...


Aku, Syaa and Azrin telah membeli kasut plastik yang comels. Nanti kami akan pakai!!
Ada jual kerongsang. Sesuatu yang sangat cliche dengan bazaar Melayu.
Kat sini pun menjadi ok!! Tak perlu p Jusco Mega Sale.



Antara bangunan cantik yang aku suka kat sini. Bangunan ni mesti sejak zaman kemerdekaan dah ada. Cantik kan?
Kat tepi ni ada jambatan gantung. Kami pun saja la mai amik-amik gambar kat sini. Yang basbisnya, Pazli duk buat gedik duk goyang jambatan ni. Takut wooooo

Ini antara simpton vandelisme yang telah mencatatkan PENANG MARI. Haleesa mesti suka kan ?


Pastu kami teruskan perjalanan untuk naik ke Bukit Chandan dimana terletaknya Masjid Ubaidiah, Istana Kenangan dan Istana Iskandariah. Sepanjang perjalan ke sana, ada banyak rumah-rumah lama yang masih kukuh tetapi terbengkalai. Ini aku rakamkan sepasang pengantin yang mengambil gambar di sebuah rumah lama. Best kan...
Ini adalah Istana Iskandariah. Mior citer, istana ini ada 5 tingkat. Satu tingkat untuk Sultan, untuk puteri, untuk putera, untuk permaisuri dan last sekali untuk bersantap. Tak tau la betui ke tak. Tapi istana ini hanya digunakan bila ada majlis rasmi seperti istiadat pertabalan dan sebagainya. Untuk hari biasa, Sultan Perak menetap di Istana Kinta, Ipoh.
Berposing ala ala anime Jepun berlatar belakang Istana Iskandariah.
Ini gambar dari pintu masuk keluar Istana Iskandariah.

And then, kami meneruskan perjalanan ke Istana Kenangan yang letaknya tak jauh dari Istana Iskandariah. Khabarnya, Istana ini merupakan Istana persinggahan yang dibina sementara menantikan Istana Iskandariah siap. Memang selama ini aku memang nak mai tengok Istana Kenangan ni la. Memang cantik sangat. Orang citer macam-macam pasai Istana ni. Tapi sayangnya. Masa aku sampai dah gelap. Pastu dah tak boleh masuk dalam.



Senibinanya cukup cantik membuatkan aku terpegun.
Ada meriam ok!!



Mior sedang bercerita kepada kami. Beliau sunggu bersemangat. Memang seronot kalau kita berjalan kat tempat tu dengan orang 'tour guide' yang tahu tentang selok belok tempat tu. The right place to eat, jalan yang paling dekat dan betul. Takder la sesat. Thanks MIOR.



Selepas itu, kami pun berhenti di Masjid Ubaidiah yang selama ini aku tengok dalam setem jer. hehehe...Akhirnya dapat jugak sampai kat sini.


Aku pun pakai la tudung sebagai tanda menghormati. Kawan-kawan aku duk gelak kat aku. Siot ja. Haa...ampa pun jangan duk gelak ok!!

Di sebelah Masjid Ubaidiah letaknya makan-makan keturunan Sultan Melaka dan juga orang-orang besar Istana.


Me, Syaa and Azrin. Depa duk tahan gelak sebab amik gambar dengan mak cik Senah.


Ini pagar asrama Malay College Kuala Kangsar. MCKK


IPOH



Apabila malam, kami semua tiba di Ipoh. Agenda tak terlalu padat. Akibat rehat di rumah terlalu lama, around 11pm baru kami kuar untuk mencari dinner.


Ini adalah kasut yang kami beli di Kuala Kangsar. Sangat comels kan? RM10 jer.

Makan-makan Char Keow Teow. Memang sedap. Kami makan ni kat Dataran Ipoh. Macam ramai anak muda kat sini malam-malam.


TAIPING


Esoknya, kami pun bertolak balik ke Penang. On the way back, kami singgah di Taiping. Memang dah banyak kali aku mai sini. Tapi takpala...mai la lagi!!

Lokasi utama, Burmese Pool di Bukit Maxwell. Kami semua seronot sebab nak mandi air terjun. Aku dan Azrin sangat excited dengan baju mandi. Kami ingat nak pakai two piece, tapi takut satgi kena ligan dengan monyet. HAHAHAHA


Model Swinsuit 1
Model Swinsuit 2



Ini pula antara adegan panas aku dan kawan-kawna memandi di air terjun. HEHEHE...Burmese Pool jugak dikenali sebagai Batu Hampar. Masa kami sampai dah pukul 6.30 pm. So masa tu cuaca dah redup sangat. Air sungai dah la sangat sejuk macam ketulan ais baru pecah.



Aksi aku membuat pilates di atas batu.


Ini aku cuba membuat teknik rebonding.

Ini hasilnya. HEHEHE...takpayah p Hair Impression!!


Sekian sahaja catatan kembara untuk kali ini. Semoga dapat berjalan jauh-jauh lagi macma ini!!

1 comment:

  1. wargh kak jumies dapat layanan VIP p ipoh ...xaci...hr tue saye g dapat g ZOO TAIPING je, tue pon malam hr g...huhu sume haiwan pakat duk tidoq huhuhu...

    ~~meor saje je..... (JELES)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com